Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

13 June 2012




FIQH SOLAT EMPAT MAZHAB
Menurut al-Quran dan Hadis
Abdul Qadir ar-Rahbawi
penterjemah : Nabilah Abd Jalil
al-Hidayah
RM 25.00 ,







Dalam menunaikan ibadah ini terdapat perbezaan bacaan atau perbuatan antara empat mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun ia hanya melibatkan perkara-perkara kecil dan cabang sahaja. Perbezaan pendapat ini tidak berkaitan langsung dengan urusan akidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan pandangan dalam hal-hal cabang ini adalah kerana berbezanya tafsiran dalil dan anggapan terhadap kekuatan dalil hadisnya.

Perbezaan ini sering menjadi pertanyaan dalam solat berjemaah terutama bagi makmum yang mengikut imam yang berbeza pendapat mazhabnya. Namun ini bukanlah halangan untuk kita menunaikan solat berjemaah kerana kelebihan serta fadilat solat berjemaah itu amat besar dan amat ditekankan oleh Islam Dan Nabi Muhammad S.A.W..



01 July 2011

MENCAPAI MA'RIFAT



MENCAPAI MA'RIFAT (Satu Pendekatan)
Ibnu Abdullah Al-Naqsybandi
Al-Hidayah Publication
RM39.00 , 386 hal




Ini adalah sebuah buku pada membicarakan tentang ilmu ma3rifah iaitu ilmu mengenal ALLAH. Diantara pembicaraan yang diketengahkan adalah berkenaan mengenal Allah, mengenal diri, Islam, rukun Islam, rukun Iman, amalan yang merosakkan Islam, akidah dan mencapai ma'rifat.

ALLAH adalah nama bagi Dzat Yang Maha Agung, Tuhan Sekalian Alam. ALLAH adalah gelaran khusus bagi Dzat Yang Maha Ghaib. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk menggambarkan bagaimana rupa hakikat Dzat Allah itu. Manusia hanya dapat mengenali Allah melalui sifat-sifatNya dan dari segala perbuatan dan kejadiannya. Manusia diperingatkan supaya tidak memikirkan Dzat Allah. Tetapi manusia diwajibkan mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal.

21 June 2011

AGAMA DAN IDEOLOGI






AGAMA DAN IDEOLOGI
Imam Shahrastani
Diterjemahkan oleh Muhammad Ramzi Omar
DBP
RM 50.00 , 464 hal




Buku Agama dan Ideologi ini ialah terjemahan daripada buku al-Milal wa al-Nihal karangan Imam al-Shahrastani. Buku ini membincangkan pelbagai agama, aliran pemikiran dan kumpulan-kumpulan dalam agama, menjadikan buku ini sebuah ensiklopedia ringkas yang membabitkan aliran pemikiran, kumpulan dan falsafah. Ia sangat popular di kalangan cerdik pandai di Timur dan Barat yang mengkaji ilmu agama dan kepercayaan.

Tokoh ulama terkenal iaitu Ibn al-Subki mengatakan, "Buku ini sangat baik dalam membahaskan pelbagai agama, aliran pemikiran dan kumpulan-kumpulan dalam agama".

Menurut Profesor Albert Jeom, seorang ilmuwan Inggeris mengatakan, "Buku ini adalah jawapan yang memadai dalam membincangkan persoalan agama yang pelbagai, ciri-ciri dan kelainan setiap agama tersebut. Oleh yang demikian, buku ini menjadi bahan rujukan autentik dan segar untuk setiap zaman."

Ilmuwan Jerman iaitu Habacker pula berkata, "Dalam buku al-Milal wa al-Nihal karangan al-Shahrastani kita berupaya untuk menyingkap persoalan sepanjang sejarah falsafah dahulu dan sekarang."




(dipetik dari laman sesawang dawama)
Related Posts with Thumbnails