Showing posts with label tauhid. Show all posts
Showing posts with label tauhid. Show all posts

14 April 2011

HAKIKAT RUKUN







HAKIKAT RUKUN
Profesor Dr. Sidek Baba
Alaf 21
RM 10.00, 240 hal







RUKUN IMAN adalah ilmu yang diturunkan ALLAH sebagai satu konsep pengakuan seseorang Muslim agar percaya kepada perkara-perkara ghaib. Rukun Islam pula menjadi jalan dan kaedah untuk manusia menunjukkan sifat taat, tunduk, patuh dan akur kepada perintah ALLAH. Semua perintah ALLAH ini bertujuan memelihara akhlak manusia dan mempunyai hikmah yang besar terhadap kehidupan manusia.

Kehadiran buku ini diandaikan tepat pada masanya kerana isi kandungannya membincangkan topik berkaitan kepentingan rukun-rukun tersebut dan impaknya kepada kehidupan manusia.

Pembacaan naskhah ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan kita kepada kuasa ALLAH. Kupasan menyeluruh dalam buku ini tentang setiap pecahan rukun yang menjadi tunjang ketakwaan kita, pasti dapat membuka mata dan minda kita dengan hakikat kejadian manusia.

01 February 2010

MENJIWAI TAUHID, MEMURNIKAN DIRI



MENJIWAI TAUHID, MEMURNIKAN DIRI
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
Pelima Media
RM 20.00, 174 hal

~Kaedah Sistematik Ulama Tradisi Mmembentuk Jiwa Tauhid Sekaligus Menjernihkan Kembali Status Kehambaan Insani ~

Ilmu Tauhid menyuluh persoalan iman, sedang Tasawwuf mengasuh untuk merasakan manisnya iman. Tasawwuf menitip adab, menyusun akhlak sehingga tumbuh rasa-rasa jiwa yang layak sebagai hamba. Ketika ditanya tentang ihsan, Nabi S.A.W menjelaskan bahawa ihsan adalah merasa seakan-akan melihat Allah atau setidak-tidaknya merasa dilihat Allah. Buku ini menghubungkan keyakinan dengan rasa, tahu dan mahu. Agar lapangan hidup ini, dapat kita jadikan medan untuk berdamai dan berharmoni dengan takdir Allah S.W.T, Tuhan yang menciptakan kita, yang kuasaNya tidak tersanggah oleh suatu apa jua pun.

Hayatilah kehidupan ini sebagai anugerah, nescaya setiap hari yang dilalui akan menjadi indah. Tiada yang mulia tanpa kehambaan dan tiada hina dengan pengabdian kepada Allah. Makna kehambaan ada dalam diri dan kehidupan, jika kita fahami hakikat bahawa kita hanyalah penumpang di dalam lautan anugerah Allah S.W.T.

Kembalilah kepada Allah dengan menghayati bahawa kehidupan yang dimiliki ini sesungguhnya bersifat sementara. Kembalilah kepada Allah dengan menginsafi bahawasanya kehidupan yang abadi disediakan oleh Allah untuk para hambaNya adalah di akhirat.
Related Posts with Thumbnails