Showing posts with label novel islamik. Show all posts
Showing posts with label novel islamik. Show all posts

02 February 2012

SEBARKAN CINTA-MU


SEBARKAN CINTA-MU
Fatimah Syarha Mohd Noordin
PTS Litera
RM 31.00, 880 hal.



' Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya.'




Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

02 October 2010

BUMI CINTA



BUMI CINTA
Sebuah Novel Pembangun Jiwa
Habiburahman EL Shirazy
ar-RISALAH
RM25.90


Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negera yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis bayangan itu tetapi tidak mudah. Bayangan itu seperti telah tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di komputer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.

Rasa dingin yang menggigit itu terasa hilang begitu saja ketika dia masuk ke kamarnya yang hangat oleh pemanas. Tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat dan membaca Al-Quran, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang kali. Lebih dari tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di Pesantren Kajoran Magelang dulu,

Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya!

Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas, Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya.

15 June 2010

JAJA DAN DIN



JAJA DAN DIN
Noor Suraya
JemariSeni
RM20.00

sinopsis:

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar


Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa [♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...


p/s: novel ini membawa kebenaran, don't judge a book by its cover . juga membawa contoh tentang erti jodoh yang baik tak semestinya bererti kamu mendapatkan seseorang yang memang sudah baik dari awalnya. sebuah novel yang mungkin nampak santai dan memang berbahasa santai tetapi membawa mesej mengajak kepada kebaikan serta misi dakwah hingga ke afghanistan. tak percaya? dapatkannya sekarang dan silakan membaca!

17 March 2010

DENYUT KASIH MEDIK


DENYUT KASIH MEDIK
Dr. Farhan Hadi
Telaga Biru
RM23.00


sinopsis:


Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina dalam Denyut Kasih Medik

07 January 2010

MUNAJAT CINTA (2)


MUNAJAT CINTA 2
Taufiqurrahman al-Azizy
PTS Litera
RM 16.00



Munajat Cinta 2: Ruwayda melaju pada sebuah titik pencarian yang begitu me-rindukan kedamaian, ketenangan, kepasrahan, dan kebahagiaan dalam hidupnya, di tengah pergolakan pemikirannya, dan juga di antara untaian air mata (bahagia dan duka) yang tiada henti mendera oleh peristiwa-peristiwa yang mengharukan, mendebarkan, menggetarkan, bahkan nyaris merenggut kegadisannya!!!
Baginya, pencarian adalah sebuah upaya agar batin dan jiwa tidak mudah ter-guncang, demi mengenal Allah, memahami cinta dan kasih-Nya, memahami takdir-Nya, dan memahami pentingnya rasa ikhlas hanya kepada-Nya. Sungguh, betapa nikmat mampu merasakan cinta kepada-Nya, rindu kepada-Nya, dan dzikir kepada-Nya.

MUNAJAT CINTA (1)


MUNAJAT CINTA 1
Taufiqurrahman al-Azizy
PTS Litera
RM 17.00



Ruwayda, seorang gadis yang dikurniakan dengan kecerdasan istimewa, lahir dari keluarga yang kaya, tiba-tiba perlu berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya. Ayahnya bankrap! Cita-citanya mahu menjadi mahasiswi terkandas. Hampir setiap hari ibu bapanya bertengkar kerana hutang. Jiwa Ruwayda goncang. Kebankrapan memporak-perandakan keharmonian cinta ayah dan ibunya.

Di atas tanah perkuburan Paponan di daerah Parakan, Ruwayda berada pada tahap jiwa yang kritikal! Antara menjadi pelacur supaya mendapat wang cepat atau mengakhiri hidup yang penuh sengsara. Hilang pesona imannya sebagai muslimah gara-gara belenggu wang, cinta, harga diri dan kebahagiaan.

Novel Islami ini penuh dengan pergolakan jati diri seorang gadis yang mencari jalan hidup, cinta, dan imannya. Sebuah novel yang penuh plot, ketegangan, getaran, kasih sayang, sekali gus air mata….

