Showing posts with label novel faisal tehrani. Show all posts
Showing posts with label novel faisal tehrani. Show all posts

22 October 2009

KETUPAT CINTA


KETUPAT CINTA (musim pertama)
Faisal Tehrani
Ameen Books
RM 23.90


Tun Lepat disumbat dalam tahanan?

Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di Istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam Istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran.

Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan kita nanti, tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali. Tapi kenapa Tun Lepat ditangkap?

10 August 2009

MAAF DARI SORGA


MAAF DARI SORGA
Faisal Tehrani
Ameenbooks
RM16.00


Rumah nombor 33 menyimpan pelbagai misteri dan dianggap berhantu. Penyewanya silih berganti dan kebanyakan mereka menemui kecelakaan.

Penyewa terbaharu, Hakiki, seorang pegawai bank berfikiran liberal bersama isterinya yang mualaf, turut diganggu peristiwa aneh dan menakutkan.
Rumah tangga yang aman mulai keruh dan si isteri kembali ke negara asal, kemudian terperangkap dalam taufan ganas yang mengancam jiwa dan kandungannya.

Mungkinkah gangguan-gangguan itu disebabkan oleh dosa-dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama? Apakah ada kemaafan dari sorga buat mereka?

04 August 2009

SAASATUL IBAAD


SAASATUL IBAAD
Faisal Tehrani
Aberdeen
RM25.00, 267 hal

26 October 2008

KARYA NAN INDAH

KARYA NAN INDAH
Faisal Tehrani
Ameen Books
RM29.00


Buku ini ditulis khusus untuk mereka yang mahu memahami aspek-aspek penulisan kreatif.

Setiap perkara daripada mendapatkan idea, menimbulkan rasa, menerapkan falsafah dan fikrah, menghidupkan cerita, mencipta watak, gaya bahasa yang harus digunakan dan pantang larang dalam penulisan disebut dengan jelas dalam bahasa yang mudah difahami.

Buku ini juga dapat menjawab banyak persoalan mengenai bentuk karya dan memahami cara untuk menulis bahkan membaca sesebuah karya sastera yang dianggap kompleks.

Sembilan buah cerpen Faisal Tehrani yang menarik menjadi contoh perbincangan dan perbandingan.

04 April 2008

MANIKAM KALBU

MANIKAM KALBU
Faisal Tehrani
DBP
RM 25.00

sinopsis

Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP bertujuan menggalakkan golongan sasterawan dan penulis tanah air menghasilkan karya yang menggarap persoalan masyarakat Malaysia yang membangun dan berdaya saing, liberal, progesif, aman damai dan dipadang tinggi oleh negara luar dari dahulu, sekarang dan pada masa hadapan. Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semua ketakjuban dalam kesenian. Katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu. Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan kajian yang mendalam. "

BEDAR SUKMA BISU

BEDAR SUKMA BISU
Faisal Tehrani
DBP
RM 25.00

sinopsis

Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wafada tidak pernah lelah belayar, sejak masih anak-anak. Dia keluarga dari lautan. Wafada juga dilanda cinta muda, sejarah lampau dan kemelut saudara. Kisah pelayaran menyesuri Nusantara yang agam gemilang oleh ketamadunan Melayu - Islam. Di sini kita akhirnya mengerti, mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan. Menjadi sukma di hati. Sebuah saga tepu falsafah, tentang laut, bedar, niaga, perang, cinta, tauhid, peradaban dan sejarah luka. Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa. "
Related Posts with Thumbnails