Showing posts with label tafsir. Show all posts
Showing posts with label tafsir. Show all posts

15 July 2011

TAFSIR IBNU 'ABBAS





TAFSIR IBNU 'ABBAS
ABU THAHIR MUHAMMAD BIN YA`KUB AL-FAIRUZABADI
AL-HIDAYAH
RM299.00 (Jilid 1-3) (HC)


Al-Quran adalah hidangan terlazat yang Allah Subhaanahu wa Ta'ala suguhkan kepada hamba-hamba-Nya. Hidangan ini hanya dapat dinikmati oleh mereka yang mampu memahami isi dan kandungannya. Untuk memahami al-Quran, langkah terpenting adalah dengan meneliti tafsirnya melalui sumber-sumber informasi dari orang yang paling ahli dan arif di bidang ini. Ibnu Abbas merupakan tokoh yang masyhur yang pendapatnya selalu dijadikan rujukan utama para ulama tafsir dari masa ke semasa. Dia adalah ''tinta emas umat Islam'' yang pada masa kanak-kanaknya telah didoakan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam agar menjadi manusia paling ahli dalam bidang tafsir al-Quran. Buku ini merupakan kumpulan pendapat Ibnu Abbas radhiallahu'anhu dalam tafsir al-Quran.

Semoga buku ini semakin memperkaya khazanah keilmuwan umat Islam yang selalu dahaga dengan cahaya kebenaran al-Quran dan siraman-siraman petunjuk-Nya.

15 December 2010

TAFSIR TEMATIK



TAFSIR TEMATIK - FI ZILAL AL-RAHMAN
DI BAWAH NAUNGAN MAHA PENYAYANG
Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali
IKDAS Islamika
RM 25.00 , 320 hal




Tafsir Tematik Fi Zilal al-Rahman (Di Bawah Naungan Maha Penyayang) merupakan koleksi ayat-ayat pilihan. Buku ini merupakan siri dalam bahagian Tafsir dalam Risalah Usrah Untuk Pendakwah.

Tafsir yang digunakan dalam buku ini adalah merujuk kepada buku-buku tafsir yang muktabar seperti Tafsir al-Qutubi, Tafsir Fi Zilal al-Qur'an karangan Sayyid Qutub, Tafsir al-Maraghi oleh Syeikh Mustafa al-Maraghi, Tafsir al-Munir oleh Wahbah al-Zuhaili dan Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Manhaj yang digunakan adalah berdasarkan dalil-dalil yang muktabar dari al-Qur'an dan al-Sunnah serta para ulama tafsir yang terkemuka. Di samping membahaskan dari segi 'tematik' bagi memudahkan para pembaca.

Buku tafsir ini amat sesuai bukan hanya sebagai teks usrah tetapi juga boleh dimanfaatkan sebagai teks pengajian halaqah di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara.

24 May 2010

KHAZANAH TAFSIR DI MALAYSIA




KHAZANAH TAFSIR DI MALAYSIA
Prof. Madya Dr Mustaffa Abdullah
APIUM
RM30.00


Khazanah tafsir di Malaysia adalah himpunan data berkenaan pengajian tafsir al-Quran, tokoh tafsir tempatan dan karya kedinamikan tafsir. Ia menampilkan 26 tokoh tafsir dengan pelbagai karya tafsir dalam beberapa aliran tradisional, islah dan al-Dihlawi. Keadaan ini menggambarkan kedinamikan tafsir al-Quran di kalangan para ulama tempatan dan cendekiawan Islam di Malaysia.

Isi kandungan buku tafsir in amat sesuai dengan keperluan masyarakat Islam untuk memahami tafsir al-Quran. Ia dimulai dengan sejarah perkembangan pengajian tafsir di Malaysia dan sistem pengajian yang diguna pakai. Ia juga menyentuh tentang sejauh mana pengajian tafsir mendapat tempat di Malaysia berbanding dengan disiplin ilmu-ilmu lain. Buku ini juga memaparkan karya dan bentuk penulisan yang dihasilkan dalam pengajian tafsir serta tokoh tafsir di Malaysia yang telah berjuang mengembangkan pengajian tafsir sama ada melalui pengajian mahupun penulisan.

