Showing posts with label sirah. Show all posts
Showing posts with label sirah. Show all posts

30 December 2010

BERPOLITIK GAYA KHULAFA AR-RASYIDIN




BERPOLITIK GAYA KHULAFA AR-RASYIDIN
Abdul Hadi Awang
PTS Islamika
RM16.00 ,




"Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa takut kepada Allah dan taat kepada pemimpin walaupun pemimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Jadi, berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat".

Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas beliau meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.

Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin merupakan buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan
•bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan mentadbiran?
•Bagaimana mereka menangani konflik?
•Apa pembaharuan yang mereka lakukan?
•Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka?

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang memiliki Ijazah Sarjana Muda (B.A) Syariah daripada Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana (M.A) Siyasah Syar'iah daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai tokoh ilmuwan agama yang banyak memberi sumbangan dan percambahan idea-idea semasa. Beliau juga pernah diberi mandat menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Antara karya beliau terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Hari Akhirat, Beriman kepada Qadak dan Qadar, Fahaman dan Ideologi, Islam dan Demokrasi dan Islam Adil untuk Semua.

15 May 2010

TOKOH YANG DIZALIMI



SYEIKH MUHAMMAD bin 'ABD. al-WAHHAB,
TOKOH YANG DIZALIMI
Mas'ud al-Nadwi
Jahabersa
RM 18.00 , 247 hal

sinopsis :

Buku ini adalah berkisar tentang seorang tokoh pembaharu Islam yang
amat terkenal iaitu Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab .Ada yang mengenalinya secara positif, lalu menyambung usaha pembaharuannya sehingga ke hari ini. Namun ada yang mengenalinya secara negatif, lalu menyandarkan pelbagai tuduhan dusta ke atas dirinya dan sesiapa yang kelihatan sejalan dengannya.

Tuduhan yang paling masyhur ialah gelaran "Wahabi", bertujuan menakut-nakutkan orang ramai dari usaha pembaharuannya.

Buku ini ditulis oleh seorang ilmuan dari benua India, menerangkan sejarah Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab dari awal hingga akhir, termaksuklah ajaran serta usaha beliau. Berdasarkan fakta-fakta sejarah, dapat diketahui di manakah sebenarnya kedudukan Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, adakah seorang tokoh Ahlus Sunnah yang dihormati atau perosak Islam yang patut digelar Wahabi.

19 February 2010

KEZUHUDAN UMAR ABDUL AZIZ, KESEDERHANAAN NIK ABDUL AZIZ




KEZUHUDAN UMAR ABDUL AZIZ, KESEDERHANAAN NIK ABDUL AZIZ
Wan Ji Wan Hussin, Saifulamri
Kemilau Publika
RM 19.00




UMAR BIN ABDUL AZIZ:
Beliau mempunyai watak yang lembut, bertubuh kecil, kurus,janggutnya tersusun rapi, matanya bulat, dahinya luas, kulit berwarna sawo matang dan rambutnya hitam dengan sedikit bercampur uban. Beliau seorang yang mempunyai sifat penyayang, walau terhadap binatang sekalipun.
Ekoran itu, apabila kita membaca kisah-kisah beliau, pasti akan terjumpa satu kisah tentang beliau semasa menjadi khalifah pernah mengarahkan agar baghal ( keldai kecil ) tidak dijadikan binatang untuk mencari rezeki sahaja, malah kebajikannya juga wajib diperlihara.

NIK ABDUL AZIZ:
Dilahirkan dalam lingkungan keluarga ulama, beliau dibesarkan dengan corak hidup menjunjung tinggi prinsip-prinsip agama Islam. Tiada kompromi mengenainya. Demikian asuhan pertama yang beliau terima daripada ayahandanya sendiri yang terkenal dengan julukan Tuan Guru Nik Haji Nik Mat Alim dan Tuan Guru Haji Nik Mat Pongoh.
Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memiliki perwatakan lembut, ucapannya berhikmah, pakaianya sederhana dan amat mementingkan hujah dalam semua perkara. Ayahandanya seorang ulama yang sangat agresif dalam memerangi khurafat dan penyelewengan agama dalam masyarakat.

