Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts
Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts

07 July 2012

BINGKISAN MUTIARA


BINGKISAN MUTIARA
(Untuk Menghidupkan Hati Yang Merana)

Imam Assuyuthi
Olahan baru: Syeikh Ali Abdul Rahman Al-Kalantani
Perbaikan bahasa: Muhammad Labib
Tahqiq dan pembetulan: Syed Ahmad Semait
Pustaka Nasional
RM65.00






Merupakan bimbingan seharian untuk mereka yang ingin beramal bakti kepada Allah Ta3ala. Terdapat empat puluh bab yang setiap satu dikupas dengan jelas, lalu diserikan dengan ayatayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dan diakhiri dengan doa.


05 July 2012

DAHSYATNYA SABAR




DAHSYATNYA SABAR
Ahmad Hadi Yasin
Qultum Media (indonesia)
RM 35.00 , 326 hal

# mengelola emosi menjadi prestasi #
# hidup tenang bebas dari ketakutan #
# kisah menakjubkan dari orang-orang yang sabar #




"Sabar di zaman sekarang kuncinya 5T, yaitu :
1. Teguh pada prinsip;
2. Tabah;
3. Tekun;
4. Tidak cepat putus asa;
5. Tahapan menuju syurga
(Dr. Muhammad Syafi'i Antonio M.Ec.; Da'i, Konsultan Perbankan Syari'ah, dan Pimpinan Takzia Group)

"Kita harus sabar, tapi sampai dimana batas kesabaran kita? Ternyata buku ini tidak sekedar menjawabnya, namun kandungan nilai keilmuan yang dilengkapi dengan contoh aplikasinya akan mengantarkan pembaca menemukan mutiara-mutiara sabar dan cahaya sabar yang diungkap dengan bahasa yang ringan, santun, dan mengalir, sehingga membuat buku ini enak dan perlu dibaca."
(Ahmadun Yosi Herfanda; Penulis, Sastrawan dan Redaktur Senior Harian Umum Republika)

"Sabar itu bukan kelemahan, justru sebaliknya, sabar merupakan kekuatan (power). Buku yang amat sangat menggugah ini membuktikan hal tersebut."
(Irwan Kelana; Penulis dan Redaktur Senior Harian Umum Republika)




29 June 2012

NASHOIHUL 'IBAD , IMAM NAWAWI




NASHOIHUL 'IBAD , IMAM NAWAWI
(NASIHAT-NASIHAT AGAMA KEPADA CALON PENGHUNI SYURGA)
Terjemahan : Abu Mazaya al-Hafiz
Jahabersa
RM 59.00 (HC)






Nasihat-nasihat agama dan tuntunan bagi manusia menuju ke hadrat Allah swt.Sangat penting bagi siapa sahaja yang ingin selamat dalam merentasi pelbagai rintangan dan halangan di dunia menuju kehidupan di syurga.





29 January 2012

TARBIYAH RUHIYAH ALA TABI'IN






TARBIYAH RUHIYAH ALA TABI'IN
Asyraf Hasan Thabal
AQWAM
RM30.00




“Aku tidak suka mengucapkan satu patah kata pun sebelum aku mempersiapkan jawabannya untuk Allah” (Hatim Al-Asham).


Suatu ketika, Sufyan ats-Tsauri berjumpa dengan Fudhail bin Iyadh. Keduanya saling mengingatkan kemudian menangis. Sufyan berkata; " Aku sangat berharap majlis kita ini menjadi majlis yang paling berbarokah." Fudhail memotong, " Itu kan harapanmu,aku justeru khuatir kalau majlis kita ini menjadi majlis yang paling buruk. Bukankah ketika engkau melihatku, engkau berhias dengan sebaik-baik yang engkau mampu, dan begitu pula aku. Maka, sungguh engkau telah beribadat kepadaku dan aku beribadat kepadamu." Maka, Sufyan menangis keras dan berkata; " Semoga Allah menghidupkanmu sebagaimana engkau telah menghidupkan hatiku."

