Showing posts with label tafsir dan hadis. Show all posts
Showing posts with label tafsir dan hadis. Show all posts

15 July 2011

TAFSIR IBNU 'ABBAS





TAFSIR IBNU 'ABBAS
ABU THAHIR MUHAMMAD BIN YA`KUB AL-FAIRUZABADI
AL-HIDAYAH
RM299.00 (Jilid 1-3) (HC)


Al-Quran adalah hidangan terlazat yang Allah Subhaanahu wa Ta'ala suguhkan kepada hamba-hamba-Nya. Hidangan ini hanya dapat dinikmati oleh mereka yang mampu memahami isi dan kandungannya. Untuk memahami al-Quran, langkah terpenting adalah dengan meneliti tafsirnya melalui sumber-sumber informasi dari orang yang paling ahli dan arif di bidang ini. Ibnu Abbas merupakan tokoh yang masyhur yang pendapatnya selalu dijadikan rujukan utama para ulama tafsir dari masa ke semasa. Dia adalah ''tinta emas umat Islam'' yang pada masa kanak-kanaknya telah didoakan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam agar menjadi manusia paling ahli dalam bidang tafsir al-Quran. Buku ini merupakan kumpulan pendapat Ibnu Abbas radhiallahu'anhu dalam tafsir al-Quran.

Semoga buku ini semakin memperkaya khazanah keilmuwan umat Islam yang selalu dahaga dengan cahaya kebenaran al-Quran dan siraman-siraman petunjuk-Nya.

29 May 2008

KISAH ISRAILIYAT DALAM TAFSIR DAN HADIS

KISAH ISRAILIYAT DALAM TAFSIR DAN HADIS
Dr Muhammad Husin Az-zahabi
jahabersa
RM 14.90
299 hal (paperback)

Sinopsis:

Sebagaimana sedia maklum, kisah-kisah Israiliyat ( Bani Israil ) begitu meluas tersebar dalam minda umat Islam seluruh dunia melalui pelbagai bentuk penulisan. Keadaan ini amat membimbangkan kerana persoalan Israiliyat berkait rapat dengan masalah aqidah seseorang kerana bercanggah dengan al-Quran dan juga hadith Rasulullah SAW yang nyata. Ketrampilan pengarang buku ini dengan tujuan murni.

11 April 2008

HIMPUNAN HADITH DHO'IF DAN MAUDHU'


HIMPUNAN HADITH DHO'IF DAN MAUDHU'
JILID 1 & 2 (HC)
DRS. ABDUL GHANI AZMI BIN HAJI IDRIS
al-Hidayah publishers
RM , 655 hal , RM

Dilahirkan pada tahun 1933. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (Mal, Pasir Putih, Kelantan. Beberapa tahun belajar di pondok dan Sekolah Wakaf Bunut, Pasir Putih, Kelantan- Bekas siswa di Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (P.T.A.I.N.) dan Institut Agama Islam (LA.I.N.> "Al- Jami'ah Al-Islamiah". Jogjarkarta. Indonesia (1955- 1963). Bekas Penolong Nadir dan Nasir Guru-guru lgama di Sekolah Rendah Kerajaan Kelantan (1966- )9-8). Bekas pensyarah di Maktab PerguruanTeruntum, Kuantan, Pahang, Maktab Perguruan Baru Rakit, Kuala Terengganu dan Maktab Perguruau Pengkaian Chepa, Kota Baharu, Kelantan. Bersara pada Januari, 1989. Pengasas mania Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri. Kelantan. Setiausaha kepada Jawatankuasa Pembentukan Pusat Pengajian Tinggi Islam tersebut yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir, kemudian menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatan Akademik kepada Pusan Pengajian Tinggi Islam negeri Kelantan di bawah pimpinan Dato Muhammad Asri bin Haji Muda. Pernah, berkhidmat sebagai pengarang Majalah Pengasuh, sebagai Ahli Majlis Lembaga Peperiksaan Sijil-sijil Sekolah Agama Majlis Agama Islam, Kelantan, anggota kepada Jawatankuasa Buku- buku untuk sekolah-sekolab agama tersebut. Lebih kurang 10 tahun memimpin ABIM negeri Kelantan .sebagai Yang Dipertuanya.