03 February 2010

PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH HIDUP NABI DARI A SAMPAI Z


PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH HIDUP NABI DARI A SAMPAI Z
Syaikh Sayyid Muhammad Al-Maliki
Penerjemah: Ust. Ali Mahfudzi
Citra Risalah, Yogyakarta
RM 19, 193 halaman

Allah S.W.T telah mengutus nabi Muhammad s.a.w dengan membawa agama yang dinamis dan lurus. Dengannya Allah S.W.T telah menjadikan manusia yang tadinya buta menjadi melihat. Dengannya Allah S.W.T telah menyingkap tabir hijab yang diumpamakan seperti mendung antara manusia dengan-NYA. Dengannya pula, Allah S.W.T telah menunjukkan jalan kepada manusia yang sesat. Dan Allah S.W.T telah menganugerahkan kepadanya akhlak yang agung dan hati yang bersih. Dan DIA telah mengistimewakannya dengan syafa3at 3uzma, maqom ma7mud, kehormatan dan kemuliaan. Dan ini adalah perkara agung yang patut untuk diketahui dan dita'arufkan kepada seluruh manusia.

Kitab yang anda baca ini adalah kitab yang ringkas tetapi mencakupi segala sisi kehidupan Rosulullah s.a.w. Kitab ini terbahagi kepada dua bahagian;

Bahagian Pertama, membahaskan tentang kondisi Nabi s.a.w pada permulaan kehidupannya dan segala sesuatu yang berhubungan dengan baginda, semisal putra-putrinya, isteri-isterinya, sampai mukjizat-mukjizat baginda.

Bahagian Kedua, membahas ringkasan peristiwa-peristiwa penting yang terjadi pada zaman kenabian dimulai dari tahun kedua dari kelahiran baginda hingga baginda wafat secara berurutan dari tahun ke tahun dan urutan sejarahnya dengan sangat ringkas.

Semoga dengan membaca kitab yang ringkas ini kita bisa memperoleh manfaat yang besar dengan meneladani kehidupan baginda Rosul s.a.w

Buku ini merupakan karya ringkas Syaikh Sayyid Muhammad Al-Maliki tentang sejarah Nabi saw. Namun demikian, keringkasannya tidak mengurangi kekayaan khazanah kesejarahan yang dikandungnya. Ini kerna Syaikh Sayyid Muhammad Al-Maliki sangat menjaga prinsip ijazi (singkat kata, padat makna) dalam menuliskan karyanya.

23 October 2009

SYAMAIL MUHAMMAD s.a.w


as-SYAMAA-IL MUHAMMAD s.a.w (HC)-isi versi bahasa indonesia-
KEPERIBADIAN ROSULULLAH
Imam At-Tirmizi
Telaga Biru
RM45.00


"Salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rosulullah s.a.w ini ialah karya Imam at-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rosulullah s.a.w yang mulia."
(syeikh al-Qari dalam jam3ul wasa-il)


sebuah kumpulan/himpunan hadis susuk jasad dan peribadi agung nabi Muhammad s.a.w, dalam 5 aspek kehidupan baginda iaitu:

fizikal - tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung, dan tempat tidur.

perilaku - cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman, dan buah-buahan.

ibadah - wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di ruma, puasa dan membaca alQur-an.

perhubungan dan akhlak - berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.

penghidupan - nama-nama Rosulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rosulullah.

21 July 2009

al-BIDAYAH wan-NIHAYAH - Ibnu Katsir


mukhtasar/ringkasan al-BIDAYAH wan-NIHAYAH (HC)
al-Hafizh Imaduddin Abul Fida' Ismail bin Umar bin Katsir (ibnu Katsir)
Pustaka Darul Haq
RM 1xx.00 , 562 halaman


Benarkah Khalifah Pertama Abu Bakar ash-Shiddiq Radhiallahu 3anhu diracun hingga menyebabkan kematian beliau?

Benarkah penyebab dipecatnya Khalid bin al-Walid radiallahu 3anhu dari jabatannya sebagai panglima pasukan karena adanya hal pribadi antara dia dengan Umar bin al-Khottob radiallahu 3anhu?

Benarkah isu-isu tendensius yang menyebutkan bahwa Utsman bin Affan radiallahu 3anhu lebih mengutamakan karib kerabat untuk memegang jabatan-jabatan strategis dalam pemerintahan seperti yang dituduhkan sebagian orang?

