Showing posts with label motivasi dakwah. Show all posts
Showing posts with label motivasi dakwah. Show all posts

19 April 2013

NASKAH CINTA BUAT NUSAIBAH



NASKAH CINTA BUAT NUSAIBAH
Riduan Mohamad Nor
Jundi Resources
RM20.00, 221 hal




“Ana jumpa dengan Ismail Haniyyeh, Sheikh”, kata Norazli membusung bangga. Dia cuba memancing ego saya. “Sheikh Ismail suka kat ana, sheikh…” pancing lelaki berserban dan berjanggut itu lagi dan akhirnya saya dalam hidup ini merasakan Ustaz Toliban telah memintas saya dengan jarak sejauh Ipoh-Kuala Lumpur. Seolah dia telah berdesut di aspal dengan Toyota Harrier dan saya bergerak malas dengan menunggang keldai.

 Semuanya tentang sosok besar HAMAS itu sangat mengagumkan, seolah-olah dia kesatria tersohor selepas Sheikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi. Saya tidak berkesempatan dalam kunjungan kali pertama dahulu kerana segalanya cemas dan tergopoh-gapah. Jet Israel mengintai-ngintai dicelah langit biru, hauskan darah dan laparkan kematian.

Siapa lelaki dengan wajah yang karismatik, bergurat jernih yang menjadi sebutan dunia itu? Tokoh ini dengan nama sebenarnya Ismail Abdul Salam Ahmad Haniyyeh Abu al-‘Abd, adalah anak kelahiran Palestin. Dia lahir pada tahun 1962, 14 tahun selepas peristiwa Nakbah, di perkhemahan tepi pantai suaka politik Palestin. Walau bagaimanapun kedua-dua orang tuanya berasal dari Bandar Asqalan. Dia membesar dalam kepayahan kaum pengungsi dan inilah jawapannya mengapa Ismail begitu akrab dengan masyarakat jembal. “Insya-Allah kita akan solat berjemaah suatu hari nanti di Masjidil Aqsa,” tukas Syeikh Ismail Haniyyeh kepada saya dan kata-kata itu meraung-raung di gegendang telinga ini buat selamanya…Umat Islam akan memeluk mimpi itu jika kita semua bersungguh-sungguh. Mulakan sekarang bagi yang belum bermula dan tingkatkan usaha bagi yang sedang bergerak. Insya-Allah Palestin akan merdeka!

15 January 2013

DI HAMPARAN SHAMROCK : KU SERU NAMU-MU





DI HAMPARAN SHAMROCK : KU SERU NAMU-MU
Hasrizal Abdul Jamil
Galeri Ilmu
RM30.00, 352 hal



Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri. Mimpi ngeri yang pada mengenangnya, kita boleh terbangun pada tengah malam, berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas, dan malu untuk ia diketahui orang.

Dia tidak terkecuali.


Namun, di celah perjalanan itu, ada kesepian yang belum terungkap. Sepi yang memerlukan masa yang panjang untuk dia bangkit dengan sebuah keyakinan. Keyakinan untuk jujur kepada diri. Akur kepada liku-liku skrip kehidupan, yang menyampaikan ustaz ini kepada di mana dia berada, pada hari ini.

Dengan linangan air mata, dia ucapkan, “Alhamdulillah … Di Hamparan Shamrock, Kuseru Nama-Mu!”


Melalui buku ini, HASRIZAL ABDUL JAMIL merakamkan rentetan perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami.

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan rencah kehidupan seorang musafir yang sentiasa mencari makna di sebalik setiap tanda tanya serta ujian kehidupan yang melanda.

DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU memanifestasikan usaha beliau untuk jujur kepada diri sendiri, demi sebuah kedamaian. Bahawa beliau sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan.

