Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

13 June 2012




FIQH SOLAT EMPAT MAZHAB
Menurut al-Quran dan Hadis
Abdul Qadir ar-Rahbawi
penterjemah : Nabilah Abd Jalil
al-Hidayah
RM 25.00 ,







Dalam menunaikan ibadah ini terdapat perbezaan bacaan atau perbuatan antara empat mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun ia hanya melibatkan perkara-perkara kecil dan cabang sahaja. Perbezaan pendapat ini tidak berkaitan langsung dengan urusan akidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan pandangan dalam hal-hal cabang ini adalah kerana berbezanya tafsiran dalil dan anggapan terhadap kekuatan dalil hadisnya.

Perbezaan ini sering menjadi pertanyaan dalam solat berjemaah terutama bagi makmum yang mengikut imam yang berbeza pendapat mazhabnya. Namun ini bukanlah halangan untuk kita menunaikan solat berjemaah kerana kelebihan serta fadilat solat berjemaah itu amat besar dan amat ditekankan oleh Islam Dan Nabi Muhammad S.A.W..



31 October 2011

SOLAT TERAKHIRKU





SOLATKU TERAKHIR
Kisah Pengajaran dan Teladan Keinsafan
Muhammad Uzair al-Aziz
Mulia Terang SDN.BHD
RM 18.00, 180 hal




" apakah sesaat lagi, apakah sedetik lagi akan aku bertemu lagi dengan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? kalaupun aku diizinkan bertemu dengan Tuhanku dalam solatku, apakah Engkau akan terima sebagai amalku? apakah nanti Engkau terima doaku terhadap-Mu?

sebenarnya aku masih dan tetap mengharap Engkau terima solatku ini meskipun ianya cacat dan tercela. kerana solatku inilah bekalan terakhir buatku dalam pertemuan di dunia yang begitu singkat ini. malah aku bimbang solat yang aku kerjakan ini terulit kederhakaan terhadap-Mu ya Allah..

betapalah gerun dan mengerikan apabila Engkau mendatangkan azab kepada mereka yang mengabaikan solat terhadap-Mu. lantaran itu, pimpinlah aku dan seluruh hamba-hambaMu agar dapat mendirikan solat setiap waktu dalam apa jua keadaan."



Demikianlah sekelumit kisah tentang ibadat solat yang menjadi penentu segala amal seorang hamba Allah.Kisah-kisah ini telah dihimpun dan dimuatkan di dalam buku ini sebagai motivasi keinsafan kepada seluruh kaum Muslimin dan pembaca budiman agar solat yang menjadi tiang agama terus dan menyemarak dalam kehidupan yang sementara ini.

Semoga kisah yang dipaparkan member pengajaran untuk kembali taat menunaikan solat seperti yang telah disyariatkan oleh ajaran islam..

15 July 2011

ENSIKLOPEDIA SOLAT





ENSIKLOPEDIA SOLAT
Pelbagai Penulis
Telaga Biru
RM 100.00 (Kulit keras)






Merupakan sebuah ENSIKLOPEDIA SOLAT yang amat sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan di sekolah, masjid, surau, madrasah pengajian agama, institusi pengajian tinggi malahan juga amat sesuai dijadikan panduan dan kegunaan buat seisi rumah sesebuah keluarga.

Keistimewaan ensiklopedia ini adalah ;

• Mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fekah, falsafah, sejarah dan saintifik.
• Setiap isi kandungan disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu yang amat sesuai dan bertepatan dari segi kontemporari atau semasa.
• Disusun dengan pendekatan mesra pembaca.
• Setiap kandungan disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual sebagai memudahkan kefahaman penjelasan kepada pembaca.
• Turut memuatkan petikan hadis yang disertai dengan matan, sanad dan nombor hadits bagi memudahkan rujukan pembaca.

Antara tokoh istimewa yang menyumbangkan tenaga dalam melengkapkan dan menyiapkan ensiklopedia ini adalah Konsultan Syariah bersama Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid. Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin dengan kerjasama Team Penulis, Ustaz Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Haji Mohammad Wahid Abd Hanif .

11 December 2010

REVOLUSI SHALAT IBNU ARABI




REVOLUSI SHALAT IBNU ARABI
Ibnu ‘Arabi
Pustaka Hidayah
RM 59.90 , 600 hal




“Ketika kita membaca Futuhat Ibn ‘Arabi tentang rahasia taharah (bersuci), rahasia shalat, rahasia zakat, rahasia puasa, dan rahasia haji, kita akan mengetahuai bahwa karya ini, secara tidak langsung, menepis tuduhan bahwa tasawuf mengabaikan syariat. Ibn ‘Arabi tidak berhenti pada wilayah lahiriah ibadah-ibadah ini, tetapi terus menyelam pada wilayah batiniah, yang pada akhirnya membentuk keterpaduan syariat, tarikat, hakikat, dan makrifat. Izinkanlah saya mengkritik judul buku yang akan diterbitkan. Judul REVOLUSI SHALAT menimbulkan kesan bahwa shalat itu garang, dahsyat, menggebu-gebu, dan bergelora, yang menuntut perubahan yang cepat. Saya tidak mengatakan bahwa judul ini keliru. Tapi kesan ini tidak sesuai dengan watak tasawuf yang menekankan cinta, kasih sayang, ketenteraman dan kedamaian. Shalat, bagi Ibn ‘Arabi, adalah hubungan intim dan mesra antara yang mencinta dan Yang Dicintai. Barangkali judul yang lebih tepat adalah salah satu dari tiga judul berikut:

(1) SHALAT MEDITATIF,
(2) SHALAT KONTEMPLATIF
(2) MENYELAMI MAKNA BATINI SHALAT

Sekarang, edisi bahasa Indonesia bagian shalat ini membantu pembaca yang tidak bisa langsung membaca teks asli dalam bahasa Arabnya.”—Prof. Dr. Kautsar Anshari Noer, guru besar UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.

“Tidak ada yang sepele; tidak ada yang begitu saja. Sebagai elemen dari ensiklopedia terbesar Irfan, Al-Futûhût Al-Makkiyyah, adikarya Syaikh Akbar, Muhyiddin Ibn Arabi, buku ini menampilkan meski segelintir dari koleksirium rahasia Hakikat. Tidak sekedar membahas sahnya shalat, tidak pula cukup mengajari diterimanya shalat, Revolusi Shalat menyuguhkan seni mencecap citarasa shalat dan mencintainya laksana cermin manifestasi Al-Haqq. Kepada berbagai kalangan, termasuk sufi sendiri, buku ini mengingatkan komitmen pada detail hukum lahiriah Syariat sebagai satu-satunya Buraq mikraj meraih Hakikat, tanpa hendak mendidik Mukmin jadi jumud, literalis, tanpa pula jadi liberalis. Keseimbangan inilah yang mengangkat buku ini semakin kaya dan menarik perspektif..”
—Ammar Fauzi (Kandidat Doktor Program Filsafat dan Irfan, Imam Khomeini University, Qom, Republik Islam Iran)
Related Posts with Thumbnails