Apa yang melatar-belakangi peperangan Jamal yang terjadi antara Ali bin Abi Thalib rohimallohu wajhah dengan az-Zubair, Tollhah dan 'Aisyah radiallahu 3anha?

Dan apa pula yang melatarbelakangi peperangan antara Ali bin Abi Thalib rohimallohu wajhah dengan Mu'awiyah radiallahu 3anhu di Shiffin?

Benarkah isu yang menyebutkan bahwa al-Hasan bin Ali Radiallahu 'Anhu diracun oleh Mu'awiyah radiallahu 3anhu hingga menyebabkan kematiannya?

Begitu banyak isu-isu kontroversial yang disebutkan dalam buku-buku sejarah yang perlu diluruskan. Contoh-contoh di atas hanyalah sebagian kecil dari penyimpangan sejarah. kehadiran buku ini diharap akan meluruskan penyimpangan sejarah yang banyak diselewengkan oleh tangan-tangan jahil.

Buku yang hadir di hadapan pembaca ini berusaha meluruskan penyimpangan-penyimpangan tersebut. Dipetik oleh Dr. Muhammad bin Shamil as-Sulami dari al-Bidayah wan Nihayah, sebuah karya monumental seorang ulama besar yang tidak asing lagi; al-Hafizh Imaduddin Abul Fida' Ismail bin Umar bin Katsir yang lebih dikenal dengan nama Ibnu Katsir.

TARIKH KHULAFA - Imam Suyuti


TARIKH KHULAFA
Imam Suyuti
terjemahan terbitan Pustaka Kautsar
RM 55.00


Zaman terus berputar, peristiwa sejarah akan berulang, hanya pelaku, tempat dan situasinya berbeda. Putaran zaman mempergilirkan antara kebaikan dan keburukan. Dan kondisi suatu zaman akan sangat dipengaruhi oleh siapa yang menjadi pemimpinnya saat itu. Hal ini dapat kita saksikan pada perjalanan umat Islam dari semenjak masa kenabian, masa khulafa-'urrasyidin serta masa kedinastian Bani Ummayah dan Bani Abbasiyah.

Kekhilafahan mengalami masa keemasan pada masa-masa khulafa'urassyidin terutama pada masa Khalifah Abu Bakar, Umar dan setengah dari masa kekhilafahan Utsman bin Affan. Setelah berakhirnya masa khulafa-'urrasyidin, kekhilafahan berpindah secara turun temurun, adakalanya berada di tangan orang shalih dan adakalanya berada di tangan orang yang zhalim dan durhaka. Namun bagaimanapun kondisi mereka tetap lebih baik dibanding dengan masa pasca kejatuhan khilafah.

Imam As-Suyuthi, seorang ulama besar yang hidup antara tahun 849-911 H, mengungkap perikehidupan para khalifah (penguasa) berdasarkan periwayatan yang terpecaya dan komentar-komentar para ulama yang langsung menjadi pelaku sejarah. Karya beliau merupakan warisan yang sangat berharga karena kaya dengan pelajaran yang mendalam dan menjadi rujukan sepanjang zaman bagi umat yang ingin memahami sejarah para penguasa pendahulunya.

1000 HIKMAH ULAMA SALAF (HIILYATUL AWLIYAK) - Abu Nu'aim al-Asfahani


1000 HIKMAH ULAMA SALAF (HC)
(Mukhtasar @ Ringkasan Kitab HILYATUL AWLIYAK
karangan Imam Abu Nu’aim Al-Asfahani)

Shalih bin Abdul Aziz Al-Muhaimid
Elba
RM 60.00

"Buku ini adalah obat iman yang lemah dan mental yang rusak karena tidak peduli akhirat, cinta dunia dan takut mati.”

