Showing posts with label motivasi cinta. Show all posts
Showing posts with label motivasi cinta. Show all posts

31 May 2012

PANDUAN BERCINTA DAN MEMENDAM RINDU




PANDUAN BERCINTA DAN MEMENDAM RINDU
(RAUDHOH al-MUHIBBIN wa NUZHAH al-MUSYTAQIN)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah
Penterjemah : Abu Mazaya al-Hafiz
Al-Hidayah
RM 32.00 , 440 hal






Sinopsis

“Apa itu cinta? Cinta itu bila hati akan mula berbunga.  Persekitaran yang tandus segera subur menghijau, bunga-bunga menguntum  indah menyebarkan wangian segar. Kelesuan berubah menjadi tangkas dan cergas. Tangisan sayu menjadi senyuman manis dan indah..."

Sebenarnya cinta atau mahabbah kepada Allah merupakan  tujuan utama kehidupan mereka yang menelusuri jalan  menuju Allah. Tidak ada satu pun dari  tujuan  yang lebih tinggi dari cinta kecuali  semuanya  hasil dari cinta itu sendiri, seperti rindu kepada Allah dan merasa tenang bersama-Nya. Pengorbanan  dan bukti kesungguhan dalam cinta kudus ini adalah taubat, sabar dan zuhud.

Melalui cinta yang agung  terhadap Allah, maka seseorang  melakukan  ibadah sesuai dengan perintah dan menjauhi semua larangan-Nya. Hakikat  ibadah adalah kesempurnaan  rasa tunduk dan  merendah diri di hadapan yang Khalik, Maha Berkuasa dan Pencipta. Cinta kepada-Nya adalah cinta yang berdiri  sendiri dan menjadi sumber utama dari keseluruhan cinta kepada selain-Nya.

Semoga buku ini menerbitkan bibit-bibit cinta dan  rindu itu penuh bermakna. Rasa lebih mencintai dan dicintai. Lebih-lebih lagi mencintai dan dicintai oleh Yang Maha Pencipta dan Pemilik Cinta Abadi iaitu Allah Azza wa Jalla, insyaAllah.




26 August 2010

ODYSSEY - YA ALLAH... AKALKU TERHAD ILMUKU DANGKAL



ODYSSEY SEGUMPAL HATI
YA ALLAH... AKALKU TERHAD ILMUKU DANGKAL

Sofiah Satuyah Rasin
OASIS Buku Sdn Bhd
RM 18.00



Odyssey dalam buku ini adalah tentang pengembaraan hati, silih bergantinya perasaan dalam menghadapi setiap peristiwa yang ditakdirkan sepanjang pengalaman hidup seharian walaupun pengalaman itu pada zahirnya kelihatan remeh-temeh, kecil dan dianggap ‘tiada apa-apa yang penting’ atau ‘biasa-biasa saja.’

Perasaan manusia bersilih ganti, datang dan pergi. Cinta, kasih, sayang, gembira, bahagia mengharap, bersemangat, yakin, bersyukur, sedih, kesal, marah, bimbang, risau, tercabar, malu, kagum, cemburu, kecewa, jijik dan sebagainya.
Setiap pengalaman dan perasaan adalah platform atau peluang mengenal Allah. Allah suka diri-Nya dikenali seperti maksud hadis qudsi:

"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali".

Semoga silih bergantinya perasaan tidak menyebabkan kita lupa bahawa kita hanya hamba yang perlu tunduk dan pasrah kepada Allah yang Maha Agung. Apa jua yang datang, semoga doa dari maksud ayat quran berikut menjadi penawar.

23 May 2010

NYANYIAN SUNYI PARA KEKASIH ILAHI



NYANYIAN SUNYI PARA KEKASIH ILAHI
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Citra Risalah
RM20.00 , 159 hal


Para kekasih Allah s.w.t telah meniti jalan yang suci. Membersihkan diri dari keinginan yang menyesatkan dan meninggalkan akhlak yang tercela, sehingga menjadi para wali abdal yang memiliki ketajaman hati.

Sesungguhnya kebahagiaan dan kemuliaan sejati hanyalah dimiliki oleh kekasih-kekasih Allah, iaitu orang-orang yang ketika di dunia selalu bemuraqabah kepada Allah s.w.t. Meraka menjalani kehidupan ini dengan penuh ketakutan untuk berbakti kepada-Nya, menjauhi larangan-Nya, mengekang hawa nafsunya, dan zuhud terhadap dunia dengan mengikut sunnah Nabi-Nya. Semua perbuatan yang mereka lakukan hanyalah untuk mencari keredhoan-Nya dan mencari kedekatan dengan-Nya.

