13 January 2010

PERTALIAN HIDUP DENGAN KETUHANAN ALLAH



PERTALIAN HIDUP DENGAN KETUHANAN ALLAH
Lutpi Mustafa El-Batnani
Jahabersa
RM 19.90 , 324 hal


Sesungguhnya Islam telah mengatur langkah yang mudah untuk perjalanan hidup umatnya dengan menyediakan bekalan-bekalan yang cukup ke arah pembangunan diri.

Islam memulakan langkah kehidupan untuk umatnya dengan mengikat tali kepercayaan yang berupa simpulan tali aqidah dan tali keimanan untuk ditambat dan diikat erat dalam lubuk hati umatnya supaya mereka sentiasa tunduk dan taat kepada suruhan Allah. Juga supaya umatnya itu dapat membiasakan diri dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah dan supaya umatnya tidak merasa canggung atau kekok ketika melaksanakan suruhan Allah.

Buku ini akan menerangkan kepada pembaca tentang peranan kerohanian dalam pengabdian diri kepada Allah, Insya Allah.

Bahagian-bahagian dalam buku :

Bahagian Pertama : Ma3rifatullah
Bahagian Kedua : Ubudiyyah
Bahagian Ketiga : Muhasabah
Bahagian Keempat : Muraqabah
Bahagian Kelima : Mu'ahadah
Bahagian Keenam : Mujahadah
Bahagian Ketujuh : Istiqomah
Bahagian Kelapan : Uzlah
Bahagian Kesembilan : Tazkiyyah
Bahagian Kesepuluh : Taubat

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails