Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

07 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H


SALAM MAAL HIJRAH 1432H

08 August 2010

PANDUAN SOLAT SUNAT TARWIH

salam buat semua pengunjung dan sahabat2 pondokbuku.

sempena Romadhon yang mulia ini, sy menyelitkan link ini untuk manfa3at bersama.

PANDUAN SOLAT SUNAT TARWIH

smoga skalian dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan penuh keredhoan dan keberkatan dari-NYA. smoga meningkat ibadah puasa kita tahun ini. smoga diampuni segala dosa, disucikan segala karat hitam di hati, smoga amal ibadah diperkenan ALLAH.

sy juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahwa sepanjang bulan Romadhon ini, sy akan menghentikan sementara proses2 pengeposan buku.

mohon maaf.

smoga skalian slalu dalam perlindungan dan rohmat Allah.

14 June 2010

salam rejab



اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان


Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya3ban, dan sampaikanlah kami (panjangkan usia kami sehingga dapat bertemu) kepada Romadhon.


salam rejab buat semua sahabat pondokbuku dan pengunjung pondokbuku. saya mendoakan sekalian selalu dalam perlindungan dan rohmat ALLAH...

11 June 2010

MUAT TURUN PENGAJIAN KITAB AL-HIKAM

salam,

buat sahabat2 pondokbuku yang berkenan mempelajari tentang kitab al-HIKAM, di sini sy sertakan link
download mp3 pengajian kitab al-HIKAM tersebut. ini adalah pengajian kitab al-HIKAM oleh kyai imron djamil (indonesia) . kitab al-HIKAM merupakan salah satu kitab kesukaan bagi para hamba dalam perjalanan wusul kepada ALLAH SWT.

semoga bermanfaat ameeen.
muat turun di sini

04 April 2010

salam

salam buat semua pengunjung pondok yang saya hormati.

semoga sekalian selalu dalam perlindungan dan rohmat Allah.

di sini saya ingin mengkhabarkan bahwa saya terpaksa 'bersunyian' sementara dari berblog. bagi sesiapa yang ada menghantar emel, saya mohon maaf yang bersangatan kerna tak dapat membukanya. namun demikian, urusan pondok buku (tempahan buku, belian buku, carian buku)masih berjalan seperti biasa. sebarang pertanyaan tentang buku, saya mohon sms di no saya seperti yang ada di tepi blog.

saya mohon maaf sekali lagi. salam hormat dari saya. smoga kita selalu jadi manusia yang bersyukur dan tidak pernah lupa pada-NYA.

::pondok::

19 January 2010

iklan : KONVENSYEN HASAN AL-BANNA

salam.

ingin mengiklankan, ensha ALLAH akan diadakan

KONVENSYEN HASAN AL-BANNA, DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA
pada 30hb JANUARI 2010
bertempat di DEWAN SERI SARJANA UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Yuran :Perseorangan = RM50, Organisasi = RM 100, Suami Isteri = RM70, Pelajar = RM20

untuk mendaftar secara online dan keterangan lanjut berhubung konvensyen tersebut, sila klik sini

05 November 2009

salam imtihan, salam kesejahteraan

salam buat sekalian pengunjung samada yang baru atau yang setia dengan pondokbuku. semoga sekalian selalu dalam kebaikan dan dalam perlindungan dan rohmat TUHAN Semesta Alam yang Agung lagi Maha Penyayang.

asif atas keterlambatan pondok mengucapkan selamat berjuang menempuh peperiksaan/imtihan bagi mahasiswa mahasisiwi di segenap pusat pengajian. terutama pada sahabat2 pondokbuku ini.pondok akan slalu mendoakan kejayaan bagi semua. semoga ALLAH memudahkan urusan dan memberi ilham yang mencurah2 ketika menjawab soalan2. setelah usaha sepenuhnya beserta doa yang tidak putus juga lafaz2 zikrullah dan solawat atas baginda, ditutupi dengan tawakkal dan berbaik sangka pada-NYA... pondok mendoakan kejayaan yang berkat buat semua. dunia dan akherat.

kepada yang tidak menempuhi peperiksaan, pondok juga mendoakan sekalian slalu dalam perlindungan dan rohmat ALLAH dalam menjalani kehidupan sehari-hari. juga moga sejahtera dan bahgia dunia dann akherat.