Kita pun dapat menjadi kekasih Allah seperti mereka, dan merasakan kebahgiaan sejati seperti mereka, asalkan kita mahu mengikuti jejak langkah mereka.

Dalam buku ini, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, sang waliyullah, membimbing kita agar memperbaiki amalan lahir dan amalan batin untuk memperoleh keredhoan Allah s.w.t sehingga kita dapat meraih kebahgiaan dan kemuliaan sejati di dunia dan akhirat.

09 February 2010

BERDIALOG DENGAN ALLAH DI KEHENINGAN MALAM



BERDIALOG DENGAN ALLAH DI KEHENINGAN MALAM
KHAIRUL GHAZALI
MustRead
RM 21.90



Bercinta dan berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Mungkinkah kita mencintai dan berdialog dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat wujudnya? Mencintai dan berdialog dengan Allah mempunyai makna dan falsafah yang luas. Ianya tidak dapat dihuraikan hanya dengan sebuah buku atau beberapa jam syarahan kerana mencintai Allah SWT bererti mencintai sesuatu yang hakiki.

Mengapa pula harus berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Bukankah berdialog dengan Allah hanya pernah terjadi di zaman para nabi dan rasul seperti dialog Nabi Musa a.s, iaitu ketika baginda bermunajat dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa Allah secara langsung? Di zaman ini, mungkinkah kita melakukan komunikasi dengan Allah? Bukankah nabi terakhir telah lama wafat dan kitab suci terakhir telah diturunkan 15 abad yang lampau serta Allah telah menyatakan sempurnanya agama kita. Masihkah terjadi dialog antara hamba dengan Tuhan?

Buku ini cuba menghuraikan peranan kalbu dan hati kita untuk melakukan dialog dan sentuhan jiwa kepada Allah SWT menerusi pelbagai amalan, terutamanya Qiamullail, doa, munajat, zikir dan istighfar. Namun buku ini tidak mengandungi senarai doa, munajat, zikir dan istighfar kerana ianya boleh didapati dari buku-buku khusus tentang doa, zikir dan istighfar. Kerana kalau buku ini dilengkapi dengan senarai doa, zikir dan istighfar, maka buku ini akan menjadi sangat tebal. Semoga dengan amalan-amalan yang merupakan rangkaian dari kisah cinta kita kepada Allah, dapat menyejukkan hati kita untuk menyiapkan bekalan menuju hari akhirat yang bahagia dan cemerlang. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

24 December 2009

CINTA DAN RINDU MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


CINTA DAN RINDU MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah
Crescent News
RM 25.90 , 443 hal


IBNU Qayyim Al Jauziyyah hidup pada abad kelapan Hijrah. Terkenal sebagai ulama soleh. Juga seorang ahli hukum Islam dan ahli psikologi yang pakar mengenai cinta.

Dalam bukunya ini, kita diajak untuk menyelami permasalahan cinta dan rindu serta selok-beloknya. Menerusi kajian yang utuh dan jauh daripada syubhat, beliau mampu menampilkan hakikat fitrah cinta dua anak manusia yang berlainan jenis.

Diantaranya beliau berkata, "Cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelemahlembutan dirinya dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya, ia tidak jatuh cinta kecuali terhadap dirinya sendiri".

Dalam keseluruhan 29 bab, beliau membicarakan mengenai istilah cinta dan tanda-tandanya, pembahagian cinta serta motifnya, hukum hakam dan kaitannya, cinta yang benar dan cinta yang merosakkan. Yang kesemuanya didukung dengan butir-butir tafsir ayat, hadits-hadits Nabi, masalah fiqh, atsar orang salaf, syair dan gejala-gejala alam, sehingga diharapkan boleh memberikan kepuasan bagi sesiapa yang membaca dan mempesonakan sesiapa yang melihatnya.

19 July 2009

MUJAHID CINTA


MUJAHID CINTA (Panduan Luahan Hati dan Cinta Suci)
Irwanto al-Krienciehie
Global Aksara / ar-Risalah
RM 18.90


Bacaan para remaja Kekasih ALLAH.

