14 March 2008

BERANI KAYA BERANI TAQWA

BERANI KAYA BERANI TAQWA
Pengarang : ANIF SIRSAEBA
Terbitan : AL-HIDAYAH
RM : 15
Muka Surat: 241
Keterangan buku:

"Buku luar biasa. yang ditulis dengan semangat dan keyakinan ekstra atas kebenaran yang dibawanya. Buku yang benar-benar memotivasi saya untuk berani kaya, berani takwa!" Sigit Yunanto,SE.Akt. General Manager Muslim Generation Entertain (MGE) Jakarta.
Buku ini ditulis tidak untuk sembarang orang, tidak juga untuk semua orang. Tapi buku ini ditulis hanya untuk orang-orang luar biasa. Yaitu; pertama, untuk Anda yang sangat yakin seyakin-yakinnya dengan kebenaran, kedahsyatan dan keajaiban AI-Quran dan As Sunnah dalam menunjukkan jalan bisnes; kedua, untuk Anda yang percaya sepenuhnya bahawa AI-Quran dan As-Sunnah adalah "jalan tol" yang menjadikan Anda semakin kayaraya; ketiga, untuk Anda yang mengalami "kebuntuan" dan "stress" kerana selalu gagal, gaga I dan gagal dalam menjalani bisnes, dan tidak menemukan "ubat mujarab" untuk kebuntuan. stres dan kegagalan Anda itu; keempat, untuk Anda yang ingin kaya-raya tanpa balas (unstoppable rich) dengan gelimang berkah, rahmat dan kurnia Allah, Yang Maha Pencipta; kelima, untuk Anda, yang senang atau tidak senang, yang percaya atau tidak percaya, bahawa AI-Quran dan As-Sunnah adalah guide paling nyata, jelas, setia dan benar dalam bisnes Anda ke gerbang kejayaan tak terbatas (unstoppable success); keenam untuk Anda yang berani kaya dan berani takwa.
Dengan gaya penulisan yang "menggairahkan" dan "membangkitkan semangat", buku ini dari awal bab hingga akhir bab benar-benar memotivasi Anda untuk menumbuhkan keyakinan Anda bahawa sesungguhnya Anda pasti akan menjadi kaya-raya dengan petunjuk yang lerdapat dalam AI-Quran dan As-Sunnah. Hebatnya lagi, keyakinan Anda tentang kepastian "kaya-raya" itu tidak hanya ditumbuhkan, tapi Anda juga diajari bagaimana cara meraih kejayaan besar, kekayaan tanpa batas dan kebahagiaan tak terperikan, lidak hanya di dunia ini, tapi juga di akhirat nanti. Subhaanallaah.

1 comment:

Jameelah said...

baru saja mula baca buku ini...

Related Posts with Thumbnails