-salam-

26 September 2009

salam syawal

salam Syawal buat semua.

salam penuh kesyukuran, penuh ingatan , moga2 sekalian selalu dalam perlindungan dan rohmat-NYA.

maaf untuk semua salah silap, kekasaran bahasa, janji2 yang tak ditunai juga layanan yang tidak memuaskan.

ensha ALLAH buku2 yang tertangguh akan mula sy pos minggu hadapan.

taqobbalallohu minna wa minkum sole7al a3mal. minal 3aidin wal faaizeen wal maqbuuleen. kullu 3am wa entum bikhoer, ensha ALLAH...asif 3ala kulli haal.

-melalui hari2 yang sukar. menanti takdir2 hingga ke hujung tahun ini. mudah2an dapat pondokbuku ini berkhidmat hingga tahun2 berikutnya, atau akan terhenti hingga penghujung tahun ini sahaja. mohon doa dari sekaliannya.- pondok

29 August 2009

romadon kareem

salam buat semua.

seminggu romadon telah berlalu, saatnya menyemak diri, melihat2 andai ada kekosongan dan compang camping yang boleh ditampal baiki.

mari meneruskan minggu kedua, semoga lebih baik dan terus bertambah baik dari sebelumnya. anggapi tiap hari romadon itu mungkin yang terakhir buat kita, kerna sememangnya sesat kehadapan juga tidak dalam kepastian kita.

romadon kareem buat semua.sy mendoakan smoga sekalian slalu dalam kebaikan dan rohmat TUHAN yang Maha Esa.

p/s: pondok ini direhatkan sepanjang romadon kerna kekerdilan diri pengusahanya. mohon maaf. segala urusan tempahan dan belian boleh saja dibuat tapi hanya akan dapat diuruskan selepas seminggu syawal. ensha ALLAH.

03 August 2009

salam sya3ban, sedikit peringatan n permohonan

salam sya3ban buat semua.

smoga sekalian dalam keadaan sehat, tenang dan dalam kebaikan sentiasa.

sekadar ingin mencoretkan sesuatu di sini, mengingatkan diri sendiri dan juga semua hamba2 ALLAH yang sy hormati dan doakan.

berkenaan H1N1 yang semakin merebak dan merenggut nyawa. bagi yang kekadang terlupa pada-NYA, sudah saatnya untuk kembali pada-NYA. bagi yang memang slalu mengingati-NYA, saatnya mempertingkatkan doa dan keimanan kita pada-NYA.

marilah sama2 kita berDOA, berSOLAT HAJAT memohon agar diselamatkan diri kita sendiri, ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai sekaligus seluruh umat Islam khususnya dan manusia awam amnya dari bala yang sedang menimpa.

mudah2an dengan doa tiap seorang dari kita, TUHAN memaqbulkan dan menghentikan petaka yang sedang melanda.

smoga semua, slalu dalam perlindungan ALLAH dan slalu dalam rohmat kaseh sayang-NYA.


p/s: bagi yg menmpah buku, buku2 ensha ALLAH sebolehnya sy setelkan sebelum masuknya romadhon. kerna bulan romadhon nnti, sy mohon bercuti sebentar dr pondokbuku ini. alfu syukr, sbanyak2 terima kaseh kerna sudi n terus sudi berurusan dengan pondok. smoga slalu dirohmati ALLAH hendaknya.

PROMOSI HABISKAN BUKU (terkini)

terkini

salam buat smua pengunjung pondokbuku-rkukaudya.
pertama, terima kaseh kerna sudi menjengah dan bertandang ke pondok yg serba kerdil ni. smoga kalian slalu dalam rohmat dan perlindungan ALLAH.

sekadar nak buat pengumuman, pondok ini akan melanjutkan PROMOSI HABISKAN BUKU(sehingga 15hb OGOS 09) sebagai menghargai sokongan semua sahabat.

di mana setiap buku2 di bawah ini (hanya bagi buku2 yg dinyatakan tajuknya di bawah sahaja)akan diberi potongan 25%, tapi kuantiti setiap buku ini tidak banyak, tinggal satu atau dua sahaja. jadi siapa cepat dia dapat.

dan bagi pembelian 3 buku dan lebih(buku promosi shj), kos pos dikecualikan.

buku2 tersebut ialah :