Buku ini amat mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan semua peringkat sama ada sekolah menengah, institusi pengajian tinggi mahupun orang awam.

Paparan data-data dalam buku ini menobatkan jasa dan pengorbanan ulama Melayu dalam penghasilan karya tafsir. Semoga jasa mereka dikenang dan khazanah ilmu yang ditinggalkan dapat dimanfaat dan tidak hilang ditelan zaman.

KLIK SINI untuk membelinya, sinopsis diambil dari sini

16 December 2009

TAFSIR DI BAWAH NAUNGAN AL QUR-AN : JUZUK 30



TAFSIR DI BAWAH NAUNGAN AL QUR-AN : JUZUK 30
'FI ZILAALIL QUR-AN'
Sayyid Qutb
Jahabersa
RM59.00 (hard cover)

11 October 2009

TAFSIR TASAWUF (SUFI)-MEMBONGKAR MAKNA ROHANIAH AL-QURAN


TAFSIR TASAWUF (SUFI)-MEMBONGKAR MAKNA ROHANIAH AL-QURAN
Syeikh Abdul Qadir Jailani, Syeikh Sa'id Hawa
al-Hidayah
RM 16.00, 242 hal

22 March 2009

KITAB-KITAB ARAB 2

MARI BERKENALAN DENGAN AT-TAFASEER/SEKALIAN TAFSIR2 ALQUR-AN (SAMADA SECARA PENUH SATU ALQUR-AN ATAU SURAH2 TERTENTU)

1- TAFSEER AL-JALALAIN


2- TAFSEER IBNU KATSIR

3- TAFSEER FI ZILAALIL QUR-AN

4- TAFSEER AL-MARAGHY

5- TAFSEER AL-BAYAN

6- TAFSEER AL-WADEEH

7- TAFSEER AL-KHAZIN

8- TAFSEER AL-MANAR

9- TAFSEER IBNU ABBAS

10- TAFSEER AL-BAHRU AL-MUHIT

11- TAFSEER AS-SYA3RAWI

12- TAFSEER IMAM SYAFI3E

13- TAFSEER HASSAN AL-BANNA

14- TAFSEER AL-AZHAR

dll…

17 December 2008

PESAN MAHA KASIH DALAM KISAH



PESAN MAHA KASIH DALAM KISAH (HC)
Terjemahan: H. Zainal Arifin MA, H. Abu Ezzat al-Mubarak MA
Pustaka Jiwa
RM 45.00, 693 hal



Pesan ALLAH S.W.T Yang Maha Pengasih kepada hamba-hamba-NYA melalui kisah yang termaktub di dalam alQur-an yang disadur dari Tafseer as-Sya3rowi .

Dalam kisah tercermin kasih ALLAH yang tiada tara. Dalam kisah dijumpai pembelajaran kehidupan orang-orang yang berjaya agar dapat dijadikan sebagai tauladan dan di dalamnya juga terdapat kisah orang-orang yang gagal untuk dijadikan renungan.

15 July 2008

TAFSIR AL-BANNA

Tafsir al-Banna
Aulia Press
Rm 50.00

Tafsir Al-Maraghiy


Tafsir Al-Maraghiy
Jilid 1-15 (Set terjemahan)
Shaykh Ahmad Mustafa Al-Maraghiy
DBP
RM2100.00


"Kitab tafsir al-Quran ini sesuai dengan tuntutan masyarakat masa kini disusun dengan baik dari segi kaedah penyajian, sistem penulisan dan penertibannya, iaitu mudah difahami, ringan dibaca serta memuaskan. Kitab ini juga berdasarkan penyelidikan ilmiah dan bukti-bukti yang benar serta diperkuat dengan hasil kajian. Selain itu, pengarang menyertakan pelbagai pendapat para ahli dalam tafsirnya itu mengenai pelbagai bidang pengetahuan tertentuyang disyaratkan dengan al-Quran sesuai dengan hasil ilmu pengetahuan masa kini.""
Related Posts with Thumbnails