Showing posts with label siri bebaskan alAqsa/palestin. Show all posts
Showing posts with label siri bebaskan alAqsa/palestin. Show all posts
01 November 2012
PALESTIN KAMI DATANG
PALESTIN KAMI DATANG
Detik Cemas Mavi Marmara
Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Telaga Biru Sdn. Bhd.
RM17.00,
Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang..
Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!.
23 May 2008
BIARKAN AKU JADI ORANG PALESTIN

BIARKAN AKU JADI ORANG PALESTIN
Penyusun JIMedia dan Karisma
JIMedia dan Karisma
RM18.00 , 180 hal
Sinopsis:
Buku ini merupakan satu sumbangan yang cukup besar maknanya dari dunia Melayu sebagai bahagian daripada umat Islam sejagat dalam membela rakyat Palestin. Saya yakin kehadiran buku ini di kalangan rakyat Malaysia mampu menyampaikan mesej perjuangan Palestin kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan belia. Saya juga percaya usaha murni para penulis kreatif sehingga terbitnya antologi cerpen ini akan mendorong kalangan sasterawan dan lingkungan penulis literary circle untuk mula meneroka penulisan kreatif demi mendukung perjuangan rakyat Palestin.
DALANG DI PALESTIN : HAMAS ATAU ISRAEL

DALANG DI PALESTIN : HAMAS ATAU ISRAEL
Hafidzi Mohd Noor (PENYUSUN)
JIMedia dan PACE
RM 12.00 , 100 hal
Sinopsis:
Isu-isu yang kemukakan oleh penulis sebenarnya telah dipaparkan oleh media dan telah dilihat atau ditonton oleh semua khalayak masyarakat dunia. Namun, tidak ramai yang dapat dan mampu membaca hakikat di sebaliknya. Puncanya ialah tidak semua sumber sebenar peristiwa didedahkan gara-gara penapisan ketat ‘kuasa-kuasa besar’ media dunia. Amat malang bagi kita umat Islam jika terus membiarkan diri dalam tempurung pengetahuan dan sumber berita serta penaakulan singkat yang direncanakan oleh kuasa besar media Barat ini.
20 PERSOALAN ASAS PALESTIN

20 PERSOALAN ASAS PALESTIN
Maszlee Malik
JIMedia dan JIM International
RM 8.00 , 50 hal
Sinopsis:
Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia. Mengapa tidak, kerana di sanalah terdapatnya kiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat berlakunya Israk dan Mikraj, iaitu Masjid Al-Aqsa. Palestin juga merupakan tanah milik umat Islam sejak dari zaman Nabi Sulaiman lagi. Ia kemudian silih berganti dijajah oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah pada zaman pemerintahan Umar Al-Khatab, Palestin kembali menjadi milik umat Islam. Pada awal abad ke-12 Masihi, Palestin kembali dijajah oleh tentera Salib, namun akhirnya berjaya dibebaskan oleh Salahudin Al-Ayubi. Kini, semenjak tahun 1948 Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin sekali lagi dijajah oleh rejim Zionis Yahudi.
AL-AQSA DALAM BAHAYA

AL-AQSA DALAM BAHAYA
Maszlee Malik
JIMedia dan JIM International
RM 12.00 , 110hal
Sinopsis:
Amat dikesali bahaya yang menantikan Masjid Al-Aqsa tidak diketahui oleh umat Islam sedunia, apatah lagi umat Islam di Malaysia. Isu Palestin yang sering dilihat sebagai isu Arab-Israel dan digambarkan sebagai konflik perebutan tanah telah mengaburkan isu sebenar. Lebih menyedihkan lagi, OIC yang ditubuhkan sejurus selepas Masjid Al-Aqsa dibakar pada tahun 1969 sendiri pun yang kini di bawa kepimpinan Kuala Lumpur tidak langsung menyebut secara spesifik isu masjid ini, apatah lagi untuk menyedarkan umat Islam sedunia tentang bahaya yang menantikan Al-Aqsa.
GAZA DISERANG!

GAZA DISERANG!
Maszlee Malik (PENYUSUN)
JIMedia
RM14 ,188 hal
Sinopsis:
Kemenangan gerakan Hamas lewat pilihanraya Majlis Legislatif kerajaan tempatan Palestin pada 25 Januari 2006 yang lalu mengandungi pelbagai mesej. Antara mesej yang paling utama ialah keinginan rakyat Palestin untuk mengecapi kemerdekaan. Segala asas perjuangan telah disogokkan kepada mereka sebelum ini. Nasirisme, sosialisme, nasionalis dan Arafatisme, kesemuanya menemui kegagalan. Kegagalan yang paling nyata ialah Arafatisme yang berakhir dengan penjualan Palestin kepada rejim Zionis secara borong melalui Perjanjian Oslo 1993. Rakyat Palestin telah jemu, dan mereka inginkan usaha yang ikhlas dan benar dalam mendapatkan kembali hak mereka.
Buku ini yang merupakan kompilasi artikel-artikel penulis yang pernah diterbitkan oleh akhbar-akhbar tempatan, majalah-majalah dan laman-laman web mendedahkan secara berani peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Palestin pada tahun 2006 hingga awal 2007.
Subscribe to:
Posts (Atom)