28 December 2009

SEINDAH MAWAR BERDURI



SEINDAH MAWAR BERDURI
Fatimah Syarha Mohd Noordin
DBP
RM29.80, 557 hal


Cinta adalah sesuatu yang didambakan oleh manusia. Cinta yang murni berlandaskan ajaran agama membawa manusia ke arah kebahagiaan. Cinta yang berlandaskan nafsu pula boleh membawa manusia ke lorong kehancuran. Namun, cinta yang datang itu adalah anugerah Ilahi yang menguji keimanan manusia. Haruskah cinta itu ditolak tatkala usia remaja yang diharungi menuntut tumpuan untuk mencicip madu ilmu yang akan menjadi bekalan untuk mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan di akhirat?

Khazinatul Azrar, seorang siswa jurusan sains di sebuah universiti, terdidik dalam landasan agama sejak kecil. Ketinggian sahsiah dirinya benar-benar memukau insan-insan yang berada di sekelilingnya. Tsabit, Mukhlisin, dan Asyraf masing-masing mengimpikan cinta Khazinatul Azrar. Dengan kelebihan tersendiri, masing-masing berusaha memenangi hati gadis dambaan. Ibarat mawar berduri, cantik dipandang tetapi memiliki duri sebagai pelindung diri, Khazinatul Azrar tidak mudah tersirna dengan kilauan cinta berlandaskan nafsu. Baginya, cinta yang agung dan kudus hanyalah cinta kepada ALLAH. Namun, adakah ada insan yang berjaya mencuri hatinya?

04 November 2009

SAYAP SUTERA


SAYAP SUTERA
Zara
Dewan Bahasa dan Pustaka
RM 25.00, 260 hal



Sayap Sutera adalah penerbitan novel pertama yang mengetengahkan konsep Didik Hibur iaitu konsep novel mendidik sambil menghibur dengan kaedah yang berlainan dari biasa. Novel ini menceritakan kisah cinta di antara 2 manusia dan cinta mereka kepada Allah.

Ia mengisahkan perjalanan Mazlan dan Ireen, perempuan keturunan Cina untuk mencari kebenaran hakiki. Perjalanan yang bermula dari Langkawi terus ke Hong Kong, Taipeh, China dan Iran memberi pengajaran mengenai Islam yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran mereka. Kebanyakannya secara kebetulan. Semuanya kerana solat yang membuatkan mereka mengenal diri, mengukuhkan cinta suci Mazlan kepada Allah dan cinta Ireen kepada Mazlan. Apakah sebenarnya yang dicari oleh Mazlan dan mengapa Ireen tertarik dengan Islam. Novel ini meleraikan jawapannya.

Novel bercorak agama ini adalah yang pertama diterbitkan yang memberi pengetahuan dan pendidikan mengenai solat dan diselitkan dengan falsafah dan pengertian Islam yang tinggi tetapi melalui pengolahan yang mudah difahami dan menghiburkan. Novel pertama yang mempunyai nota kaki sebagai penjelasan kepada perkara-perkara solat yang diceritakan di dalam novel harus dibaca oleh semua.

LORONG KEMATIAN


LORONG KEMATIAN (teks dalam versi Indonesia)
Geidurrahman el-Mishry
Telaga Biru
RM 23.00


Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran.

Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka.
“Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“
“Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini!

Geidurrahman el-Mishry, merupakan penulis novel Bait-Bait Cinta dan Langit Mekah Berkabut Merah.

" Ya ALLAH, jika aku menyembah-MU kerna takut neraka, bakarlah aku di dalamnya. Dan jika aku menyembah-MU kerna mengharap Surga, campakkanlah aku darinya. Tetapi jika aku menyembah-MU demi ENGKAU semata, janganlah ENGKAU enggan memperlihatkan keindahan wajah-MU, yang abadi padaku."

14 July 2009

MENGINTAI CINTA KHALIFAH


MENGINTAI CINTA KHALIFAH
A. Ubaidillah Alias
PTS Litera
RM 17.00



Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?

12 June 2009

TAHAJJUD CINTA


TAHAJJUD CINTA
Muhammad El-Natsir
Global Aksara Communication
RM27.90

“Be...benarkah, Fatih? Benarkah kau akan menikahiku? Benarkah kau mencintaiku, Fatih?” ujar Lycen Cee dengan dada bergemuruh. Rasa kasih dan sayang Lycen Cee selama ini semakin menggejolak. Ingin sekali ia memeluk Fatih. Ingin sekali ia mencium tangan Fatih. Tetapi, karena belum halal, Lycen Cee hanya tersenyum malu-malu penuh bahagia. Ujungnya, Lycen Cee hanya sanggup berkata, “Jika aku memang murid bandel, kau pasti guru nakal, yang memanah hatiku, sehingga aku tidak berdaya terkena panahmu.”

