Showing posts with label perubatan dan islam. Show all posts
Showing posts with label perubatan dan islam. Show all posts

08 June 2009

IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT EDISI KEDUA (DIKEMASKINI)


IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT EDISI KEDUA (DIKEMASKINI)
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Darussyifa
RM15.00

Buku Edisi Kedua ini adalah versi dikemaskini daripada Buku Edisi yang pertama.

Beberapa pembetulan telah dibuat dan juga tambahan doa-doa baru dimasukkan ke dalam buku edisi kedua ini. Diantara doa-doa terbaru yang dimasukkan adalah seperti berikut;

Doa Putus Cinta (Untuk Mengatasi Kekecewaan) – m/s 65
Doa Rawatan Terbakar & Melecur – m/s 94
Tambahan Doa kepada Pesakit Menderam – m/s 97
Doa Mengatasi Masalah Cemburu & Hasad Dengki – m/s 97
Kaifiat Bacaan Yaasin Untuk Rawatan Koma
Ayat-ayat Ruqyah Untuk Pengubatan dan Perlindungan dari Sihir – m/s 105
Doa Tahlil Arwah (Versi Tuan Guru) – m/s 109
Buku ini adalah terbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’)

06 June 2009

ISU-ISU FIQH PERUBATAN SEMASA


ISU-ISU FIQH PERUBATAN SEMASA
Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su’aidan
terjemahan Dr.Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
al-Hidayah
RM 38.00, 359 hal (HC)



Buku ini merupakan himpunan isu-isu fiqh perubatan semasa yang sering ditanya oleh masyarakat. Pengarang berusaha mengumpulnya pada satu tempat bagi memudahkan masyarakat mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengannya. Ia juga bertujuan memudahkan orang yang ingin mengetahui isu-isu tersebut membuat rujukan.

Dorongan pengarang berbuat demikian ialah melaksanakan konsep nasihatAllah dan Rasul, kitab dan orangorang Islam dan para pemimpin mereka. Isu-isu ini sangat perlu diketahui oleh para pegawai perubatan dan pesakit. Pengarang berusaha mengemukakan kaedah dan penjelasan walaupun kelihatan agak panjang. Tujuannya adalah untuk memberi kepuasan di dalam memberikan jawapan sehingga mampu memenuhi konsep memberi jawapan itu sendiri.

Pengarang berusaha sedaya upaya untuk memudahkan ungkapan dan penjelasan supaya dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin orang Islam walaupun mereka bukanlah orang-orang yang pakar di dalam bidang ini. Pengarang telah memilih teknik soal jawab dalam membentang isu-isu fiqh perubatan ini kerana lebih menudahkan mereka memahami dan mengenal pasti jalan penyelesaian setiap masalah.

(diambil dari web al-HIDAYAH.)

PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W


PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH S.A.W
Asyraf Al-Hasyir
al-Hidayah
RM 10.00, 139 hal



Seiring dengan kemajuan ekonomi sesebuah negara, pelbagai makanan dan minuman tersedia untuk dikonsumi oleh rakyat negara berkenaan. Tanpa disedari pelbagai aneka dan makanan dan minuman tersebut akan menyisakan toksid beracun yang bertimbun di dalam tubuh, apatak lagi mereka yang tidak mengikut cara pemakanan yang sihat. Timbunan toksid ini jika dibiarkan tanpa wujud sebarang kewalan akan mendatankan pelbagai penyakit yang memberi kesan ke atas kesihatan fizikal, mental, kejiwaan dan emosi.

Namun amat disyangkan, langkah rawatan yang biasa diambil oleh pesakit bagi mengurangi toksid tersebut justeru kadang kala memperburukkan lagi keadaan dengan cara menkonsumi ubat-ubat berkimia. Ini tentu bukanlah cara penyelesaian. Di sini Islam menawarkan satu perubatan yang berkesan bagi mengatasi masalah ini dengan cara berbekam. Meskipun selama ini kurang diambil berat, namun ia diyakini dapat mengatasi komplikasi penyakit di samping ia merupakan cara berubat mengikut Rasulullah S.A.W.. Buku ini membincangkan antara lain topik-topik berikut:

1. Mengetahui berbekam mengikut cara Rasulullah S.A.W. dan tinjauan perubatan masa kini.
2. Mengenal pasti waktu dan cara berbekam yang paling berkesan berdasarkan kajian saintifik.
3. Mengetahui jenis-jenis penyakit yang dapat disembuhkan menerusi berbekam.

(diambil dari web al-HIDAYAH.)
Related Posts with Thumbnails