Showing posts with label ibadat. Show all posts
Showing posts with label ibadat. Show all posts

01 November 2011

KASYFUL GHUMMAH




KASYFUL GHUMMAH
Fadilat Melakukan Kebaikan (Makruf) & Mengasihi Umat
Muhammad Bin 'Alawi Al Maliki Al Hasani
Jahabersa
RM7.90 , 110 hal




Rasulullah saw bersabda "Kamu sekali-kali tidak akan masuk syurga hinggalah kamu beriman,dan kamu tidak akan beriman hinggalah kamu berkasih sayang, hendakkah kamu daku beritahukan kepada kamu sesuatu yang jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang di antara satu sama lain?- Sebarkanlah salam di kalangan kamu". (Riwayat Muslim)

Perlu diperhatikan bahawa telah dijadikan iman sebagai sebab untuk memasuki syurga dan dijadikan kasih sayang sebagai sebab bagi sempurnanya iman, dan melakukan kebaikan merupakan sebesar-besar sebab dan sehampir-hampir pintu bagi menguatkan kecintaan di kalangan kaum muslimin dan merapatkan kaum mukminin sesama mereka.

Kebanyakan manusia menyangka bahawa 'makruf' dan 'ihsan' itu hanya dengan harta benda dan wang ringgit, yang oleh itu mereka terluput daripada kebaikan yang besar. Di sini kami akan terangkan bahawa terdapat banyak pintu-pintu kebaikan dan jalan-jalan kebaikan adalah luas.

22 February 2008

PELIK TAPI BENAR DALAM SOLAT

Pelik Tapi Benar Dalam Solat
Ustaz Abdul Rahman Mohamed
Harga: RM 25.90
Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.
Related Posts with Thumbnails