Fatih benar-benar berjaya mensucikan hatinya, cintanya, hanya demi redha Allah Swt. Tidak ada nafsu menggila yang mencemari cintanya. Dan, tahukah Anda, bahwa kebersihan dan kekuatan hati, fikiran, dan hidup Fatih itu berpunca pada satu hal: Fatih tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dengan penuh hormat dan khusyuk.…

Membaca novel berhikmah ini, Anda tak hanya akan terhibur senang atau turut menangis pilu, tetapi insya Allah sekaligus Anda akan memperoleh inspirasi berharga untuk menjadi manusia bersih berkat energi ibadah malam itu. Sebuah rahasia hidup yang amat langka ditemukan dalam untaian kisah sebuah novel.

“Secara tematik, novel ini unik, khas, berbeda dari novel-novel religius yang pernah saya baca. Didukung gemuruh konflik dan alur yang terjaga baik, novel ini menghadirkan hikmah spiritual bagi para pembaca, utamanya seputar perlindungan iman dan hati dari godaan cinta dan duniawi, melalui kekuatan tahajjud. Sangat inspiratif....” Muhammad Masykur A.R. Said, Ustadz alumnus al-Azhar University, Kairo, pengarang novel best-seller Mukjizat Cinta dan Titian Nabi, tinggal di Samarinda.
pondok :: asalnya novel ini dari penerbitan diva press. tapi kini dicetak baru dengan izin, oleh penerbitan malaysia dengan cover baru. milikilah. ensha ALLAH ada manfa3atnya. cover akan diletak kemudian.

02 May 2009

CERITA DARI HATI

CERITA DARI HATI
(Cintakan ALLAH tiada kecewa)
Nurul Nazwa
aRisalah (hidayah)
RM 19.90
Demi ukhuwah...demi agama...demi Islam...
segala rintangan sanggup dilalui...

Aisya Humaira, seorang gadis remaja yang membesar dengan suasana zaman moden yang menuntut manusia berubah bersamanya. Namun dengan secebis kesedaran yang terdetik dalam kelopak iman, Aisya Humaira membesar dengan mempertahan agama dalam dirinya biarpun hidup di zaman penuh arus globalisasi. Berpegang pada prinsip La Ilaaha Illallah, Aisya Humaira tabah melalui dugaan yang menimpa perjalanan hidupnya.

Sudah menjadi adat manusia mencari ALLAH di kala kesusahan, Aisya Humaira cuba memberi bantuan. Membawa dan memimpin manusia kembali kepada ALLAH iaitu mencintai ALLAH ditingkat yang paling atas.
Namun, dikala dia cuba memimpin, ada juga yang menentang. Aisya Humaira tetap nekad dengan niatnya untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah asal. Sesungguhnya dia tahu, itulah 'janji' yang telah ALLAH berikan pada siapa yang berjuang di jalan-NYA. Di hatilah Aisya Humaira memanjatkan doa dan harapan agar insan yang dibimbingnya menemui cinta Illahi yang lebih hakiki.
Hinggalah satu ketika Aisya Humaira sendiri diuji ALLAH. Aisya Humaira terpaksa membuat pilihan antara cinta manusia dan cinta ALLAH, antara cinta dan cita-cita. Aisya Humaira sukar membuat pilihan. Semakin dia istikharah, semakin dia kabur dengan jawapan-NYA. Semakin dia mengharap, dia rasa semakin disisihkan oleh-NYA. Sehingga dia merasakan ujian ALLAH padanya telah melemahkan prinsip yang dipegangnya selama ini.
Cinta ALLAH yang dipegangnya selama ini telah membawanya kepada cinta manusia yang turut mencintai diri-NYA.

29 April 2009

RONA-RONA CINTA DAMASCUS

RONA-RONA CINTA DAMASCUS
Sheila Wani
Telaga Biru
RM23

05 April 2009

HIKMAH HATI



HIKMAH HATI
Maszlee Malik
Alaf 21
RM 10


Di bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi.

Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan.

Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata! Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali.

Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!