Walaupun para ulama dari sejak awal-awal lagi telah bangkit menentang fitnah dan gerakan pemalsuan hadis, namun penyebaran hadis-hadis palsu terus juga bergerak, samada oleh musuh-musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam ataupun orang-orang Islam yang jahil atau oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi. Sehingga kini, hadis-hadis Maudhu' dan yang sebangsanya masih, tersebar meluas di kalangan masyarakat sehingga banyak dijadikan sandaran dalam urusan amal ibadat, kepercayaan dan lain-lain. Menjadi satu kesalahan besar menyebar dan mengamalkan hadis-hadis Maudhu' dalam urusan apa jua, bahkan kesesatan umat Islam berpunca dari sini. Menyedari akan hakikat ini, maka penulis dengan segala kelemahannya cuba menyusun buku ini dengan menyenaraikan hadis- hadis yang disebut Maudhu' serta hadis-hadis Matruk dan Mungkar yang tidak boleh digunakan dalam semua keadaan. Hadis-hadis ini dipilih dari buku-buku yang ditulis oleh para Muhaddisin dan pengkritik. Di antaranya ada yang disepakati dan ada yang diberkati Allah s w.t. Mudah-mudahan juga dapat membantu umat Islam mengelakkan diri dari tersesat dan semoga dapat dijadikan sebagai penbantu untuk membasmi penggunaan dan penyebaran hadis yang tidak dibolehkan dalam masyarakat kita.

09 April 2008

BAHAYA HADITH DHO'IF DAN MAUDHU'DALAM AQIDAH

BAHAYA HADITH DHO'IF DAN MAUDHU'DALAM AQIDAH
ABDUR RAHMAN 'ABDUL KHALIQ
al-Hidayah publisher
RM 6.00 , 94 hal

Ilmu sebagai penyuluh kehidupan insan di dalam segala urusan bagi membedakan yang mana benar dan yang mana batil. Tanpa ilmu manusia menjadi buta dan kebutaan. Inilah yang mudah mendorong kepada jalan kesesatan. Sebab itu para ulama amilin tidak berhenti menyebarkan ilmu dan dakwah agar umat manusia ini tidak buta dan sesat dalam hidup mereka. Justeru itulah menterjemahkan banyak kitab ke dalam bahasa yang diguna pakai oleh seluruh penduduk di dunia ini. Sehingga terdapat hadis-hadis yang diterjemahkan dengan bahasa yang difahami. Tujuannya supaya manusia ini mendapat ilmu yang sebenar dari sumber-sumber yang asal lagi sahih. Menjadi tanggungjawab pengarang buku ini menjelaskan kepada kita betapa bahaya terhadap hadis-hadis yang dimaksudkan dha'if dan maudhu' kepada iman seseorang . Oleh itu sebagai umat Islam kita wajar memahami serta mempelajari ilmu hadis yang dicatatkan begitu banyak di dalam khazanah ilmu Islam.

BENCANA (AL-IBTILAK)

BENCANA (AL-IBTILAK)
-pengertian dan konsep
Dr. Haji Muhammad Nur Lubis
Disemak Oleh : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop (IIUM)/
Ust.Zairul Mat Zain (IIUM)
RM 15.00 ,330 hal

Bala atau dugaan merupakan bahagian yang terpisahkan dari kehidupan manusia. Seseorang yang hidup di alam dunia pasti mengalami apa yang dinamakan bala atau dugaan. Ini kerana dunia merupakan negeri ujian sedangkan akhirat pula adalah negeri balasan. Jadi, seseorang yang menyakini yang kehidupannya didunia ini akan berjalan lancar tanpa sebarang bala atau dugaan seolah tidak menyedari erti kehidupan yang sebenar.
Para kekasih Allah yang terdiri daripada rasul, nabi dan orang soleh tidak terlepas dan apa yang dinamakan dengan bala. Malah bala yang menimpa mereka selalunya melebihi bala yang dialami oleh manusia biasa. Bagaimanakah cara menghadapi bala bala ketika melanda kehidupan kita? Apakah hikmah di sebalik bala yang menimpa manusia? Benarkah doa, zikir dan sedekah mampu menolak bala?

Inilah antara perbahasan-perbahasan yang disentuh dalam buki ini. Selain itu, ia juga memuatkan bahasan mengenai pelbagai dugaan dahsyat yang menimpa para rasul, nabi dan orang-orang soleh. Dengan membaca buku ini, semoga kita selaku umat Islam lebih tabah dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan ini…
Related Posts with Thumbnails