Siapa yang tidak mengenal Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, Fudhail bin Iyadh, Imam Hasan Al-Bashri. Mereka adalah sebagian dari salah satu generasi terbaik umat (tabi’in). Generasi yang senantiasa mengajarkan untuk selalu menjaga kebersihan hati. Mulai dari ikhlas dalam beramal, mengekang dan mengendalikan hawa nafsu, mengetahui akibat dari dosa, selalu berorientasi akhirat dalam beramal dsb.

Buku ini mengajak pembaca menyelami kehidupan generasi tabi’in dalam mendidik ruhiyah mereka. Sebuah tarbiyah jiwa yang menggetarkan, yang melahirkan generasi yang unik dan tidak didapatkan di sekolah mana pun.

Mari kita menjalani tarbiyah ruhiyah ini bersama generasi tabi’in pilihan!

05 January 2012

PENAWAR BAGI HATI






PENAWAR BAGI HATI
Penyusun:Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili
Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
RM28.00





Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”

Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.


19 March 2011

PENENANG JIWA

klik sini untuk lihat senarai buku2 terpilih dengan potongan 15%




PENENANG JIWA - PENGUBATAN DAN RAWATAN
Imam Al-Ghazali
Thinker's Library
RM 24.00, 438 hal



Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah utk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Alah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.

Dia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.

# mengandungi 111 BAB.
# merupakan terjemahan kitab 'MUKASYAFATUL QULUB' karangan Imam Al-Ghazali

18 March 2011

PENDIDIKAN SPIRITUAL

klik sini untuk lihat senarai buku2 terpilih dengan potongan 15%




PENDIDIKAN SPIRITUAL
Syeikh Sa'id Hawwa
Mutiara Ilmu Selekta
RM 45.00

~Rujukan Lengkap Tarbiyah Ruhiyah Menggapai Cinta Ilahi~


Siri buku ini terdiri dari tiga buah buku, iaitu:
(1) Buku Tarbiyatuna al-Ruhiyyah (Pendidikan Spiritual), yakni buku yang sedang anda baca
(2) Buku al-Mustakhlash fi Tazkiyyat al-Anfus (Buku Ringkasan Tentang Penyucian Jiwa
(3) Buku Mudzakirat fi Mandzil as-Shiddiqin wa al - Rabaniyyin (Bagaimana Mencapai Derjat Siddiqin dan Rabbaniyyin).

02 July 2010

KEWAJIPAN MENDIDIK HATI


KEWAJIPAN MENDIDIK HATI
Memiliki Sifat Terpuji & Menjauhi Sifat Terkeji
Abdul Aziz Ismail
Progressive Publishing House
RM10.00 , 197 hal


" Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya,
nescaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya
(asalnya lemah dan kurang akal seperti budak).
Maka apakah mereka tidak berfikir?"

Yaasin:68

Isi Kandungan:-

~ Kewajipan mendidik hati
~ Peranan hati dalam kehidupan
~ Bersyukur dan berbaik-baik sesama manusia
~ Perang melawan nafsu
~ Mendidik memperbaiki diri
~ Persediaan menghadapi mati
~ Ciri-ciri peribadi orang yang dikasihi
~ Peribadi mulia, umat bahagia
~ Peribadi Rasulullah s.a.w contoh terbaik
~ Diari seorang hamba Allah
~ Apabila hati telah terdidik
~ Pokok iman hendaklah teguh umbinya

" Hai jiwa yang tenang (nafs mutmainnah),
kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhoi.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU.
Dan masuklah ke dalam SyurgaKU."

al-Fajr:27-30

21 June 2010

PENYAKIT HATI DAN OBATNYA



PENYAKIT HATI DAN OBATNYA
Abu Ubaidah usamah bin Muhammad Al Jamal
Ziyad
RM 15.00 ,


" Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya?..." al-an'am:122

Seorang Mukmin hatinya sangat lembut. Ia mudah tersentuh dengan semua hal yang mendekatkannya kepada ALLAH. Bahkan hatinya akan bergetar jika mendengar nama ALLAH disebut. Dan jika dibacakan ayat-ayatNYA, maka imannya akan semakin bercahaya. Ia ibarat sinar yang menyibak kegelapan hidup.

