21 March 2013
SEPAHIT JADAM
SEPAHIT JADAM
Nik Mohamad Abduh
Jundi Resources
RM 20, 210 hal
" Buku ini merakamkan sebahagian potret perjuangan yang rencam yang dituangmelalui kejernihan akal seorang tokoh muda dan semoga ianya akan menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mula berjinak dipanggung politik dan dakwah." Ust. Riduan Mohamad Nor
Antara isi kandungan buku:-
1. Jalan yang lurus
2. Saya sebelum hari ini I
3. Saya sebelum hari ini II
4. 100 tahun al-Imam Hassan Al-Banna
5. 30 hari dah
6. Ada apa pada nama
7. Kelahiran
8. Hari belia Kelantan
9. Merdeka
10. Kita pejuang PAS
11. Hujung Zulhijjah 1430 Hijriyyah
12. Datuk kita adalah ikutan terbaik
13 Assalamualaikum CINCAI
14. Dosa
15. Kegelapan
16. Keluarga kami ada Nik Adli
17. Ramadan di hospital
18. Ramadan I
19. Ramadan II
20. Ramadan III
21. Ramadan IV
22. Susah dan senang beriringan
23. Antara nyawa babi dan nyawa Muslim
24. Mengapa Tarbiyyah?
25. Takbir hari raya dan takbir pilihanraya
26. Nik Adli bebas
27. I'ktikaf di hospital
28. Negari kebajikan vs Negara Kebajikan
29. Raya di rumah Amy Search
30. Bulan Zulhijjah dan ISA
31. Orang PAS perlu berani, sabar, istiqamah dan kena lawan
32. Dari Kota Belud I
33. Dari Kota Belud II
34. Kemenangan melalui kesempurnaan berjemaah
35. Hijratur Rasul
36. Kukuhkan jentera
37. Mengapa rakyat Kelantan terus memilih PAS?
38. Lawatan ke United Kingdom
39. Berjalan di bumi hijau
40. Buku dari Beirut ke Juruselam
41. Tersasar dan terbabas daripada nur-Nya
42. Bersatu adalah isu umat sepanjang zaman.
43. Konsert Rock Rohani di Kota Bharu
44. Minyak naik, bukan perihal siapa yang lebih zalim
45. Hidangkan ku secangkir kopi
46. Islam Ulama' dan Syura
47. Hikmah Ramadan
48. Kita dan Palestin
49. Di sebalik banyak buku yang di baca
50. Tahniah
51. Mari mendidik anak I
52. Mari mendidik anak II
53. Sifat benar
01 March 2013
43 INSPIRASI MENDIDIK ANAK
43 INSPIRASI MENDIDIK ANAK
Mohd Hisham Sharif & Hasifah Zainuddin
Galeri Ilmu
RM19.00, 272 hal
Membesar dan mendidik anak pada zaman serba mencabar ini memerlukan kesabaran yang tinggi.
Cabaran-cabaran ini bagaikan satu ujian bagi pasangan ibu bapa. Namun ia perlu ditempuh oleh setiap ibu bapa dalam memastikan anak-anak dibesarkan dan dididik dengan iman dan takwa.
Ibu bapa diamanahkan Allah membentuk akhlak si anak, setelah berusaha, yang selebihnya hendaklah diiringkan dengan doa dan berserah kepada Allah SWT.
Pelbagai ragam dan soalan dari mulut si anak kekadang membingungkan ibu bapa untuk menanganinya. Buntu untuk menjawab soalan demi soalan anak dan kesabaran pula ada waktunya hilang entah ke mana. 43 Inspirasi Mendidik Anak perlu dibaca oleh ibu bapa apabila berdepan krisis mendidik anak. Semoga berinspirasi dalam menempuh cabaran mendidik anak. Bak kata penulisnya, Jika bukan kita, siapa Lagi? jika bukan sekarang, bila lagi?
13 February 2013
DIARI SEORANG DIPLOMAT: HIKMAH YANG TERSIRAT
DIARI SEORANG DIPLOMAT: HIKMAH YANG TERSIRAT
Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd
Galeri Ilmu
RM 19.00, 252 hal
Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di perantauan khasnya di negara yang telah diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Nyawa bagaikan sudah tiada nilai. Pun demikian, apabila bergelar pegawai diplomat, semua itu perlu dihadapi. Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. Diari Seorang Diplomat : HIKMAH YANG TERSIRAT . Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.
15 January 2013
DI HAMPARAN SHAMROCK : KU SERU NAMU-MU
Hasrizal Abdul Jamil
Galeri Ilmu
RM30.00, 352 hal
Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri. Mimpi ngeri yang pada mengenangnya, kita boleh terbangun pada tengah malam, berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas, dan malu untuk ia diketahui orang.
Dia tidak terkecuali.
Namun, di celah perjalanan itu, ada kesepian yang belum terungkap. Sepi yang memerlukan masa yang panjang untuk dia bangkit dengan sebuah keyakinan. Keyakinan untuk jujur kepada diri. Akur kepada liku-liku skrip kehidupan, yang menyampaikan ustaz ini kepada di mana dia berada, pada hari ini.
Dengan linangan air mata, dia ucapkan, “Alhamdulillah … Di Hamparan Shamrock, Kuseru Nama-Mu!”
Melalui buku ini, HASRIZAL ABDUL JAMIL merakamkan rentetan perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami.
Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan rencah kehidupan seorang musafir yang sentiasa mencari makna di sebalik setiap tanda tanya serta ujian kehidupan yang melanda.
DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU memanifestasikan usaha beliau untuk jujur kepada diri sendiri, demi sebuah kedamaian. Bahawa beliau sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan.
07 September 2012
MAUIZHAH
MAUIZHAH (Catatan Bimbingan Dari Seorang Guru)
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kemilau Publika
RM 28.00 , 499 halaman
14 February 2012
RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA

RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA
Mohd Shahrizal Nasir
Alaf 21
RM 16.00 , 288 hal
Syurga itu impian setiap insan yang punya nikmat tidak terhingga. Kenikmatan ini tidak akan mampu dicapai indera… belum pernah dilihat dek mata, tidak pernah didengar dek telinga dan tiada pernah terdetik dek fikiran sesiapapun. Indahnya syurga hanya layak untuk hamba yang menyerah diri pada-NYA.
Al-jannah itu kurniaan ILAHI untuk para hambaiNYA yang beriman dan beramal soleh. Bersyukurlah jika hati cenderung pada-NYA, namun itu bukanlah tiket untuk kita alpa. Godaan dunia pasti menimpa… menarik kita agar lupa pada-NYA. Dan pada ketika itulah, kita sebenarnya dihujani ujian sebagai bukti keimanan.
RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA menggarap pelbagai persoalan penting yang kita mungkin kita sengaja melupakannya. Selidiklah diri agar sentiasa tetap pada jalan-NYA. Berusahalah… moga setiapa amalan yang kita lakukan , redha ALLAH jua menjadi jaminan ganjaran. Mudah-mudahan syurga itu milik kita.
ANTARA KANDUNGAN MENARIK
•Kepentingan Masa Dalam Islam
•Persiapan Diri Menanti Hari Kiamat
•Manfaatkan peluang Sayyidul Ayyam
•Memuliakan Tetamu Undang Rahmat
•Martabat Guru Setanding Ulama
•Hijrah Didik Umat Atur Strategi Hidup
•Bertunang Bukan Lesen Hubungan Bebas
•Redha Ibu Bapa Jamin Keberkatan Hidup
•Malas Berfikir Punca Umat Islam Mundur
•Tunai Hak al-Quran Tanggungjawab Semua
28 January 2012
INGATLAH AKU, KAU KUINGAT

INGATLAH AKU, KAU KUINGAT
Dr. Abdul Halim Mahmud
Penerbit Nafas
RM35.00
“ Ingatlah Aku, niscaya Kuingat engkau... (QS. al-Baqarah [2] : 152) ”
Ketika seorang hamba menyebut nama Allah dengan lisan dan hatinya, maka saat itu dia sedang mengingat dan memanggil-Nya. Keutamaan menyebut namaNya tidak terhitung dan tidak terbatas. Semua itu karena seseorang yang menyebutNya, dia sedang mengikat dirinya dngan keutamaan Allah, Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. DIAlah yang Maha Mendengar doa, mengasihi hambaNya dan meridhai orang-orang yang memurnikan iman kepadaNya.
“ Barangsiapa mengingatKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatnya dalam diriKu, dan barangsiapa mengingatKu dalam suatu kelompok, maka Aku mengingatnya dalam suatu kelompok lain yang lebih baik dari mereka' - (Hadits Qudsi)
Buku yang ada di tangan anda menyajikan keutamaan dalam menyebutNya. Dilengkapi dengan dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah RasulNya, buku ini juga menggambarkan dengan jelas kepada anda cara mengingat Allah dan diingat oleh Allah.
23 January 2012
SPIRITUAL SALAH KAPRAH