Kehidupan ulama Salaf adalah taman yang mengandung banyak hikmah, pelajaran, petunjuk dan cahaya. Buku ini memuat pengalaman dan perkataan ratusan ulama Salaf yang dihimpun dalam lebih dari 100 hikmah yang sarat dengan makna dan pelajaran berharga. Imam Abu Nu’aim Al-Asfahani, Penulis kitab Hilyatul Auliya’ adalah ulama salaf yang terkenal serta mendapat banyak pujian dari ulama salaf lainnya. Ibnu Khalkan menyebutnya sebagai salah satu tokoh terkemuka dan Hafizh (Penghafal Hadis) besar yang tsiqah (terpercaya). Ibnu Mardawaih memberi kesaksian bahwa para Hafizh dunia berkumpul di sisinya. Ibnu Ahmad Al-Hambali menyatakan, beliau adalah satu-satunya orang di dunia ini yang memiliki isnad tertinggi. Ibnu Taimiyah menyatakan, bahwa beliau besar dari sekedar disebut tsiqah. Ibnu Taimiyah rahimahullah juga mengatakan, ”Kitab beliau Hilyatul Auliya’ adalah salah satu kitab terbaik yang mengangkat kisah orang-orang zuhud. Meskipun di dalamnya terkandung hadis-hadis dan hikayat-hikayat yang batil.” Alhamdulillah, di sinilah peran penulis buku ini, Shalih bin Abdul Aziz Al-Muhaimid. Beliau memilah dan memilih dari kitab tersebut lebih dari 1000 hikmah dan pelajaran dengan menghindari cerita-cerita yang memiliki kecenderungan sufistik dan batil. Sehingga, kita para pembaca tinggal memetik aneka bunga di taman yang indah semerbak ini, tanpa khawatir terkena durinya, insya Allah.

19 July 2009

NAFAS DARI LEMBAH ATAR


NAFAS DARI LEMBAH ATAR
Pertemuan Dengan 30 Tokoh-tokoh Sejarah
Darma Mohammad
Jahabersa
RM 14.90 , 204 hal


Buku ini dipersembahkan kepada pembaca sejarah yang ingin berkelana di dunia perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w dengan segala keunggulan peribadi dan nilai-nilai batin yang sukar dicabar. Para sahabat itu hidup dalam dunia indah yang dirumus oleh Islam, sekaligus getir bergulat dengan ancaman musuh-musuh Islam.

Pembaca juga dipelawa menghirup pemikiran dalam bentuk yang lebih berseni, dengan hidangan puisi-puisi yang bernafaskan keislaman mengiringi setiap tokoh sahabat yang dibicarakan. Inilah bentuk dan ciri khusus yang sengaja ditampilkan oleh penulis di dalam pengkisahan sejarah para sahabat tersebut.

14 July 2009

MEMPERTAJAM KEPEKAAN SPIRITUAL


MEMPERTAJAM KEPEKAAN SPIRITUAL -277 KISAH PARA SHALIHIN
Majdi Muhammad asy-Syahawy
Bina Wawasan Press
RM 30.00 , 357 hal

Bila anda tengah merasakan kehampaan jiwa, ketumpulan spiritual dan kehambaan hati, sehingga anda tidak bisa atau sulit merasakan kelazatan ibadah dan taqarrub kepada ALLAH, bahkan sebaliknya anda begitu tergatung dan terpaut kepada kehidupan duniawi atau kepada hal-al yang menjauhkan diri dari-NYA, maka itu petanda bahwa anda tengah mengalami penurunan kepekaan spiritual dan anda memerlukan shock teraphy yang bisa menyentakkan anda dari kelalaian dan kondisi spiritual yang negatif.

Dan buku ini kami hadirkan ke sidang pembaca memang tidak lain melainkan untuk keperluan shock teraphy tersebut.

pondok- merupakan buku terjemahan indonesia dari buku arab ' mi-ata qissoh wa qissoh min qisosis sooliheen wa nawadiz zaahideen'. di dlamnya terhimpun sejumlah kisah yang mengesankan dari para sahabat, ahli sufi dan hamba2 ALLAH yang terpilih. sangat berbaloi dimiliki. ensha ALLAH. ;=)

06 July 2009

LEMBARAN HIDUP ULAMA'


LEMBARAN HIDUP ULAMA'
Warisan Ilmuwan Islam
Muhammad Abdulloh Suradi
HR Publishing
RM 28.90 , 323 hal

Sebuah buku yang menghimpunkan secara ringkas sebahgian biografi, sifat-sifat, karya-karya dan sumbangan jua kisah hidup menarik ulamak-ulamak, cendekiawan-cendekiawan, filosof-filosof, ahli-ahli sufi Islam terdahulu. Dengan diselitkan gambar-gambar, kata-kata hikmah, menjadikan buku ini walaupun sarat dengan ilmu tapi terasa santai dan menarik.

