Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

30 November 2010

TOK JANGGUT



TOK JANGGUT
Abdul Latip Talib
PTS
RM20.00




Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.

Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.


pondok:- dapatkan buku ini di sini

31 July 2010

TOKOH-TOKOH BESAR GERAKAN ISLAM DALAM SEJARAH



TOKOH-TOKOH BESAR GERAKAN ISLAM DALAM SEJARAH
Kisah-Kisah Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia

Saari Sungip
Rijal Media
RM21.90


Mendekati dan mengenali sejarah Islam bererti kita belajar dari kegemilangan Islam masa lalu. Dekati dan kenalilah para sejarawan Islam seperti Fadzil Noor, Dr Yusuf Al-Qardawi, Hassan Al-Banna, Ayatollah Khomeini, dan Teungku Hasan Krueng Kali yang kini sudah menjadi barisan l...agenda yang dikenang sepanjang hayat.

Mereka adalah orang-orang yang berjiwa besar mempertahankan kesyumulan Islam. Kehadiran buku ini bertamu di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

Buku yang sarat dengan fakta ini menjadi bahan bacaan wajib bagi mereka yang cinta pada Islam dan ingin mengenali tokoh-tokoh yang berjuang di sebalik kejayaan Islam. Ada beberapa sebab mengapa anda harus memilih buku bertajuk Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam dalam Sejarah:

1. Mengenali dengan lebih mendalam pejuang-pejuang Islam yang kental dan berhati waja di negara seperti Malaysia, Mesir dan Indonesia.
2. Mengambil segala inti pati perjuangan mereka lalu serapkan di nurani kita betapa besar jasa dan perjuangan mereka mempertahankan Islam
3. Kisah susur galur dengan tertubuhnya gerakan Islam seperti PAS, HAMAS, HISBULLAH dan IKHWANUL MUSLIMIN
4. Mengetuk dinding hati kita agar ingin berjihad di jalan Allah seperti yang mereka lakukan.

11 June 2010

TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN #2



TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN #2
Zainudin Hashim/Riduan Mohamad Nor
Jundi Resources
RM25.00, 229 hal




Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani di sepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

15 May 2010

TOKOH YANG DIZALIMI



SYEIKH MUHAMMAD bin 'ABD. al-WAHHAB,
TOKOH YANG DIZALIMI
Mas'ud al-Nadwi
Jahabersa
RM 18.00 , 247 hal

sinopsis :

Buku ini adalah berkisar tentang seorang tokoh pembaharu Islam yang
amat terkenal iaitu Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab .Ada yang mengenalinya secara positif, lalu menyambung usaha pembaharuannya sehingga ke hari ini. Namun ada yang mengenalinya secara negatif, lalu menyandarkan pelbagai tuduhan dusta ke atas dirinya dan sesiapa yang kelihatan sejalan dengannya.

Tuduhan yang paling masyhur ialah gelaran "Wahabi", bertujuan menakut-nakutkan orang ramai dari usaha pembaharuannya.

Buku ini ditulis oleh seorang ilmuan dari benua India, menerangkan sejarah Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab dari awal hingga akhir, termaksuklah ajaran serta usaha beliau. Berdasarkan fakta-fakta sejarah, dapat diketahui di manakah sebenarnya kedudukan Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, adakah seorang tokoh Ahlus Sunnah yang dihormati atau perosak Islam yang patut digelar Wahabi.

08 July 2009

TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN


TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN
Zainudin Hashim /Riduan Mohamad Nor
Jundi Resources
RM 25.00, 215 hal

sinopsis belakang buku:

Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh ALLAH S.W.T untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani disepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

23 March 2008

AHMADINEJAD: SINGA BARU DUNIA ISLAM

AHMADINEJAD: SINGA BARU DUNIA ISLAM
MUHSIN LABIB, IBRAHIM MUHARAM, MUSA KAZHIM, ALFIAN HAMZAH
PTS ISLAMIKA
RM 17
160 HALAMAN

Mengapa seorang MAN (Mahmoud Ahmadinejad) perlu dibahas di dalam sebuah buku? Pertanyaan ini mungkin terlontar dari mulut sesetengah orang terutama bagi mereka yang tidak mengikuti sepenuhnya situasi politik Timur Tengah yang kian panas itu.