SPIRITUAL SALAH KAPRAH (buku indo)
Abu Sangkan
Sybraltar
RM23.00
Tidak sedikit orang berkata, saya seorang spiritualis, tetapi bukan seorang religius. Ungkapan ini mungkin ada benarnya. Namun, yang tidak bisa dipahami adalah ketika SQ beredar di Indonesia dan menjadi semacam training-training. Sesungguhnya mereka tengah dilanda kebingungan untuk membedakan antara mana yang disebut emotional intelligence dan mana yang disebut spiritual intelligence. Ditengah kebingungannya itu lalu mereka mengambil jalan pintas dengan menggabungkan keduanya tanpa ada batasan yang jelas. Maka, tampak pendangkalan disana sini, bahkan terkesan sangat dipaksakan. Gejala pendangkalan semacam ini, sesungguhnya telah lama mengusik perhatian sebagian ulama, kiyai-kiyai dan spiritualis sufi di Indonesia.
Secara ilmiah penggabunagn kedua kecerdasan tersebut adalah -something you are not able to check and acount- suatu hal dimana anda tidak bisa memeriksa dan melaporkan hasilnya. Jadi, tidak bisa dijelaskan melalui topangan-topangan ilmiah yang bersifat empiris dan logis. Lalu apa ukurannya? Tangisan? Apakah kalau sudah menangis meraung-raung itu menandakan spiritualnya sudah mendapatkan redha Allah, apakah demikian? Sehingga pemahaman kontradiktifnya adalah siapa saja yang tidak menangis man hatinya telah membatu dan tidak mendapat petunjuk Allah, begitukah?
14 November 2011
HIBURAN ORANG-ORANG SHALIH

HIBURAN ORANG-ORANG SHALIH
Muhammad Amin al-Jundi
Pustaka Arafah
RM65.00 , 384 hal; hard cover
Judul asal : Mi'atu Qishshatin Wa Qishshah Fi Anisi Ash-Shalihin Wa Samiri Al-Mutaqqin
Ada seorang laki-laki tinggal di sebuah rumah sewaan. Kayu atapnya telah usang dan rusak. Atapnya banyak yang hancur. Ketika pemilik rumah datang meminta uang sewa, maka si penyewa berkata, “Perbaiki dahulu atap ini, karena sudah rusak.” Dia menjawab, “Jangan khawatir. Tidak apa-apa kok. Atap itu sedang bertasbih kepada Allah swt.” Si penyewa menimpali, “Saya khawatir kalau atapnya punya rasa khasyyah (takut kepada Allah), lantas dia bersujud.”
Al-Ashmu‘i mengisahkan, “Saya pernah masuk ke daerah pedalaman. Ternyata ada seorang perempuan cantik yang mempunyai suami jelek. Lalu saya bertanya kepadanya, “Bagaimana kamu bisa merelakan dirimu dimiliki oleh orang seperti ini?” Dia menjawab, “Coba dengarkan! Barangkali dia berbuat baik dalam hubungan antara dirinya dengan Allah swt, sang Penciptanya. Sehingga Allah swt menjadikan diriku sebagai pahalanya. Dan barangkali aku berbuat tidak baik, sehingga Allah swt menjadikannya sebagai siksa bagiku.”
Ada orang yang bodoh—dia ingin menghindari ghibah (menggunjing)—ditanya, “Bagaimana pendapatmu tentang Iblis?” Dia menjawab, “Saya sering mendengar pembicaraan mengenai Iblis. Allah yang Maha Mengetahui rahasia Iblis.” (dia tidak mau membahas iblis, karena takut menggunjingnya).
-Kisah di atas hanya sebagian kecil dari kisah-kisah segar dalam buku ini. Selain meringankan beban pikiran Anda karena bosan, kisah-kisah dalam buku ini juga membuat Anda tersenyum, karena sudah diseleksi, sehingga benar-benar segar, penuh hikmah dan dapat dipertanggungjawabkan keotentikannya.-
13 July 2011
BEDUK DIKETUK