03 January 2013

GENERASI DIDIKAN RASULULLAH SALLALLAHU 3ALAYHI WA SALLAM



GENERASI DIDIKAN RASULULLAH SALLALLAHU 3ALAYHI WA SALLAM
To'at Amrullah Hj. T.Syarfi
Ummu Abdillah Syukri
CrescentNews
RM19,90



Merekalah anak-anak yang terdidik di zaman kenabian. Di antara mereka ada yang jadi ahli hadits, ahli tafsir, ahli fekah, ilmuwan, khalifah, pemimpin, gabenor dan penakluk. Penulis tidak dapat menyebutkan semuanya kerana kekurangan ruang. Penulis telah memaparkan sebahagian dari mereka dalam buku ' Asy-Syabab Haula ar-Rasul'. Saya hanya dapat menyebutkan beberapa nama yang lain, antaranya; Abd ar-Rahman bin Hassan bin Thabit, Zaid bin Khalid, Malik bin Abdillah, Malik bin Masma', Malik bin Hubairah, Majma' bin Jariyah, Muhammad bin Ja'far, Muhammad bin Hathib, Ibnu Abi Huzaifah, Muhammad bin Saad, Ibnu Utharid, Kuraib, Ma'an bin Yazid, Muslim bin Uqbah dan lain-lain.

Berkat didikan dan tarbiah secara langsung daripada Rasulullah sallallahu 3alayhi wa sallam, mereka menjelma menjadi peribadi mulia yang mampu mencorak dan menggemparkan dunia secara amnya dan khususnya dunia Islam. Pada usia yang masih muda, tidak menjadi penghalang dan penghambat untuk mereka maju ke hadapan. Bahkan mereka bangkit menjadi pejuang dan pahlawan padang pasir yang tidak takut mati di medan juang.

Untuk mengetahui lebih lanjut langkah keazaman mereka, bolehlah membaca dan memiliki buku ini.

07 February 2012

AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI






TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI
Bob Lokman, Riduan Mohamad Nor
Jundi Resources
RM 16.00, 153 hal






Buku ini diluncurkan bagi merakamkan kisah hidup seorang insan seni yang telah berhijrah dan terlbat di medan dakwah sepenuh masa iaitu saudara Bob Lokman (Abdul Hakim Lokman). Penerbit merasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menerbitkan sebuah rakaman perjalanan hidup seorang insan yang penuh dengan warna-warni. Bob yang dikenali sebagai penulis lirik, insan seni dilahirkan di Kelantan dalam suasana asuhan keagamaan yang pekat dan likat. Dia tercampak ke Kuala Lumpur di sebuah perkampungan setinggan seterusnya menjadi remaja di sebuah asrama agama Hamidiah Kajang dan Bob terselit di tengah fenomena Rock pada dekad 1980an, menjadi pencipta liik, akhirnya ditengah keriuhan anak seniman terus membina nama di persada seni tanah air.

Bob akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian, dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Bob telah merasai dunia ketawa dan tiba masanya untuk dunia enangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain untuk sama-sama merengkuh kasih sayang Tuhan, Pencipta dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim.

" aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama, doakan aku teman." ujar Bob dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini.

Travelog hidayah ini adalah sebahagian fragmen kehidupan Bob yang dilaluinya dengan pelangi yang berwarna-warni.

p/s: di dalam buku ini disertakan juga gambar2 Bob lokman.

23 January 2011

KINI BUKAN LAGI ZAMAN ABRAHAH



KINI BUKAN LAGI ZAMAN ABRAHAH
DR. Raghib As-Sirjani
Al-Hidayah
RM11.00,



Keterpurukan melanda berbagai penjuru bumi Islam. Iraq, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Chechnya, Kashmir, Filipina, dan berbagai negeri Islam lainnya meratap penuh keprihatinan. Tak sedikit yang kemudian berputus asa; bilakah Islam kembali jaya? Kapankah umat Islam akan meraih kemenangan?

Yang pasti, kini bukan lagi zaman Abrahah. Kalau dulu Allah mengirimkan burung-burung Ababil guna meluluhlantakkan kekuatan Abrahah dan pasukan bergajahnya, sekarang umat Islam tak bisa lagi mengharapkan pertolongan “burung-burng Ababil” hanya dengan berpangku tangan.

“Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7).

Buku ini memberikan jaminan: Islam dan umatnya pasti menang! Namun, do3a saja tidak cukup. Ada syarat-syarat yang harus dipenuhi untuk meraih kemenangan.

