Showing posts with label sejarah empayar islam. Show all posts
Showing posts with label sejarah empayar islam. Show all posts

23 January 2011

KINI BUKAN LAGI ZAMAN ABRAHAH



KINI BUKAN LAGI ZAMAN ABRAHAH
DR. Raghib As-Sirjani
Al-Hidayah
RM11.00,



Keterpurukan melanda berbagai penjuru bumi Islam. Iraq, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Chechnya, Kashmir, Filipina, dan berbagai negeri Islam lainnya meratap penuh keprihatinan. Tak sedikit yang kemudian berputus asa; bilakah Islam kembali jaya? Kapankah umat Islam akan meraih kemenangan?

Yang pasti, kini bukan lagi zaman Abrahah. Kalau dulu Allah mengirimkan burung-burung Ababil guna meluluhlantakkan kekuatan Abrahah dan pasukan bergajahnya, sekarang umat Islam tak bisa lagi mengharapkan pertolongan “burung-burng Ababil” hanya dengan berpangku tangan.

“Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7).

Buku ini memberikan jaminan: Islam dan umatnya pasti menang! Namun, do3a saja tidak cukup. Ada syarat-syarat yang harus dipenuhi untuk meraih kemenangan.

Yang pasti, kemenangan membutuhkan kerja keras dan perjuangan; bukan hanya keputusasaan dan angan-angan dalam kehampaan. Penulis buku ini memberikan jalan-jalan bagaimana memulainya.

Dengan argumentasi dan huraian yang berlandaskan dalil-dalil syariat, buku ini juga menyajikan hal-hal yang semestinya dipahami umat Islam, seperti: konspirasi musuh-musuh Islam, sunnah pergiliran, hakikat peperangan, hakikat sejarah nan gemilang, dan berbagai hal menarik lainnya.

' Kita bukan berada di era zaman Abrahah. Ketika Abrahah mahu membinasakan Baitullah, Abdul Muttalib berjumpa dengannya dan berkata, "Kembalikan unta-unta aku". Abrahah terkejut. 200 ekor unta lebih penting buat Abdul Muttalib berbanding Baitullah yang merupakan simbol agama mereka turun-temurun. Lalu kata Abdul Muttalib, "Aku adalah pemilik unta itu manakala Baitullah ini ada penjaganya". Tidak lama kemudian, turun burung-burung Ababil membinasakan tentera Abrahah. Turun pertolongan Allah tanpa perlu penduduk Makkah berjuang membela Baitullah.

Begitu juga dengan kisah Nabi Musa. Baginda berdoa (Yunus:88). Lalu Allah memberi perintah (Ad-Dukhan:23), "(Allah berfirman), 'Maka berjalanlah kamu dengan membawa hamba-hambaKu pada malam hari. Sesungguhnya kamu akan dikejar'." Nabi Musa dan pengikutnya lari dan tiba di Laut Merah. Firaun mengejar. Nabi Musa hanya bertawakal, .....Inna ma 'iya Rabbi sayah diin - sesungguhnya Rabbku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku (rujuk Asy-Syu'ara:61-62). Kemudian Allah membelah lautan. Firaun dan tenteranya tenggelam.

Tidak jauh beza dengan kisah Nabi Nuh. Baginda juga berdoa (Al-Qamar 10) "Maka dia mengadu kepada RabbNya, 'Bahwa aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu tolonglah (aku)'.". Allah menjawab doa baginda (Al-Qamar 11-13). Kaum Nuh ditengelamkan oleh banjir besar. __'

02 March 2009

BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN


BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN
Afareez Abd Razak Al-Hafiz
PTS
RM 17.50, 224 halaman

SINOPSIS

Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu? Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?

Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain. Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini. Jangan lepaskannya.

Bab 1: Raja Namrud
Sejarah Sebelum Kedatangan Raja Namrud
Pemerintahan dan Latar Belakang Raja Namrud
Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim (sekitar kurun ke-22BC hingga 19BC)
Nabi Ismail dan Penempatan di Mekah
Pembinaan Kaabah
Nabi Lut
Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail
Nabi Ishak
Nabi Ishak dan Keturunannya
Nabi Yaakub
Perkahwinan Pertama Nabi Yaakub (dengan Liah)
Perkahwinan Kedua Nabi Yaakub (dengan Rachel)
Zuriat Nabi Yaakub dan Pembinaan Masjid al-Aqsa
Nabi Yusuf (antara kurun ke 21BC dan ke 17BC)

Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000BC hingga 928BC)
Nabi Musa (antara kurun ke 16BC hingga ke 13BC)
Al-Baqarah
Nabi Musa dan Nabi Khidhir
Nabi Yushwa’ bin Nun
Nabi Syam’un
Nabi Daud (sekitar 1030BC hingga 970BC)

Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625BC hingga 562BC)
Harut Marut
Mimpi Bukhtanasar

Bab 4: Perbincangan Iskandar bukan Zulqarnain
Siapa itu Raja Iskandar? (356BC hingga 323BC)
Asal-usul timbulnya cerita Zulqarnain
Siapakah Raja Kurush? (576BC hingga 530BC)
Ciri-ciri Zulqarnain:
Perjalanan ke Arah Barat
Menerima Wahyu
Perjalanan ke Arah Timur
Pembinaan Tembok

Akhir kata
Raja Leonidas I

09 October 2008

JATUHNYA SEBUAH TAMADUN


JATUHNYA SEBUAH TAMADUN
Mohamad Nurhakim
PTS Islamika
RM 23.00


Menerangkan sejarah kebangkitan peradaban Islam bermula dari zaman Nabi Muhammad sebagai pengasas sehingga kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah sebagai khalifah terakhir umat Islam. Lengkap dengan senarai empayar Islam yang mencipta peradaban, sumbangan kepada dunia serta punca kejatuhannya. Disusun mengikut kronologi sejarah, lengkap dengan peta, gambar serta maklumat tambahan yang menyokong pemahaman pembaca.

Mohd. Nurhakim adalah pensyarah di Universitas Muhammadiyah Malang (UMM, Jawa Timur. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga aktif menulis buku, jurnal dan kertas kerja.
Related Posts with Thumbnails