1) 154 wanita solehah
2) Cinta dan Rona Kinanah
3) Terapi SOLAT TAHAJUD
4) Rahmat di sebalik dugaan
5) Derap-derap tasbih
6) Memeluk Gerhana, Isa Kamari
7) Bertemu janji ALLAH
8) Perjalanan maisarah
9) Namun ku punya hati
10) Indahnya saat bersama-MU
11) Manikam kalbu
12) Hadiah untuk sufiah
13) Sakit pun ok.
14) Kunci kejayaan minda
15) Rahsia Baitul Maqdis Palestin / Muhammad Baihaqi
16) Belati cinta Zulaikha
17) Suzanna
18) JENAYAH YAHUDI TERHADAP DUNIA ISLAM
19) KENAPA HARAM BERURUSNIAGA DENGAN YAHUDI DUNIA
20) BAITUL MAQDIS, KESUCIAN YANG DIPERTAHANKAN
21) Impian Palestin
22) Tips-tips efektif pimpinan rohani, al-ghazali
23) Soal jawab remeh temeh tentang solat - edisi 2
24) Warna-warna kehidupan, Doa Seorang Isteri, WAHBA
25) Kerana Dia Cinta, Izza Aripin
26) Dunia cinta kita, Auryss Syaquira
27) Prasangka Baik di dalam alQur-an, Harun Yahya
28) Jangan bersedih, Dr. Aidh al-Qorni, siri poket jilid 2
29) Jangan bersedih, Dr. Aidh al-Qorni, siri poket jilid 3



selamat memilih dan selamat membaca!

p/s : segala pertanyaan atau pembelian, sila sms ke 0193559055 (sms sahaja)

-updated-

06 July 2009

solusi edisi 9



SOLUSI EDISI 9 " CELIK MATA HATI" di pasaran

19 June 2009

info terkini pondokbuku

buku2/kitab/ terbanyak didapatkan dari pondokbuku

= Tafseer Ibnu Katsir (versi bahasa melayu)
= Tarbiatul Awlad (terjemahan PN)
= Sirah Ibn Hisyam (terbitan victoria agencies)
= Ensiklopedia Perbidanan Melayu (anisah barakbah)
= Hati Sebening Mata Air (amru kholid)
= Maafkanlah aku (novel: zaharah muhammad)
= Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam Mengenal ALLAH (syeikh Ibnu 'Athoillah)
= Hari-hari dalam Hidupku (zainab al-ghazali)
= Bidadari dari Timur
= Asyik (kumpulan puisi sufistik dan ketuhanan / as-Suhaimi)
= Detik-detik Hidup Tok Kenali
= majalah SOLUSI edisi 4 : Jagalah Hati
= Cogito ALLAH Sum (novel)


::pondok::

terima kaseh buat semua yang telah menyokong dan sudi berurusan dengan pondok. juga yang hingga kini masih terus-terusan sudi berurusan dengan pondok.

moga sedikit sebanyak, pondok ini dapat membantu menyebarkan 3ilmu2 yang bermanfa3at ke tangan mereka2 yang dahagakan 3ilmu.

semoga sekalian selalu dalam perindungan ALLAH dan dirohmati-NYA dalam tiap waktu dan dalam tiap langkah hidup.

13 June 2009

makluman terkini.

sekadar makluman.

1- tafseer ibnu katsir, versi cetakan malaysia, khabarnya tidak lagi diluluskan KDN.

2- buku 'teguran suci terhadap mufti johor' juga khabarnya telah dirampas dari kedai2 oleh KDN.

3- terdahulu, buku 'pelik tapi benar dalam solat' terbitan telaga biru, dirampas KDN dan disekat pengedarannya.

4- bagi yang menmpah buku sirah ibnu hisyam, jilid 2, 3, 4 ada. sekarang sedang menunggu jilid 1. harap dapat menanti dengan tenang. maaf untuk semua kesulitan.

5- terdapat perubahan harga pada buku tarbiatul awlad, terjemahan dari penerbitan Pustaka Nasional.


::pondok::

30 May 2009

jom undi untuk ZM

salam buat semua

adakah anda peminat novel2 tulisan ZAHARAH MUHAMMAD?

adakah anda gemar dengan hasil tulisannya sebelum2 ini dan mahu membaca karya ZAHARAH MUHAMMAD yang terbaru?

atau anda baru ingin mengenali ZAHARAH MUHAMMAD dan ingin mencuba membaca novelnya yang terbaru...

sy dengan ini mempersilakan anda anda semua ke sesawang ZAHARAH MUHAMMAD sendiri dan mengundi di situ ;=)

klik saya!

oh ye, untuk sedikit tentang karya terbaru ZM, sila klik saya juga!

arigatoh!!!

13 April 2009

salam buat semua

salam buat semua

ingin memaklumkan, sy mungkin tidak dapat melayari internet, sekaligus melihat emel-emel yang saudara/saudari juga sahabat-sahabat berikan kerna sedikit masalah pada laptop sy.

jadi, untuk sebarang pertanyaan atau tempahan buku, sila sms no ini 0193559055 (hanya sms dapat dilayan)

maaf untuk semua kesulitan.

bagi mereka-mereka yang telah menempah buku, buku-buku kalian dalam proses, ensha ALLAH akan di poskan minggu ini atau selewatnya minggu hadapan.

maaf sekali lagi. terima kaseh kerna masih sudi hingga saat ini berurusan dengan pondokbuku.

smoga kalian slalu dalam rohmat perlindungan dan kasih sayang ALLAH.