akhir kata, sebuah buku yang patut dimiliki.

antara tokoh-tokoh yang disebukan dalam buku ini :-
Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Ibnu Sirin, Junaid al-Baghdadi, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Ibnu Firnas, Ibnu Sina, Ibnu Hazm, Ibnu Jauzi, Maulana Zakariyya al-kandahlawi, Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi, Hj Abdul Rahman Limbong, Tok Kenali, Hj Sulong al-Fatani, Hamka, Badi'uzzaman Said Nursi, Syeikh Mutawalli Sya'rawi, Sayyid Sabiq, dll...

pondok : mabruq buat penulis muda buku ini yang boleh dilawati di blog beliau (maaf, lewat mewar2kannya di sini, padahal sejak mula buku berada di pasaran, sy teruja untuk meletaknya di blog, tapi ketentuan TUHAN itu pastinya lebih baik bukan? smoga terus menulis dan memberi manfa3at untuk umat Islam)

17 June 2009

65 MANUSIA LANGIT


65 MANUSIA LANGIT
Perjalanan Hidup Sahabat Rosulullah s.a.w
terjemahan buku ' suwaar min hayaati as-sohaabah'
Dr. Abdurrahman Ra'fat al-Basya
Pustaka Azhar
RM 40.00 (HC), RM 35.00 (SC)

65 MANUSIA LANGIT memaparkan kisah perjuangan sebahgian dari para sahabat Rosulullah s.a.w dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Adalah diharapkan agar menerusi pembacaan buku ini akan menjadi pemangkin untuk mereka yang hendak berjalan menuju ke jalan ALLAH s.w.t., memperbaiki diri dan dalam masa yang sama mengasihi Rosulullah s.a.w serta para sahabat baginda.

::pondok:: buku yang menarik untuk di baca.

27 April 2009

NISA' AL-YAHUUD

NISA' AL-YAHUUD
(WANITA-WANITA ISTERI PARA NABI KETURUNAN BANI ISRAEL)
Hasan Ahmad Hijazi as-Saqa
terjemahan : Mujahidin Noryadi
Pustaka al-Shafa
RM27

22 March 2009

KITAB-KITAB ARAB 3

MARI BERKENALAN DENGAN KITAB2 ARAB BERKAITAN SEJARAH :-

1- KITAB TARIKH BAGHDAD

2- KITAB TARIKH IBNU HISYAM

3- KITAB TARIKH DIMASYQ


4- KITAB TARIKH KHULAFA / IMAM SUYUTI

dll... (akan diperbaiki dan dipertambah lagi. ensha ALLAH)

09 October 2008

JATUHNYA SEBUAH TAMADUN


JATUHNYA SEBUAH TAMADUN
Mohamad Nurhakim
PTS Islamika
RM 23.00


Menerangkan sejarah kebangkitan peradaban Islam bermula dari zaman Nabi Muhammad sebagai pengasas sehingga kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah sebagai khalifah terakhir umat Islam. Lengkap dengan senarai empayar Islam yang mencipta peradaban, sumbangan kepada dunia serta punca kejatuhannya. Disusun mengikut kronologi sejarah, lengkap dengan peta, gambar serta maklumat tambahan yang menyokong pemahaman pembaca.

Mohd. Nurhakim adalah pensyarah di Universitas Muhammadiyah Malang (UMM, Jawa Timur. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga aktif menulis buku, jurnal dan kertas kerja.

01 August 2008

BELAJAR DARI DUA UMAR


BELAJAR DARI DUA UMAR
Hepi Andi Bastoni
Anbakri Publika
RM 15.00 , 130 hal


Eksklusif pandangan sisi Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

02 May 2008

PEPERANGAN ROSULULLAH S.A.W


PEPERANGAN ROSULULLAH S.A.W
Ahmad Adnan Fadhil,
Riduan Mohamad Nor
MHI Pulications
RM 10.00 , 113 hal


komen pondokbuku :- buku ni bagus, kerna disertakan sumber rujukan, ringkas tapi padat.