Hati akan mati, jika dikotori dengan timbunan dosa dan kemaksiatan.Bahkan, bisa jadi ia akan mati berkali-kali jika dibiarkan tetap dalam keadaanya.Virus-virus hati akan menyerang dengan ganas. Diantara penyakit hati adalah kebodohan, syubhat,ragu-ragu, serta nafsu birahi, persaan gundah, gelisah dan dongkol terhadap seseorang. Semua itu adalah virus yang akan mematikan dan menumpulkan hati Anda. Buku ini akan menjelas beberapa penyakit hati, Macam-macam dan obat penyakit hati yang biasa menyerang setiap manusia.

(Kiat Praktis mengidentifikasi penyakit hati dan bagaimana pengobatannya)

20 June 2010

40 PRINSIP AGAMA - IMAM AL-GHAZALI




40 PRINSIP AGAMA - IMAM AL-GHAZALI
Jalan Pintas Meraih Hidayah

Pelima Media Sdn Bhd
RM 44.00, 295 hal





Kitab al-Arba'in fi Ushul ad-Din merupakan karya agung Imam al-Ghazali selepas Ihya' Ulumiddin.

Hidayah Allah merupakan sumber kebaikan, keamanan, kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tanpa hidayah, malang dan meranalah insan kerana terpisah dan terpinggir dari jalan kebenaran. Hidayah perlu dijemput untuk diraih dan dipelihara dengan perjuangan yang sungguh-sungguh, iltizam yang tiada terkalahkan. Firman Allah :

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya, Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. " al-Ankabut : 69

Isi kandungan :

Bahagian Pertama : 10 Prinsip Ilmu
• Zat, Penyucian, Kuasa, Ilmu, Kehendak, Maha Mendengar dan Maha Melihat, Maha berfirman, Tentang Perbuatan-perbuatan, Hari Akhirat, Kenabian
•Tentang kitab-kitab yang dianjurkan untuk dipelajari berkenaan akidah

Bahagian Kedua : 10 Prinsip Amal Lahiriah
• Solat, Zakat dan Sedekah, Puasa, Haji, Membaca al-Quran, Berzikir kepada Allah Stiap Masa, Mencari (rezeki) yang Halal, Menegakkan Hak-hak Kaum Muslim dan Pergaulan Baik dengan Mereka, Amr bil-Makruf dan Nayl anil-Munkar, Mengikut Sunnah
•Penutup : Tentang Urutan Wirid dan Memerhatikan Sepuluh Masalah

Bahagian Ketiga : Membersihkan Hati dari Akhlak yang Tercela
• Banyak Makan, Banyak Berbicara, Marah, Hasad, Kedekut dan Mencintai Harta, Gila Pangkat, Cinta Dunia, Sombong, Bangga Diri,Riya
•Penutup Tentang Seluruh Akhlak dan Tempat-tempat penipuan di dalamnya

Bahagian Keempat : Tentang 10 Prinsip Akhlak Terpuji
• Taubat, Khauf (takut), Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas dan Benar, Tawakal, Cinta, Reda dengan Ketentuan Allah, Mengingati Mati dan Hakikatnya serta Bahagian-bahagian yang Bersifat Rohaniah
•Penutup Tentang Bimbingan Jiwa

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.”
al-Hadid:ayat 16

22 May 2010

DI MANA DIA DI HATIKU?


DI MANA DIA DI HATIKU?
Pahrol Mohd Juoi
Karya Bestari (kauthar)
RM 15.00 , 320 hal

ALLAH itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir?
Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir...

Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.

Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-NYA. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekyaan, ketenangan dan kebahgiaan yang hakiki dan abadi.

Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri…di mana letaknya kita di sisi ILAHI?

