Showing posts with label adab. Show all posts
Showing posts with label adab. Show all posts

09 June 2012

MARTABAT ILMU & ULAMA





MARTABAT ILMU & ULAMA
Panduan dan Adab-Adab Menuntut Ilmu
Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
Penterjemah : ustaz Mohammad Subki
PSN Publications
RM 28.00





Firman ALLAH SWT :-

" Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang bersifat rabbani kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah dan mempelajarinya. " surah Ali Imran 3:79


Buku Martabat Ilmu dan Ulama adalah himpuunan hadis yang mulia dan juga wasiat-wasiat Nabi SAW yang berkaitan dengan ilmu dan ulama. Buku ini dikarang oleh penulis demi memartabat dan memuliakan ilmu selain menerangkan kedudukan orang alim yang mewarisi kepimpinan para Nabi. Di samping itu, ia memberi nasihat kepada penuntut dalam menjaga adab-adab menuntut ilmu.

Allah SWT menganjurkan kepada hamba-Nya agar menuntut ilmu. Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah akan menjadi benteng bagi diri seseorang untuk mencegahnya daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan juga kebatilan sama ada dalam perkara agama atau mengejar urusan duniawi.

Justeru, orang yang ingin menuntut ilmu digalakkan untuk berguru dengan orang-orang alim. Sesungguhnya ulama ialah pewaris para Nabi yang membimbing umat manusia ke arah hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

KANDUNGAN

Bab 1: Kedudukan Ilmu
Bab 2: Kedudukan Ulama
Bab 3: Komentar Ulama Salaf Tentang Kedudukan Ilmu Dan Martabat Ulama
Bab 4: Adab-Adab Penuntut Ilmu
Bab 5: Adab-Adab Menuntut Ilmu



03 August 2010

ETIKA DIALOG DALAM ISLAM



ETIKA DIALOG DALAM ISLAM
(aadabul hiwar fil islam)
Prof. Dr Muhammad Sayyid Tantawi
Mustaqiim
RM56.00


Buku ini merupakan kajian tentang Adab Dialog dalam Islam yang diambil daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunah al-Nabawiyyah serta kata-kata ulama r.a. la menjelaskan bahawa syariat Islam membuka pintu perbahasannya yang bijaksana berdasarkan mantik yang betul,adab yang tinggi dan kebebasan mengeluarkan pendapat dalam lingkungan ilmu yang berguna, kefahaman yang tajam, percakapan yang baik serta hati yang bersih daripada sifat bongkak dan riak, hasad, pentingkan diri sendiri, ikut nafsu,ego dan prejudis tanpa sebab atau bukti munasabah.
Related Posts with Thumbnails