Showing posts with label siri pemikiran islam. Show all posts
Showing posts with label siri pemikiran islam. Show all posts

15 January 2012

ISU-ISU GENDER ; PERSPEKTIF ULAMA AL-AZHAR







ISU-ISU GENDER ; PERSPEKTIF ULAMA AL-AZHAR
Zulkifli Haji Mohd Yusoff (PhD) & Aunur Rafiq (MA)
Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION
RM 15.00






PERSOALAN GENDER merupakan antara persoalan yang sukar dikupas. Kesukarannya bukan disebabkan kepayahan yang melingkari permasalahan tersebut, tetapi berpunca dari sensitiviti masyarakat terhadapnya. Terdapat perbincangan yang bersikap berat sebelah dengan meletakkan segala kelebihan berpihak kepada kaum lelaki. Pada masa yang sama wujudnya persepsi, sama ada di kalangan sebahagian kecil umat Islam, mahupun sebahagian kalangan non-Muslim, bahawa ajaran-ajaran yang terdapat di dalam Islam cenderung dilihat mendiskriminasikan kaum wanita, seoalah-olah ajaran Islam selalu berpihak kepada kaum lelaki. Tambahan pula, dengan semakin ramai orang yang bercakap mengenai Islam dan mewakili pihak Islam, maka semakin kompleks pula persoalan gender ini.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila dicanang pendapat "nas Al-Qur'an mungkin satu tetapi tafsiran terhadapnya boleh beribu. Nas Al-Sunnah mungkin sahih, tetapi tafsirannya boleh berbagai..."

Buku ini cuba mencari jalan keluar terhadap persoalan ini. Perbincangannya bermula dengan menyingkap peranan wanita dalam paradigma feminisme Barat dan Tradisi Islam. Selanjutnya dikemukakan bagaimana Islam melihat persoalan-persoala ini dengan nilai keadilan gender. Malah, perbincangan para sarjana Muslim yang tersohor tentang topik gender turut dimuatkan dalam buku ini. Ada empat tokoh besar yang ditelusuri oleh penulis tentang minda mereka mengenai pemikiran gender di Mesir dan perkembangan di al-Azhar.

Tiga isu yang sering menjadi perbincangan mengenai gender "panas" telah juga dikutip dan dibentangkan. Isu poligami, hak cerai isteri dan kepimpinan rumahtangga dikupas dalam buku ini. Di sini para pembaca akan dapat melihat bagaimana para ulama berfikir. Usaha penulis bukan untuk menzahirkan kontradiksi antara sesama mereka tetapi untuk menunjukkan bagaimana perbincangan yang sihat sepatutnya berlaku dalam masyarakat umat Islam dalam menangani permasalahan yang sensitif seperti ini.

21 June 2011

FALSAFAH SAINS DARI PERSPEKTIF ISLAM




FALSAFAH SAINS DARI PERSPEKTIF ISLAM
Penyusun : Baharudin Ahmad
DBP
RM22.00, 215 halaman




Isi Kandungan/Tajuk-Tajuk:

- Al-Quran dan Sains Moden, Bucaille
- Islam dan Sains Moden, S.H. Nasr
- Kedudukan Sains, Huston Smith
- Persoalan Mengenai Kaedah Dalam Sains Islam, Osman Bakar
- Kritikan Terhadap Sains Moden, F. Schuon
- Masalah Ekologi Menurut Tasawuf, S.H. Nasr
- Mewujudkan Tamadun Ilmu Berlandaskan Tauhid, Osman Bakar
- Batasan Sains Moden, Northbourne
- Ilmu Tradisional Pencarian Moden, Baharudin Ahmad
- Agama Mengenai Kaedah Dalam Sains, Baharudin Ahmad
- Sains Tradisional dan Sains Moden, Rene Guenon
- Sains Dalam Islam dan Barat, Cemil Akdogan
- Keperluan Kepada Sains Islam, Alparslan Acikgenc

- Edisi Kedua-






AGAMA DAN IDEOLOGI






AGAMA DAN IDEOLOGI
Imam Shahrastani
Diterjemahkan oleh Muhammad Ramzi Omar
DBP
RM 50.00 , 464 hal




Buku Agama dan Ideologi ini ialah terjemahan daripada buku al-Milal wa al-Nihal karangan Imam al-Shahrastani. Buku ini membincangkan pelbagai agama, aliran pemikiran dan kumpulan-kumpulan dalam agama, menjadikan buku ini sebuah ensiklopedia ringkas yang membabitkan aliran pemikiran, kumpulan dan falsafah. Ia sangat popular di kalangan cerdik pandai di Timur dan Barat yang mengkaji ilmu agama dan kepercayaan.

Tokoh ulama terkenal iaitu Ibn al-Subki mengatakan, "Buku ini sangat baik dalam membahaskan pelbagai agama, aliran pemikiran dan kumpulan-kumpulan dalam agama".

Menurut Profesor Albert Jeom, seorang ilmuwan Inggeris mengatakan, "Buku ini adalah jawapan yang memadai dalam membincangkan persoalan agama yang pelbagai, ciri-ciri dan kelainan setiap agama tersebut. Oleh yang demikian, buku ini menjadi bahan rujukan autentik dan segar untuk setiap zaman."

Ilmuwan Jerman iaitu Habacker pula berkata, "Dalam buku al-Milal wa al-Nihal karangan al-Shahrastani kita berupaya untuk menyingkap persoalan sepanjang sejarah falsafah dahulu dan sekarang."




(dipetik dari laman sesawang dawama)

17 December 2010

ASAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU BERTERASKAN ISLAM



ASAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU BERTERASKAN ISLAM
Prof. Dr. Awang Sariyan
IKDAS
RM 15.00




Buku ini merupakan kupasan terperinci tentang falsafah dan logika pemikiran Melayu yang menjadi asas kepada pembentukan jati diri bangsa Melayu. Islam telah menjadi unsur penganjak paksi tamadun Melayu daripada pemikiran yang bercampur baur antara fahaman animisme dengan unsur-unsur Hindu-Buddha yang tidak pula jelas jalur dan polanya dalam sistem pemikiran dan falsafah bangsa Melayu. Membaca buku ini akan menjernihkan pemikiran kita dalam memahami intipati pemikiran dan kebudayaan Melayu di Malaysia.

08 July 2009

ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME AGAMA


ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME AGAMA
(Siri Serangan Pemikiran)
Riduan Mohamad Nor / Ahmad Adnan Fadhil
Jundi Resources
RM 13.00, 120 hal


Antara perbahasan dalam buku ini :

- Muqaddimah : Kedurjanaan liberalisme agama
- Perang pemikiran : Agenda musuh yang gencar
- Kelompok Orientalis
- Lina joy dalam gubra?
- Plan bertindak Umat Islam
- Islam liberal : perkembangannya di malaysia.
Related Posts with Thumbnails