Antara isi kandungan buku yang menarik:-
- ALLAH Maha Mendengar
- Rintihan hati mencari Ilahi
- Bicara kalbu disaat keliru
- Dunia di tangan, akhirat di hati
dll

18 March 2010

DAN TUHAN PUN BERTAUBAT



DAN TUHAN PUN BERTAUBAT
Karena Cinta dan Rahmat-Nya, Allah Selalu Memanggil Kita Untuk Kembali Kepada-Nya
Taufiqurrahman al-Azizy
Grafindo
RM37.00 , 302 Halaman



Ternyata, tidak hanya seorang hamba yang bertaubat. Sebab ternyata, Tuhan pun bertaubat. Apa maksudnya? Bagaimana memahaminya? Dan apa pengaruhnya terhadap seorang hamba yang bergelimang noda dan dosa?

Di antara kita bahkan ada yang melakukan dosa, sebab sengaja ingin berbuat dosa. Di antara kita, ada pula yang merasa bahwa Tuhan tidak mungkin mengampuni dosa yang sudah demikian banyak dikerjakan. Buku 'Dan Tuhan pun Bertaubat mengajak kita untuk menyelam ke dalam batin kita sendiri, dan menemukan betapa kita begitu lemah, begitu tak berdaya, hingga kita tak kuasa untuk meninggalkan perbuatan maksiat dan dosa. Selain itu, juga ingin mengajak Anda untuk merasakan cinta Tuhan, merasakan keindahan Tuhan, merasakan kasih sayang Tuhan pada kita. Tak ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kemaksiatan, kecuali Rasulullah dan ahlul baitnya yang disucikan.

Sungguh kita harus tetap optimis. Tuhan masih berkenan memanggil orang-orang yang melampaui batas, orang-orang yang bergelimang maksiat dan dosa. Orang-orang yang berdosa.

Tuhan demikian itu sebab Tuhan Maha Bertaubat!!!

17 March 2010

DOSAMU PASTI DIAMPUN


DOSAMU PASTI DIAMPUN
Imam al-Qalbuni/ Ibnu Rajab al-Hanbali
Ziyad books
RM18.00 (harga terbaru)

"Wahai bani Adam,
jika dosamu telah sampai memenuhi luasnya langit,
kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku,
maka Aku pasti mengampunimu."
(HR. Tirmidzi)


Sesungguhnya Allah swt. telah berjanji kepada hamba-Nya yang beriman untuk mencurahkan ampunan-Nya sebagaimana yang tertera dalam Al-Qur'an yang disampaikan lewat lisan Rasul-Nya yang terpercaya. Allah berfirman, "Katakanlah, "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangahlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa(mu) semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(az-Zumar: 53)

Sebagai manusia biasa, sudah pasti kita memiliki begitu banyak kesalahan yang berujung pada dosa. Dan merupakan fitrah manusia untuk memohon ampunan kepada Tuhannya. Dosa segunung bukan berarti tiada ampunan. Kita hanya perlu tahu caranya!
Ada beberapa hal yang harus dilakukan oleh seorang hamba yang bergelimang dosa agar mendapatkan ampunan dari Allah swt. Tidak hanya sekadar ucapan tobat yang menghiasi bibir, namun juga keteguhan tekad dan kesabaran dalam meniti jalan ampunanNya.

Buku ini akan mengungkap segala hal yang harus kita lakukan untuk meraih ampunan-Nya. Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita untuk bertobat dan berkenan mengampuni semua dosa kita.

selagi masih bernafas
kita bisa membersihkan dosa

22 February 2010

HIBURLAH DIRIMU DENGAN SHALAT



HIBURLAH DIRIMU DENGAN SHALAT
Ustaz Muhammad Rusli Amin
alMawardi
RM25.00 (HC)


Di samping membahas tentang tatacara lahir dalam melaksanakan shalat, buku ini juga mengajak pembaca memasuki dimensi-dimensi batin dari ibadah shalat. Hal itu dimaksudkan agar kita boleh melaksanakan shalat yang benar secar zahir, sekaligus meraih khusyuk serta merasakan kenikmatan shalat. Lebih dari itu, agar shalat boleh menjadi hidangan dan pelipur lara bagi jiwa setiap orang Muslim.