BEDUK DIKETUK
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Telaga Biru
RM26.00
Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah
Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan.
Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.
Dum! Dum! Dum! Dummmm…
Apabila beduk diketuk, pasti ada satu berita yang penting. Ia adalah medium pemberitahuan tentang kebaikan, keburukan atau amaran bahaya. Sejak dahulu, masyarakat Melayu mengetuk beduk untuk memberitahu bahawa waktu solat telah masuk, ada berita kematian atau musuh yang telah menyerang kampung. Tegasnya, apabila beduk diketuk pasti ada pengumuman penting dan segera untuk dimaklumi dan diambil tindakan. Maka itulah perumpamaan mesej-mesej yang hendak disampaikan dalam buku ‘Beduk Diketuk’ ini. Ia adalah satu yang penting untuk difahami dan perlu segera diamalkan. Umat Islam yang sedang alpa ini, perlu dikejutkan agar tidak terus dibius dan disembelih oleh musuh-musuhnya.(Petikan dari halaman blog penulis, Ustaz Pahrol
Juoi)
02 February 2011
FANZURU

FANZURU
Hilal Asyraf
Galeri Ilmu
RM24.00, 314 hal
Hilal Asyraf kembali dengan buku motivasinya yang ketiga; Fanzuru dalam siri Langit Ilahi.
Fanzuru yang membawa erti ‘maka lihatlah’ menghimpunkan sebanyak 60 tazkirah yang mendidik jiwa. Tazkirah-tazkirah yang termuat di dalam buku ini mengajak pembaca untuk melihat dan memerhati dengan teliti dengan mata hati akan pengajaran yang ada di sekeliling kehidupan kita.
Pengajaran itu hakikatnya wujud di mana-mana. Kebaikan itu juga berada di mana sahaja. Bergantung kepada kita sahajalah samada ingin mengambil pengajaran atau tidak. Terpulang kepada diri kita sahajalah mahu memandang dan meneliti atau tidak. Maka sepatutnya, kita aktifkan jiwa-jiwa kita, agar mampu memangdang sesuatu perkara itu bukan sekadar dengan mata pancaindera, tetapi juga dengan mata hati.
Banyak teladan dapat dikutip daripada manusia-manusia yang kita temui dan bergaul dengannya. Inilah pengajaran dan pengalaman yang dikongsikan penulis hasil daripada pemerhatian dan pergaulannya.
31 October 2010
BERUBAH KEPADA KEHIDUPAN BARU

Dr Muhammad Al-Ghazali
Cresent News
RM 21.90, 323 hal
Ajaran-ajaran Islam yang meliputi segala aspek kehidupan itu sangat selaras dengan naluri yang lurus dan fikiran yang benar. Pengarahan yang tersebar pada doktrin-doktrin asasnya adalah saluran yang amat tepat bagi orang-orang yang mencari ketenagan jiwa.
Kami telah lama tertarik dengan beberapa persamaan antara ajaran-ajaran Islam yang murni dan hasil-hasil pemikiran para ahli falsafah, samada dalam bidang kejiwaan (psikologi), sosial mahupun politik. Ini menunjukkan adanya penyatuan antara ‘wahyu tajribah’ (hasil eksperimen) dan ‘wahyu samawi‘ (ajaran dari langit).
‘Fitrah’ membawa pengertian 'yang baik'. Oleh itu, setiap aib yang mengikuti [lahir daripada] pembawaan (tabiat), tidak boleh dianggap berasal daripadanya [fitrah] dan tidak boleh pula menyalahkannya.
Dalam buku ini, dikemukakan perbandingan antara ajaran-ajaran Islam, dengan kebudayaan Barat mengenai adab jiwa dan tingkah laku. Pembaca akan lihat persamaan antara keduanya yang akan menimbulkan kekaguman.
Dalam menyusun kitab ini, kami mengemukakan Islam dengan menyatukan dua sumber yang berbeza; pertama nas-nas Islam itu sendiri, dan kedua petikan dari buku Dale Carnegie yang bertajuk 'HOW TO STOP WORRYING AND START LIVING' .
Bukanlah maksud kami hendak membandingkan agama Allah dengan usaha manusia, tetapi usaha terpuji itu dimaksudkan untuk menjadi contoh atas kaedah-kaedah yang telah dibentangkan Islam sebelumnya.
Allah berfirman, mafhumnya;
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? (Fusshilat: 53)
Akhirnya, kami hanya mampu memanjatkan doa;
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh kenikmatan’ (As-Syu’araa’: 83-85)
- Muhammad Al-Ghazali
29 October 2010
MUKMIN PROFESIONAL

