Showing posts with label fardhu ain. Show all posts
Showing posts with label fardhu ain. Show all posts

24 January 2012

MUKHTASAR ABDILLAH AL-HARARI






MUKHTASAR ABDILLAH AL-HARARI
ASAS FARDHU AIN, AMALAN IBADAH DALAM MAZHAB SYAFI'E DAN TASAWUF

Penterjemah: Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi
Best Seller Publication (bsp)
RM20.00 , 159 hal





Buku ini adalah terjemahan dan syarahan ringkas matan mukhtasar Abdillah al-Harari yang merangkumi hal-hal 'aqidah mengikut landasan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Ianya merupakan karangan seorang ulama hadits yang berasal dari Habsyah iaitu almarhum asy-Syeikh al-Muhaddits 'Abdullah al-Harari al-Habasyi. Beliau adalah seorang cendekiawan Islam yang sangat gigih mengajar ilmu 'aqidah semata-mata untuk menyelamatkan umat Islam dari terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat yang bercanggah dengan ajaran 'aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Buku in dibahagikan kepada 9 BAB:-

BAB 1- Asas-asas 'aqidah
BAB 2- Bersuci dan solat
BAB 3- Zakat
BAB 4- Puasa
BAB 5- Haji
BAB 6- Muamalat
BAB 7- Riba
BAB 8- Tasawuf
BAB 9- Taubat

28 October 2010

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT



INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT (HC)
Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen
Telaga Biru
RM 55.00

Sebuah buku Panduan Fardhu Ain LENGKAP BERGAMBAR

Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Mengandungi 7 bab

Bab 1 - Syariat Kelahiran
Bab 2- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bab 3- Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 - Fardhu Ain Asas
Bab 5- Munakahat
Bab 6- Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7- Syariah Sunnah Sepanjang Masa

Disertakan juga sebagai bonus, beberapa jenis doa, zikir dan amalan untuk mengubati penyakit yang menjadi amalan Al-Fadhil Ust Ismail Kamus yang diajar kepada perawat-perawat Darussalam. Juga doa2 amalan harian dalam kehidupan seharian.

dapatkan buku ini di sini
Related Posts with Thumbnails