-pondok-

13 March 2009

tentang majalah solusi

salam buat semua.

alhamdulillah, selepas sy iklankan tentang Majalah Solusi keluaran Telaga Biru tu, sy dapat respon yg baik. dan sy rasa amat bersyukur sebab itu tandanya masih ramai yg dahagakan ilmu dan mencari2 apa sahaja sumber ilmu yg baik untuk ditambah dalam menjalani hidup, supaya dapat menjadi hamba Mukmin yg disukai ALLAH iaitu yg setiap harinya bertambah baik.

ada yg ingin membelinya dr sy, tapi sy mohon maaf. sy xmenjualnya. tapi buat sahabat2 terdekat, ada yg minta dicarikan, ensha ALLAH, sy akan cuba usahakan. Majalah Solusi ni memang agak terhad penjualannya di luar, kerna mengikut apa yg sy baca di majalah dr respon pihak Solusi, dorang menjual majalah tersebut samada terus melalui mereka atau melalui wakil pengedar mereka (untuk menjimatkan kos).

jadi pada sesiapa yg berminat di sini sy sertakan butir2 yg mungkin boleh membantu.

untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak telaga biru atau tenaga kerja Majalah Solusi sendiri

telefon : 03-62754070
fax : 03-62754110
emel : admin@telagabiru.net.my
laman web :
http://www.telagabiru.net.my/
blog :
http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/

bagi yg sukar mendapatkannya, pada pendapat sy lebih baik melanggan. borang langganan boleh didapati di muka surat 101 Majalah Solusi tersebut.

buat pengetahuan semua juga, Majalah Solusi edisi 5 baru sahaja keluar. dengan tajuk @ isu utamanya " MENGURUS NYAWA"

bagi sesiapa yg ingin cuba baca buat kali pertama, dan ingin dapatkan Majalah Solusi (tapi mana2 edisi) boleh emel/sms sy beserta nama penuh dan alamat lengkap . kalau sy ada jumpa mana2 edisi (samada edisi 1/2/3/4/5 ), sy akn belikan dan pos kan.

-pondok-



01 January 2009

atas dasar cinta

atas dasar seagama, atau atas dasar kemanusiaan, maupun atas dasar kasehan

marilah membantu apa terdaya

Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787


juga hulurkan lah pertolongan yang paling utama: DOA, tadahkanlah tangan, berdoalah untuk mereka .

moga apa jua yang kita lakukan, walau sekecil mana. walau sekali.
mendapat redo-NYA.

klik sini

31 December 2008

salam ma3al hijrah 1430

salam hormat dari saya buat semua.

salam ma3al hijrah 1430. doa saya buat semua pengunjung, semua rakan2 blog, juga penyokong blog pondok buku iaitu pembeli2 yang saya hormati, mudah2an tahun baru ini, menjadikan kita manusia yang lebih matang, manusia yang lebih bersyukur, manusia yang lebih tabah, manusia yang lebih tenang, lebih bahgia dan lebih berjaya dari tahun2 lepas. dan begitulah jua setiap tahun, menjadi bertambah baik, bertambah baik, bertambah2 baik.

saya dengan rasa rendah diri, menyedari bahwa saya hanya manusia yang sangat banyak kekurangan... jadi, dikesempatan ini, saya ingin sekali memohon maaf, sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap cara, atau de kekurangan sepanjang saya menguruskan blog ini juga buku2.

esok, tahun baru miladiyah pula menjelma. doa saya buat semua tetap sama seperti di atas. semoga diampunkan segala dosa, semoga dilimpahi sebanyak2 kebaikan dari-NYA.

saya akan berehat seketika dari blog ini, mungkin tidak akan online langsung dalam suatu tempoh. sekiranya ada yang masih ingin menmpah/membeli buku, silakan sms 0193559055, tapi saya mohon maaf kerna tidak dapat menyediakannya secara segera (secepatnya 2minggu).

bagi yang telah menempah pula,(ukht masturah, tuan ashady, ukht najdlin, sodiqoty habibaty norasmawati, tuan idris,) saya akan poskan selewat2nya isnin ini,

terima kaseh atas sokongan dan doa semua.

jazakallahu khoiral jazak

(kalau sudi, mohon doakan saya kembali ye.he)
Related Posts with Thumbnails