Showing posts with label novel sirah. Show all posts
Showing posts with label novel sirah. Show all posts

31 December 2008

UMAR AL-KHATTAB - REFORMIS DUNIA ISLAM


UMAR AL-KHATTAB - REFORMIS DUNIA ISLAM
Abdul Latip Talib
PTS Publication
RM 26.90



Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.

Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.

Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.

ABU UBAIDAH - PENAKLUK PARSI


ABU UBAIDAH - PENAKLUK PARSI
Abdul Latip Talib
PTS Novel
RM 27.90 , 368 hal

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud,

“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.”

Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah SAW memberinya gelaran ‘Gagah dan Jujur’

21 October 2008

SALAHUDIN AL-AYYUBI - PENAKLUK JERUSALEM

SALAHUDIN AL-AYYUBI
PENAKLUK JERUSALEM

Abdul Latip Talib
PTS Fortuna
RM 26.90 , 304 hal


Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

p/s : dikemaskini oleh pondok buku. cover buku di atas adalah cover terkini. cover sebelumnya berwarna putih/kuning cair.

20 October 2008

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH, PENAKLUK KONSTANTINOPEL


SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
PENAKLUK KONSTANTINOPEL

Abdul Latip Talib
PTS Fortuna
RM 24.00 , 336 hal


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

ABU BAKAR - SAHABAT SEJATI


ABU BAKAR - SAHABAT SEJATI
Abdul Latip Talib
PTS Fortuna
RM 26.90 , 336 hal

Abu Bakar as-Siddiq, sahabat sejati Nabi Muhammad yang dilantik menjadi khalifah Islam pertama selepas beliau wafat pada tahun 632 H. Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar adalah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku apabila ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat-ayat al-Quran. Itulah kitab suci al-Quran yang dikenal hingga ke hari ini.

KHALID - MEMBURU SYAHID


KHALID - MEMBURU SYAHID
ABDUL LATIP TALIB
Pts Fortuna
RM 32.90 , 400 hal


sinopsis

Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.

p/s : kini dengan cover/ilustrasi buku yg baru,
(dikemaskini oleh pondok)

22 February 2008

TARIQ - MENANG ATAUPUN SYAHID

TARIQ - MENANG ATAUPUN SYAHID
Abdul Latip Talib
Pts Fortuna
RM 23.90, 256 hal

sinopsis

Novel Tariq-Menang ataupun Syahid yang ditulis dalam bentuk kreatif ini menceritakan sifat kepahlawanan seorang lagi pahlawan Islam yang pada asalnya hanya seorang hamba. Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol. Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Disebabkan itulah dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam.
content

IKRAMAH- PENENTANG JADI PEMBELA

IKRAMAH- PENENTANG JADI PEMBELA
Abdul Latip bin Talib
Pts Fortuna
RM 22.90, 240 hal

Sinopsis

Novel Ikramah-Penentang Jadi Pembela menceritakan kisah Ikramah, anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.
Related Posts with Thumbnails