Yang pasti, kemenangan membutuhkan kerja keras dan perjuangan; bukan hanya keputusasaan dan angan-angan dalam kehampaan. Penulis buku ini memberikan jalan-jalan bagaimana memulainya.

Dengan argumentasi dan huraian yang berlandaskan dalil-dalil syariat, buku ini juga menyajikan hal-hal yang semestinya dipahami umat Islam, seperti: konspirasi musuh-musuh Islam, sunnah pergiliran, hakikat peperangan, hakikat sejarah nan gemilang, dan berbagai hal menarik lainnya.

' Kita bukan berada di era zaman Abrahah. Ketika Abrahah mahu membinasakan Baitullah, Abdul Muttalib berjumpa dengannya dan berkata, "Kembalikan unta-unta aku". Abrahah terkejut. 200 ekor unta lebih penting buat Abdul Muttalib berbanding Baitullah yang merupakan simbol agama mereka turun-temurun. Lalu kata Abdul Muttalib, "Aku adalah pemilik unta itu manakala Baitullah ini ada penjaganya". Tidak lama kemudian, turun burung-burung Ababil membinasakan tentera Abrahah. Turun pertolongan Allah tanpa perlu penduduk Makkah berjuang membela Baitullah.

Begitu juga dengan kisah Nabi Musa. Baginda berdoa (Yunus:88). Lalu Allah memberi perintah (Ad-Dukhan:23), "(Allah berfirman), 'Maka berjalanlah kamu dengan membawa hamba-hambaKu pada malam hari. Sesungguhnya kamu akan dikejar'." Nabi Musa dan pengikutnya lari dan tiba di Laut Merah. Firaun mengejar. Nabi Musa hanya bertawakal, .....Inna ma 'iya Rabbi sayah diin - sesungguhnya Rabbku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku (rujuk Asy-Syu'ara:61-62). Kemudian Allah membelah lautan. Firaun dan tenteranya tenggelam.

Tidak jauh beza dengan kisah Nabi Nuh. Baginda juga berdoa (Al-Qamar 10) "Maka dia mengadu kepada RabbNya, 'Bahwa aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu tolonglah (aku)'.". Allah menjawab doa baginda (Al-Qamar 11-13). Kaum Nuh ditengelamkan oleh banjir besar. __'

28 December 2010

PENGHAYATAN NASIHAT RASULULLAH s.a.w



PENGHAYATAN NASIHAT RASULULLAH s.a.w
Abu Zharif Zihan
Kharisma Network
RM 14.00, 144 hal



Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang pendidik yang terbaik dalam sejarah kehidupan seluruh manusia. Cara pembelajaran yang digunakan oleh baginda bukan sahaja yang terbaik, malah kaedah baginda merupakan suatu panduan yang sangat lengkap. Baginda sering menggunakan pendekatan yang berbeza-beza untuk mengajar para sahabatnya mengenai agama Islam. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat baik hati dan merendah diri apabila membetulkan sesuatu kesilapan. Baginda tidak pernah memalukan sesiapa pun yang telah melakukan kesilapan dan ketika cuba menegur serta membantu membetulkan kesilapan seseorang.

Dalam buku ini , penulis berusaha menerangkan kepada pembaca mengenai kaedah-kaedah yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam membetulkan kesilapan manusia. Jika kita melakukan perbandingan antara kaedah-kaedah tersebut dengan kaedah-kaedah pembelajaran paling moden pada masa kini, kita akan dapati bahawa kaedah-kaedah yang telah digunakan oleh baginda merupakan yang terbaik, walaupun telah diamalkan lebih 1400 tahun lalu semenjak zaman Rasulullah s.a.w.

Hayatilah isi buku ini dan mudah-mudahan anda mendapat manfaat yang terbaik. Selamat Membaca.

27 November 2010

PALESTIN TAK PERNAH GENTAR



PALESTIN TAK PERNAH GENTAR
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noordin
Telaga Biru
RM20



Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin.

Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbansa Palestin.

Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

02 November 2010

FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM




FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM
Mohammad Nidzam Abd. Kadir
Telaga Biru
RM20


Buku “Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim” ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta hadis sahih.

KENAPA ANDA PERLU BACA BUKU INI

#Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam.
#Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi.
#Mengutarakan contoh permasalahan semasa.
#Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman

beli di sini:stormreaders/pondok

19 July 2009

BAHTERA PENYELAMAT


BAHTERA PENYELAMAT - dalam kehidupan pendakwah
Fathi Yakan
Dewan Pustaka Fajar
RM 17.00, 232 hal


Buku ini terbahagi kepada empat bahagian:-

Bahagian Pertama - Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah
Bahagian Kedua - Ciri-ciri Keimanan
Bahagian Ketiga- Bekalan Para Da'ie
Bahagian Keempat - Bahtera Penyelamat Bagi Para Da'ie

14 July 2009

FIQH DAKWAH



FIQH DAKWAH (2jilid) (HC)
Syeikh Mustafa Masyhur
I'tishom
- jilid 1, RM 67.00



Banyak ulama yang telah menafsirkan risalah-risalah Hasan Al-Banna, dan Mushthafa Masyhur adalah penafsir Majmu’atur Rasa’il Hasan Al-Banna yang mewarnainya dengan kekentalan apresiasi dan latar belakang tarbiyah insentif Hasan Al-Banna. Di antara kekhasannya adalah “ayat-ayat” tajribiyah (pengalaman) yang menggenapi ayat-ayat Qur’aniyah. Hal itu telah memberinya bekal mata air keyakinan, kesabaran, kesetiaan, dan totalitas pengorbanan untuk dakwah.

Dari 18 risalah yang dihimpun menjadi dua jilid besar buku Fiqh Dakwah ini, sukar untuk memilih mana yang terbaik, karena semuanya menyuluh berbagai persoalan secara variatif. Sebagian bersifat moral spiritual, lainnya konseptual intelektual, dan selebihnya aplikasi operasional. Keistimewaan lainnya, Penulis mampu mengurai semua permasalahan yang ada dengan sentuhan kata dan nuansa makna yang dalam dan sarat oleh pengaruh ruhiyah yang tinggi. Di sanalah letak keunikan karya tulis yang ditopang oleh pengalaman langsung. Alhasil, kumpulan risalah Fiqhud-Da’wah ini adalah karya monumental sekaligus intisari dan hasil perasan pikiran seorang pejuang dakwah yang mutlak dimiliki oleh kader dakwah.

Karya Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ke-5 ini mampu memberi bekal, pelita, dan rambu-rambu yang akan menerangkan perjalanan panjang para musafir dalam kafilah dakwah hingga ke tujuan akhir.

jilid 2 , RM 104.00

06 July 2009

LEMBARAN HIDUP ULAMA'


LEMBARAN HIDUP ULAMA'
Warisan Ilmuwan Islam
Muhammad Abdulloh Suradi
HR Publishing
RM 28.90 , 323 hal

Sebuah buku yang menghimpunkan secara ringkas sebahgian biografi, sifat-sifat, karya-karya dan sumbangan jua kisah hidup menarik ulamak-ulamak, cendekiawan-cendekiawan, filosof-filosof, ahli-ahli sufi Islam terdahulu. Dengan diselitkan gambar-gambar, kata-kata hikmah, menjadikan buku ini walaupun sarat dengan ilmu tapi terasa santai dan menarik.

akhir kata, sebuah buku yang patut dimiliki.

antara tokoh-tokoh yang disebukan dalam buku ini :-
Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Ibnu Sirin, Junaid al-Baghdadi, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Ibnu Firnas, Ibnu Sina, Ibnu Hazm, Ibnu Jauzi, Maulana Zakariyya al-kandahlawi, Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi, Hj Abdul Rahman Limbong, Tok Kenali, Hj Sulong al-Fatani, Hamka, Badi'uzzaman Said Nursi, Syeikh Mutawalli Sya'rawi, Sayyid Sabiq, dll...