MUKMIN PROFESIONAL - Celik Mata Hati
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Telaga Biru
RM 55
Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam.
• Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin.
• Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati.
• Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.
dapatkan di sini (taip 'mukmin profesional' di ruangan search)
25 July 2010
BILA ALLAH MENDUGA KITA

BILA ALLAH MENDUGA KITA

Syed Alwi Alatas
MustRead
RM19.90 , 189 hal
BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.
Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.
Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.
12 July 2010
HIDUP TANPA DUSTA

HIDUP TANPA DUSTA
Akram Misbah Utsman
Alam Raya Enterprise
RM14.00
sinopsis
Dusta telah ada sejak manusia diciptakan. Bahkan manusialah pihak yang pertama kali menjadi korban kedustaan. Benar, pihak yang pertama kali berbuat dusta bukanlah manusia, akan tetapi lblis terlaknat yang diusir dari surga. Karena ia merupakan sifat dasar yang dimiliki oleh setan dan bala tentaranya. Namun, kedustaan seakan senantiasa hadir dalam relung kehidupan manusia, tak peduli apakah hal tersebut diperbolehkan atau dilarang oleh syariat Islam yang bersifat fitri ini. Sebabnya pun beranekaragam, mulai dari pola asuh keluarga yang keliru hingga lingkungan pergaulan dan sistem sosial yang salah.
Buku yang ada di tangan Anda ini mengajak untuk merenungi kembali makna kejujuran yang telah kita lupakan, dengan mengurai berbagai faktor penyebab munculnya kedustaan dan bagaimana melakukan terapi kepada diri pribadi maupun orang lain yang mengidap penyakit dusta. Dengan bahasa yang mengalir lugas namun tetap berpijak di atas landasan Islam yang begitu memahami fitrah insani, penulis buku ini bukan hanya mengetengahkan jenis-jenis kedustaan yang diperbolehkan, tetapi juga bentuk-bentuk kejujuran yang dilarang.
Kelebihan buku ini dibandingkan buku-buku sejenis adalah kemampuan penulis untuk menghadirkan tinjauan psikologi terapan dalam menganalisis dan mengobati kebohongan, yang dipadu dengan teori-teori syariat sehingga menjadikan buku ini selalu up to date. Tak heran jika kami berani memberi label buku ini dengan judul di atas,
Umar bin Khathab menegaskan, "Kejujuran yang membuatku terhina lebih aku cintai daripada kedustaan yang membuatku terhormat".
Al-Hikam menyatakan, "Pembohong sama saja dengan pencuri. Hanya saja pencuri itu mencuri hartamu, sedangkan pembohong itu mencuri akalmu."
Buku ini akan membawa Anda merenungi dan memahami betapa indahnya hidup tanpa dusta. Hidup yang membuat Anda tenang, penuh dengan kebaikan dan menjanjikan surga. Buku ini juga akan menjadikan Anda malu dan membenci dusta, sekaligus memotivasi Anda untuk jujur, menyatakan sesuatu sesuai keadaan. Selain itu, Anda diajak untuk meraup tips menjalani hidup tanpa dusta, dan untuk mengatakan selamat tinggal dusta kehinaan dan neraka dari hidup Anda.
Antara Isi Perbahasan buku ini:-
-Ragam Kebohongan
-Orang-orang yang Memberi Kesaksian Palsu
-Orang-orang yang Memegang Janji dan Amanah
-Kapan Diperbolehkan Berbohong?
-Kapan Kejujuran Berbalik Menjadi Tercela?!
-Pertama: Ghîbah Kedua: Namîmah (Adu Domba)Ketiga: Fitnah
-Teknik Menyingkap Kebohongan
-Teknik Membentengi diri dari Kebohongan
-Membentengi diri dari perilaku bohong
-Terapi Mengobati Penyakit Bohong
Selamat menyimak!
BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS

BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS
Muhammad Muhyiddin
Global Aksara
RM 18.00
"Bibir Tersenyum, Hati Menangis"?melukiskan gejala umum kejiwaan, psikologi dan nurani kita yang "terbiasa untuk menipu diri sendiri". Kita terbiasa untuk bersikap ramah, sedangkan hati kita demikian sulit untuk beramah-tamah dengannya; kita terbiasa untuk tersenyum bahagia, sedangkan hati tengah menangis pilu karena duka dan derita; kita terbiasa untuk bersikap hormat pada orang yang menurut hati kita sungguh tidak patut dihormati. Kita terbiasa untuk mengerjakan sesuatu yang hati kita justru menolaknya. Kita sangat terbiasa untuk berbuat sesuatu yang menurut hati ini bertentangan dengan agama, akal sehat dan nurani, sehingga hati kita menjerit sendiri. Kita terbiasa hidup dalam kepura-puraan. Kita sungguh sangat terbiasa mengorbankan integritas jati diri kita. Ya, kita sangat suka mengenakan topeng...
"Bibir Tersenyum, Hati Menangis"?adalah fenomena global dan faktual di sekitar kita, atau jangan-jangan termasuk Anda juga, yang menyebabkan kepribadian kita terbelah, ambivalen, munafik!
Astaghfirullah?!
Mengapa Anda menjadi cenderung munafik, berkepribadian ganda, berjiwa ambilavalen, bacalah manajemen psikologi berbasis nalar Islam ini. Insya Allah, sangat berguna...!
01 July 2010
HIDUP SEKALI MANFAAT SELAMANYA

HIDUP SEKALI MANFAAT SELAMANYA
Dr. Muhammad Musa Asy-Syarif
Rijal Media
RM 15.90
Manusia hidup di dunia ini dalam kondisi yang beragam. Mereka hidup di dunia untuk sekian waktu lamanya, kemudian meninggalkannya. Ketika anda bertanya kepada mereka, tentang atsar (PENINGGALAN) dan amal mereka, maka akan anda dapati bahwa mereka ibarat awan di musim kemarau yang cepat lenyap dan tidak menurunkan hujan. Mereka hidup selama bertahun-tahun kemudian mereka meninggal. Mereka hidup, tapi tidak ada seorang pun yang merasakan keberadaan mereka. Dan ketika mereka meninggal tidak ada seorang pun yang mengenal mereka. Demi Allah, perjalanan hidup para pembesar tidaklah demikian, dan kematian para pahlawan pun juga tidaklah demikian.
06 May 2010
NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR
Pahrol Mohd Juoi
Galeri Ilmu
RM19.00, 184 hal
sinopsis
Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.
Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.
Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil.Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.
Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak ‘fikir’ dan ‘zikir’ pembaca – langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan ‘fikir’ dan ‘zikir’ ummah.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:
Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu – Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.
Bahagian 2: Berguru dengan Alam – Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.
Bahagian 3: Kata Dikota – Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa!
Bukan soal apa yang dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya
“Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.” – Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA
23 February 2010
PERIBADI

PERIBADI
HAMKA
Pustaka Dini
RM 17.00, 203 hal
Kata beliau (HAMKA):
sama pula kepandaiannya menarik pedati,
tentu harganya pun tidak pula berlebih berkurang.
Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya,
belum tentu sama harganya. Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga,
tetapi bagi manusia adalah peribadinya.”
“Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam sesuatu jurusan,
belum tentu berharga dan belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup,
kalau sekiranya bahan peribadi yang lain tidak lengkap atau tidak kuat,
terutama budi dan akhlak !”
keteguhan akhlak tidak sukar, asal sahaja manusia sedar bahwa dia adalah sebenar-benar manusia. yang mempunyai kemahuan lebih tinggi dari mencari kedudukan. mengejar kebesaran jiwa terlebih dahulu daripada mengejar harta. yang sedar bahwa disamping haknya ada pula kewajipannya. dan yang ingat benar, bahwa usia riwayatnya sesudah matinya, jauh lebih lama daripada usia badannya sendiri ketika hidupnya.
bila hal itu telah tercapai oleh satu bangsa, dengan sendirinya timbullah SATU KATA, tidak berbilang. hanya satu siasat, tidak mengenal mundur maju dan ragu-ragu. dan itulah yang akan menimbulkan segan dan malu bangsa-bangsa.
aqbil 3alan nafsi
was-takmil fadhoilaha,
fa anta bin nafsi
la bil jismi Insanu,
hadapkan perhatian kepada jiwa
tegakkan sempurna budi utama
dengan jiwamu bukanlah badan
engkau sempurna menjadi INSAN
20 February 2010
1001 SOAL-SOAL HIDUP

1001 SOAL-SOAL HIDUP
HAMKA
Pustaka Dini
RM 12.50, 108 hal
Prof Dr. Hamka ada berkata:
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan. Pertama, Iman kepada Allah. Kedua, percaya kepada sahabat.
Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.
Sahabat yang "ber-udang di sebalik batu" adalah seumpama anjing di tepi jalan yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.