17 March 2009

SETULUS SETIA SEINDAH NAMA


SETULUS SETIA SEINDAH NAMA
Siti Hazneza Abdul Hamid
Pustaka Yamien
RM 19.90


"Betapa Rasulullah S.A.W setia pada Khadijah, tiada seorang pun yang mampu mencapai takhta at-Tahirah dalam hati baginda S.A.W. . Tidak juga Aisyah isteri yang dicintainya. Rasulullah S.A.W setia kepada semua isteri baginda, mengasihi setiap seorang dengan nilai masing-masing..."

26 February 2009

SONATA KASIHKU


SONATA KASIHKU
Siti Hazneza Abdul Hamid
CESB
RM17.90 , 352 hal




" Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana ALLAH yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi...izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Kerana dengan itu roh kita akan saling mengenali..."

20 January 2009

COGITO ALLAH SUM!


COGITO ALLAH SUM! (novel Inspirasi bagi pencari Tuhan)
Lalu Mohammad Zaenudin
Global Aksara Communication
RM 22.00
# Best Seller Timur Tengah #


" semakin aku berfikir, ternyata ALLAH semakin ada..."


semakin aku cuba mendalami wacana-wacana falsafah, semakin aku meragukan hakikat keberadaan ALLAH. Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin beribadah, kini enggan solat, puasa ataupun mengaji. Malah, aku lebih suka melakukan ma3siat.

tetapi, apa sebenarnya yang sedang melanda hatiku ini. Mengapa dalam masa yang sama, jauh di lubuk hatiku ini selalu sahaja menjerit kegelisahan dan ragu atas jati diriku sendiri? Semakin lama jiwaku terasa semakin tidak bahgia. Hatiku terasa sangat kosong. Hidupku semakin aku rasakan tidak bermakna. Inikah diriku yang digelar manusia rasional yang sejati?

pada hakikatnya, semakin aku memikirkan hakikat ALLAH, ALLAH semakin dekat dalam hatiku.ALLAH tak akan dapat dinafikan oleh falsafah dan logik apa pun yang selama ini aku agungkan. Sesungguhnya ALLAH telah sematkan ke dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening.

" Ya ALLAH...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk-MU..." bisikku dalam derai air mata.

24 December 2008

HAFALAN SOLAT DELISA


HAFALAN SOLAT DELISA
Tere Liye
cetakan malaysia
RM19.00


" buku yang indah, ditulis dalam kesedaran ibadah. buku yang mengajak kita mencintai kehidupan juga kematian, mencintai anygerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah " - habiburrahman el-Shirazy

12 December 2008

KUSERU NAMAMU KEKASIH


KUSERU NAMAMU KEKASIH
Maya Iris
PTS Millenia
RM 24.50

sinopsis

Rayyan, gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta terhadap kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim, agar mendapat keredaan 'KEKASIH'.

Hanisa, gadis yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah adalah palsu belaka.

Zaim, lelaki yang tidak pernah terfikir akan jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih.

Mark, lelaki yang sedang tercari-cari seorang kekasih sejati. Seorang kekasih yang boleh memberikannya kebahagiaan yang hakiki.

Empat manusia yang berbeza latarbelakang mencari cinta sejati di sebalik bayangan semalam. Dalam pencarian mereka, seruan kekasih yang manakah bakal menggegarkan jiwa? Seruan kekasih yang manakah yang akan menjadi janji yang tertunai?

10 December 2008

RINDU ANDALUSIA


RINDU ANDALUSIA
Radwa Ashour
Rm 23.00
Telaga Biru (novel dalam bahasa indonesia)

sinopsis;

menyingkap penindasan sebuah keluarga muslim di granada setelah empayar muslim runtuh, porak peranda, hancur tidak berbentuk...

RINDU ANDALUSIA menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cordova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el-Ramlah. Badan Inkuisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubahsuai menjadi gereja dan katedral. Kalau ingin selamat minta saja dibaptis menjadi kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim. Di dalam rumah solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri "misi suci" pada hari ahad di gereja.

Sampai bilakah Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman?
Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik "misi suci" itu?

- RADWA ASHOUR ; ialah profesor sastera Inggeris di Universiti Ain Shams, Mesir. Beliau juga seorang novelis, cerpenis, dan pengkritik sastera Afro-Amerika.

pondok+++ maaf, tiada cover dapat ditunjuk
Related Posts with Thumbnails