15 April 2008

KISAH PARA SYUHADA

KISAH PARA SYUHADA
(motivasi keberanian, keimanan dan pengorbanan)
Dr Ali Sami an-Nathar
Jasmin enterp.
RM 15.0 , 259 hal

sinopsis:

" Di sini saya telah mengumpulkan kisah-kisah para pejuang Islam yang mati syahid dari beberapa buah kitab seperti kitab as-Sirr, al-Maghazi, Tobaqot ar-Rijal dan kitab-kitab sejarah yang lain. Memandangkan tiadanya pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kitab-kitab dan dokumen-dokumen pada masa awal Islam iaitu di peringkat permulaan bersinarnya cahaya agama yang mulia ini, lalu saya dengan sedaya upaya telah mengumpulkan kisah-kisah tersebut dari pelbagai sumber yang kebanyakannya adalah cerita-cerita tentang para pejuang ALLAH, yang telah gugur syahid di medan peperangan di sekitar kurun pertama hijrah.

Ternyata bilangan mereka begitu ramai sekali. Semuanya dibentankan untuk tatapan para pembaca dalam bentuk yang teratur dan indah. Bukannya gambaran sastera yang lari dari kenyataan yang sebenar. Bahkan itulah yang telah berlaku sepertimana yang digambarkan. Tiada sebarang penambahan atau pengurangan pun padanya. Dan ini adalah keadaan sebenar lagi sempurna tentang sejarah dan kisah para syuhadak Islam yang telah berjuang demi mempertahankan ketinggian agama ALLAH yang tercinta.

14 April 2008

KISAH FATIMAH AZ-ZAHRA

KISAH FATIMAH AZ-ZAHRA ,
PUTERI KESAYANGAN NABI
Abu Ubaidillah Syariff
Jasmin entp.
RM 10.00 , 166 hal

sinopsis ;

Sebagaimana diketahui, Siti Fatimah adalah anak Nabi yang keempat dan termuda di dalam keluarganya. Dia adalah anak termuda dari satu keluarga yang tidak ada anak laki-lakinya (yang masih hidup - pondokbuku). Dia adalah gadis yang lahir di dalam satu masyarakat di mana mereka menganggap anak laki-laki lebih berharga.

Buku riwayat hidup Fatimah az-Zahra, Puteri Kesayangan Nabi yang berada di tangan pembaca ini, mengandungi banyak pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas beliau, terutama sekali dari segi kedudukannya sebagai seorang anak kepada seorang Rosul dan isteri kepada seorang sahabat terkemuka, bahkan dari segi prinsip dan keberaniannya memperjuang serta mempertahankan kebenaran ( yang hak ).

09 April 2008

SEJARAH 133 WIRA TERBILANG

SEJARAH 133 WIRA TERBILANG
-DIZAMAN ROSULULLAH S.A.W (HC)
DR. KHALID MUHAMMAD KHALID
al-Hidayah publishers
RM , 1192 hal

Buku ini adalah terjemahan dari karya agung "Rijal Haula Ar-Rasul" oleh Dr. Khalid Muhammad Khalid vane menganduugi sejarah 60 sahabat Rasulullah s.a.w. dan diberi tambahan sehingga 133 Sahabat Rasulullah s.a.w. yang terbilang. Sesungguhnya sejarah mereka dipenuhi dengan nilai-nilai suci dan luhur yang patut dijadikan teladan bagi umat Islam. Hati mereka yang kuat dalam memegang iman sehingga tidak tergoyahkan pada sebarang pujukan dan tipu daya kaum kafir, roh dan semangat yang tinggi sehingga rela mengorbankan nyawa dan harta benda. Kekuatan dan kerajinan dalam beribadah. Berita kezuhudan dan budi pekerti mereka yang mulia dihuraikan dengan bahasa yang sederhana namun bcrkesan sehingga seakan-akan mampu membawa pembaca untuk berenang dan menyelami ke dalam lautan kehidupan mereka.
Apa yang lebih menarik, buku ini dilengkapi dengan sejarah para Syuhadak yang gugur pada zaman Nabi s.a.w. seperti mereka yang gugur dalam Perang Badar al-Kubra. Perang Uhud yang menggerunkan. dan Perang Yamamah.

Karya ini sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur untuk dijadikan iktibar dan lampu penyuluh bagi menjalani kehidupan moden yang penuh dugaan serta cabaran. lanya juga wajar dijadikan rujukan baru pelajar sehinggalah di pusat Pengajian tinggi memandangkan penulis dan penterjemahnya yang cukup berkelayakan.
Related Posts with Thumbnails