pondok : mabruq buat penulis muda buku ini yang boleh dilawati di blog beliau (maaf, lewat mewar2kannya di sini, padahal sejak mula buku berada di pasaran, sy teruja untuk meletaknya di blog, tapi ketentuan TUHAN itu pastinya lebih baik bukan? smoga terus menulis dan memberi manfa3at untuk umat Islam)

RINDU BAU POHON TIN


RINDU BAU POHON TIN
Hasrizal Abdul Jamil ( saifulislam.com)
Galeri Ilmu
RM 18.00, 165 hal


Rindu Bau Pohon Tin merupakan catatan kembara Hasrizal Abdul Jamil di bumi Jordan, medan beliau mengejar ilmu dan cita-cita. Satu episod perjalanan di Dataran Syam oleh anak muda di perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan.

Penulis berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang.

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan dialog-dialog harian anak perantau dan penduduk watan di bumi Syam, sangat menghidupkan penceritaan dan memercikkan lagi warna keindahan buku ini.

17 June 2009

65 MANUSIA LANGIT


65 MANUSIA LANGIT
Perjalanan Hidup Sahabat Rosulullah s.a.w
terjemahan buku ' suwaar min hayaati as-sohaabah'
Dr. Abdurrahman Ra'fat al-Basya
Pustaka Azhar
RM 40.00 (HC), RM 35.00 (SC)

65 MANUSIA LANGIT memaparkan kisah perjuangan sebahgian dari para sahabat Rosulullah s.a.w dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Adalah diharapkan agar menerusi pembacaan buku ini akan menjadi pemangkin untuk mereka yang hendak berjalan menuju ke jalan ALLAH s.w.t., memperbaiki diri dan dalam masa yang sama mengasihi Rosulullah s.a.w serta para sahabat baginda.

::pondok:: buku yang menarik untuk di baca.

10 May 2009

MURTAD JANGAN PANDANG SEBELAH MATA


MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA
ANN WAN SENG
MUST READ
RM 21.90 , 192 hal



Buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru, ( Dilahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PERKIM Cawangan Putra Wilayah persekutuan, AJK Perkim Wilayah Persekutuan, Bekas tenaga pengajar di Jabatan Antrapologi dan Sisiologi UM. Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dan pernah menjadi penulis di kolumnis Harakah, Mingguan Waktu, Media Islam, Mingguan Kota, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Kosmik, Sarina, Majalah I, Minda, Tamadun dan banyak lagi.)Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa?

MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.

Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat islam di malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.


sila klik sini, PROMOSI HABISKAN BUKU!

13 April 2009

GENERASI ULUL ALBAB


GENERASI ULUL ALBAB -
SEGUNUNG HARAPAN SETEGUH GAGASAN
Sabri Mohamad Sharif
Karisma Publications
RM30

03 March 2009

TRAVELOG SEORANG DA'I

TRAVELOG SEORANG DA'I
Abdul Rahman Mohamed
Telaga Biru
RM 20.00 ,

Aku persembahkan buku ini untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pajit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapat hidayah, bertugas di masjid, difitnah berkefahaman wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah. Jatuh bangunsebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dengan inayah ALLAH S.W.T.

" berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian"

Biar kita susah dahulu, agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan hidup yang terbaik. Firman ALLAH:

"SESUNGGUHNYA BESERTA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN."

pondok:- buku ni adalah hasil tulisan, Ust. Abdul Rahman Mohamed, penulis buku Solat2 sunat, Pelik Tapi Benar Dalam Solat dll.

27 November 2008

TRAVELOG DAKWAH : MENITI HARI ESOK


TRAVELOG DAKWAH : MENITI HARI ESOK
Muhd Kamil Ibrahim
PTS
RM 18.00, 176 hal



TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati.
-Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI.

Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar.
-Che Zuina Ismail,
Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
Universiti Teknologi MARA, Johor.

Penceritaan bersahaja yang disampaikan secara tidak langsung mencabar minda kita supaya bersama-sama menyumbang dalam usaha meneguhkan lagi kefahaman berhubung Islam di mana juga kita berada.
-Imran Abdullah,
Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO,
Paris, Perancis.
Related Posts with Thumbnails