Karena shalat bukanlah sekedar kewajiban. Shalat adalah tanda syukur. Shalat adalah jalan perjumpaan pecinta (hamba) dengan Sang Kekasih (Allah SWT). Shalat adalah kunci surga. Shalat penyelamat dari siksaan. Shalat adalah obat hati. Shalat adalah hidangan jiwa. Shalat adalah penolong di kala sulit. Shalat adalah hiburan di saat duka. Shalat adalah penyelamat kehidupan dunia dan akhirat. Baca dan amalkan isi buku ini, maka kegundahan hati, kesedihan jiwa dan kesulitan diri, akan segera berlalu dari diri anda. Jadi, hibur dan obatilah dirimu dengan shalat!

05 February 2010

RISALAH PENYULUH JALAN



RISALAH PENYULUH JALAN
Imam Haris al-Muhasibi
terjemahan dan susunan Ustaz Ilyas bin Hj Ismail
Darul Fawwaz
RM 7.00, 90 hal

Isi Kandungan kitab kecil (terjemahan) ini:-


Di awal diceritakan serba sedikit tentang biodata imam al-Muhasibi, guru-guru dan pelajar-pelajar beliau, karangan-karangan beliau, juga peristiwa-peristiwa menarik semasa hidup beliau.
Setelah itu Muqaddimah oleh imam al-Muhasibi kemudian bermulalah isi kitab yang terkandung adab-adab pergaulan; nasihat menasihati , mengutamakan bercakap benar. adab-adab beramal; mendahulukan akhirat, menjauhi perbalahan, pemeliharaan akal dan ilmu, mencontohi salafus soleh. memelihara hati; kesan-kesan kerosakan hati, membersih hati dengan taubat. tanggungjawab anggota badan; tanggungjawab hati, lidah, mata, telinga, hidung, kaki dan tangan. juga imam al-Muhasibi ada memberi saranan bagaimana untuk mencapai matlamat. terakhirnya, asas-asas dan tingkatan kejayaan; as-Sidqu (jujur),as-Sobru (sabar), al-Qona3ah (bersederhana), az-Zuhdu (zuhud), al-Uns, ar-Redho, al-Yaqin, al-Khouf, al-Mahabbah (cinta) , al-Ijlal wat Ta3zhim (pemuliaan dan pengagungan).

14 January 2010

KETIKA ALLAH SWT BERBAHAGIA

KETIKA ALLAH SWT BERBAHAGIA
Dr Khalid Abu Syadi
Synergy Media (asalnya dari terjemahan Gema Insani,indonesia)
RM 26.90 , 264 hal

Buku ini adalah terjemahan dari buku arab dengan judul asalnya ' Habbi yaa Riih al-Iman'.Terbitan Daar ar-Raayah.

Mencintai ALLAH dan mengharapkan keredhoan-NYA adalah fitrah setiap Mukmin. Setiap manusia pasti pernah merasakan imannya semakin berkurangan dan berasa jauh dari-NYA. Apabila manusia menyedari bahwa mereka sangat kerdil di hadapan ALLAH SWT dan tidak berdaya melawan kekuasaan-NYA, ia akan bangkit menuju Tuhannya.

Buku ini akan membantu anda untuk meraih keredhoan-NYA melalui penyucian hati.

cover versi indonesia

22 October 2009

MENYUSUR JALAN KETAQWAAN


MENYUSUR JALAN KETAQWAAN
Penuhi Hidup Dengan Keberkatan
Asri Ibrahim
Hijjaz Record
RM19.90, 166 hal


Ketika buku ini dipilih untuk berada di tangan anda, sesungguhnya ia membuktikan hati kecil anda merindui dan mengingini limpahan keberkatan dari ALLAH SWT mengalir di setiap ruang lingkup kehidupan yang anda susuri.

Namun, di dalam mencari nilai dan menikmati keberkatan itu, sering ada yang tersasar, ada pula yang salah pengertian; tidak kurang juga yang hanya menumpukan pada suatu subjek dan yang paling malangnya bila merasai diri dalam keberkatanNya sedangkan hakikatnya tidak!

Justeru, buku kecil ini hadir – penuh tulus tanpa batas untuk menerobos sempadan barakah yang sekian lama dicari-cari. Bahkan di bawah sedar, membawa anda mengenali, memahami, merasai dan menikmati serta merungkai makna hidup penuh berkat yang pernah dilewati oleh para sahabat, tabi’in dan generasi salafussoleh yang terdahulu.