Menurut kami, perkara ini menarik diperhatikan kerana sebenarnya banyak penjelasan yang dapat diberikan.

Pertama, dia bukanlah seorang politik kubu kanan ataupun kiri bahkan dia bukanlah ahli politik sama sekali.

Kedua, dia bukan seorang cendekiawan besar.

Ketiga, dia bukan usahawan yang ajaib menjadi pemimpin.

Keempat, dia bukan perwira militer yang dapat membangunkan jaringan yang kuat dalam institusi militer yang memungkinkannya masuk ke kancah politik, apa pun risiko dan bagaimana pun caranya.

Kelima, dia bukan bangsawan ataupun anak seorang pahlawan yang disegani sehingga dengan mudah meraih simpati walaupun tidak mempunyai taraf pendidikan yang cukup tinggi.

Keenam, dia tidak juga mempunyai susuk tubuh yang besar.

Ketujuh, dia tidak pandai berdiplomasi.

Kelapan, dia masih muda, seorang yang kuat bekerja dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara dan bangsa serta ideologinya sehingga dia tidak pernah panik menangani ancaman asing dan yang terpenting dia bebas rasuah, tidak mempunyai pakatan sulit dan mementingkan kaum kerabat bagi mengisi pelbagai jawatan.

Ini bukan buku agama yang pada umumnya gagal dalam mempertahankan objektif dan penuh dengan persepsi hanya dari satu pihak tertentu sahaja. Kerana itu, buku ini ditulis dengan gaya yang tidak memberi kesan kepada minda.

DETIK-DETIK SEJARAH HIDUP TOK KENALI

DETIK-DETIK SEJARAH HIDUP TOK KENALI
'ABDULLAH AL-QARI B. HJ. SALLEH
RM 16
252 M/S

Al-Marhum Tuk Kenali, bukanlah orang biasa yang dikenali oleh masyarakat Islam di rantau ini, malah beliau adalah orang yang mempunyai ciri-ciri anugerah Tuhan. Setahun demi setahun namanya disebut: ada yang mengatakan beliau seorang 'ulama' besar, tiada tandingan; dan ada pula yang mengatakan beliau seorang sufi wall Allah. Ramai pihak buat kajian tentang kehidupan dan perjuangan beliau yang sehingga hari ini masih dibicarakan di dalam majlis keilmuan. Beliau juga dikatakan di antara 'ulama' yang terulung di dikatakan di antara 'ulama' yang terulung di rantau sebelah sini.
Tentunya kita tertanya siapakah diri beliau sebenarnya? Apakah rahsia yang dapat di cungkil agar kita dapat menteladani peri kehidupan beliau.

14 March 2008

SYED QUTB, PEDOMAN PENDAKWAH SEPANJANG ZAMAN

SYED QUTB, PEDOMAN PENDAKWAH SEPANJANG ZAMAN
PENGARANG : SYED QUTB
PENTERJEMAH: ABU MAZAYA AL-HAFIZ
RM : 25.00
Muka Surat: 437

Al-Syahid Syed Qutb, salah seorang pejuang Ikhwan al-Muslim Mesir yang menjadi syahid di tiang gantung sepertimana yang dialami pendahulu sejarah samaada dengan titisan darah mahupun menerusi dakwat penanya.
Walaupun bertahun-tahun dibelenggu dalam penjara, namun beliau tetap berjihad menerusi tulisan. Kini karya- karyanya samaada yang berbentuk Tafsir atau Harakah banyak dijadikan panduan dan rujukan oleh sebahagian besar kaum Muslimin seluruh dunia, terutama mereka yang menginginkan keunggulan Islam dari perspektif Islam dan menggunakan kaedah Islam sendiri.
Terjemahan buku Ma'alim fi al-Thariq ini memberikan panduan bagi pendakwah dalam menghadapi berbagai cabaran. Kepalsuan-kepalsuan yang menggunakan label Islam turut didedahkan sekaligus mempersembahkan Kaedah Ilahiyah yang telah dipraktikkan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Beberapa tambahan penterjemahan pada bahagian akhir buku ini menjadikan lebih lengkap dan diharapkan dapat menjadi jawapan dari berbagai kemusykilan dakwah dan ideologi masa kini. Amin.
Related Posts with Thumbnails