Menjadi remaja Muslim atau Muslimah masa kini dalam menjalani kehidupan harian berlandaskan tuntutan ajaran Islam penuh dengan cabaran dan dugaan, terutamanya di bandar-bandar besar. Penuh rayuan dan godaan jutaan maksiat! Menoleh ke kanan atau ke kiri, aduh!...aurat berselerak tidak terkawal. Berjalan ke hadapan, ramai orang mabuk. Berjalan agak jauh sedikit, ya Ilahi...sesat ke lembah hina.

Subhanallah!... Jadi, bagaimana agaknya agar kita mampu menjadi kekasih ALLAH S.W.T? Ya, tidak ada jalan lain kecuali berjihad. Jihad dengan penuh cinta, lillahi ta'ala!.

Tapi, jangan salah faham. Jihad di lorong-lorong maksiat bukanlah dengan menayang pisau, kayu pemukul atau senjata untuk membunuh, tetapi menggunakan iman, ilmu pengetahuan dan keterampilan (skills). Kita berjihad sepenuh hati untuk memberi penyedaran dan terapi terhadap sesiapa pun yang terlanjur tenggelam dalam kancah dosa dan nista maksiat.

Insya Allah, dengan gerakan jihad cinta itu, akan ramai kaum remaja yang terlepas dari jerat noda dan dosa, selamat dari zina dan penyakit kelamin seperti siflis dan AIDS.

Bagaimanakah caranya agar saya juga boleh menjadi sebahgian dari mujahid cinta? Bacalah buku panduan gaya hidup generasi muslim ekstravaganza ini : generasi muda yang pintar, berwawasan dan bertanggungjawab dalah kekasih ALLAH S.W.T ... Insya Allah.

03 May 2009

BIDADARI DARI TIMUR


BIDADARI DARI TIMUR
(MEMOIR ISTERI SEORANG PEJUANG)
Tuan Sabariah Tuan Ishak (isteri T.G.Nik A.Aziz Nik Mat)
lli Sarah Annual Bakri
Anbakri
RM 12.90



" epilog bahagia seorang isteri kepada Ulama serta pemimpin berjiwa besar yang menyentuh nurani."


jika disebalik kejayaan lelaki, pasti ada seorang wanita...nilah kisahnya.....

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

selanjutnya

01 May 2009

RINDU TANPA AKHIR


RINDU TANPA AKHIR
Imam al-Ghazali
Serambi
RM 39.00


Rindu Tanpa Akhir telah membantu jutaan kaum beriman, dari masa ke masa mencapai kehidupan yang bermakna dengan mengembangkan kemampuan mereka mengelola cinta—puncak potensi ruhani manusia. Imam al-Ghazâlî—Sang Hujjat al-Islâm — mengupas tuntas hakikat cinta, sebab-sebab maupun tanda-tandanya, cara mencintai dan dicintai Allah, lezatnya kerinduan ruhani, indahnya keintiman spiritual, serta bagaimana emosi yang sangat luar biasa itu dapat mengubah arah kehidupan seseorang menuju kebahagiaan abadi. Buku ini mengajak Anda menyelami arti cinta kepada Allah dan mengalami kehangatan cinta-Nya. Bila mencintai seseorang saja sejuta rasanya, bagaimana lezatnya mencintai Allah? Dan betapa bahagianya bila cinta kita dibalas dengan cinta-Nya? Simaklah karya cemerlang ini, insya Allah Anda akan merasakan bahwa hidup ini adalah anugerah Allah. Dan hanya dengan cinta, ibadah menjadi mudah. Kepatuhan menjadi kerinduan. Ketaatan menjadi dambaan.

01 January 2009

KISAH CINTA DALAM AL QUR-AN


KISAH CINTA DALAM AL QUR-AN
(Mengenal Cinta Meraih Allah)
percuma vcd bicara cinta oleh TG Nik Abd Aziz Nik Mat
Misbah Em Majidy
Anbakri Publika
RM 23.00 , 240 hal

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang “terbungkus” kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat “malu-malu”, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi “taboo” dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya “ahli” hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan “live” !

Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-Quran sendiri seperti firmanNya yg bermaksud:

“Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu.” (Surah al-‘Imran Ayat 31).

10 December 2008

AKU TERIMA NIKAHNYA


AKU TERIMA NIKAHNYA
Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com)
RM 20.90
Galeri Ilmu




' pelikkah cinta tanpa berkenalan,
keluar makan-makan,
berbalas emel dan sms? '

24 March 2008

TENTANG CINTA


TENTANG CINTA
Pahrol Mohd Juoi
RM
Telaga Biru
Related Posts with Thumbnails