Menyusur jalan ketaqwaan, penuhi hidup dengan keberkatan...

11 October 2009

MENDIDIK DAN MEMBERSIHKAN JIWA MENURUT ULAMA SALAF


MENDIDIK DAN MEMBERSIHKAN JIWA MENURUT ULAMA SALAF
Ibnu Rajab, Ibnu Qayyim, Imam al-Ghazali
Najla Press
RM 23.00 , 203 hal

04 August 2009

INSUL MUTTAQIN

INSUL MUTTAQIN
(Siri Ilmu Tasawuf)
Mengenali Orang-Orang yang bertaqwa
(Menurut Kaca Mata Orang-Orang Arif Billah)

Faqir Hasan bin Muhammad
Jahabersa
RM8.90, 6 hal

Sedarilah wahai Soleh, tidak seorang pun yang boleh terlepas daripada kejahatan syaitan kecuali yang padanya sembilan perkara:-

pertama : 3ilmu
kedua : Ma3rifat
ketiga : menyucikan Diri
keempat : sembahyang pada malam hari
kelima : berlapar pada waktu siang hari
keenam : takut kepada ALLAH ta3ala
ketujuh : sentiasa berair sembahyang
kelapan : sentiasa berdzikir
kesembilan : sembahyang

19 July 2009

RAHASIA YANG MAHA INDAH


RAHASIA YANG MAHA INDAH
Syeikh Ibnu 'Athoillah as-Sukandari
Serambi


Perjumpaan dengan Yang Maha Lembut, Yang Maha Kuasa, dan Yang Maha Kasih acap kali memahatkan jejak yang teramat indah dan mulia pada hati setiap hamba. Kerap kali mereka tak bisa mengungkapkan pengalaman batin mereka dengan kata-kata. Apa yang terucap tak selamanya menggambarkan yang teralami. Syair, hikayat, dan munajat sering mereka jadikan sarana untuk mengungkapkan apa yang dirasa. Karena itulah keindahan dan kehalusan senantiasa mewarnai karya-karya para wali.

Keindahan dan keluwesan itulah yang kita rasakan ketika membaca karya-karya Ibn Athaillah, termasuk Lathaiif al-Minan yang ada di tangan pembaca. Rahasia yang maha Indah dan misteri yang maha Cantik tak bisa diungkapkan kata-kata. Namun, dengan tulus hati, Ibn Athaillah memberi kita kunci untuk membuka pintu-pintu khazanah yang selama ini hanya misteri. Dengan gaya tutur yang menawan, ia mengajak kita menapaki Jalan Ilahi. Ia menuntun kita menghindari jurang dan palung kesesatan. Kedalaman makna Alquran dan hadis yang mulia disajikan dengan cara yang paling memesona. Jika Muhammad Abduh bilang bahwa al-Hikam "nyaris seperti Alquran", Abdul Halim Mahmud menyebut Lathaiif al-Minan adalah mutiara yang terpendam di kedalaman samudra.

Buku ini penuh berkah, karena menceritakan dua sosok agung yang telah mencapai puncak ketinggian ruhani: Abu al-Hasan al-Syadzili r.a. dan Abu al-Abbas al-Mursi r.a. Buku ini pun teramat berharga karena setiap pembaca akan mendapatkan pengetahuan yang bermanfaat. Ibnu Athaillah tak melewatkan penjelasan tentang berbagai persoalan yang selama ini pelik dan sulit dipahamiserta hal-hal istimewa lainnya.

"Gaya bahasa buku ini terasa sangat indah dan materinya teramat berharga—memancarkan sisi ruhani yang menjadi ciri khas tulisan para wali Allah. Dengan melihat para wali Allah, kita akan teringat kepada Allah. Dengan membaca karya-karya mereka, kita akan dituntun dan dibimbing menuju Allah."
Dr. Abdul Halim Mahmud, Guru Besar Universitas al-Azhar, Kairo
Related Posts with Thumbnails