Showing posts with label kitab terjemah. Show all posts
Showing posts with label kitab terjemah. Show all posts

03 October 2012

DAHSYATNYA TAUBAT NASUHA







DAHSYATNYA TAUBAT NASUHA
Ibnu Qudamah Al-Maqdisy
PTS
RM 25.00 , 352 hal






Mereka hanya insan biasa. Mereka sebelum ini pernah melakukan perbuatan keji dan mungkar. Mereka menyembah berhala, melakukan zina, membunuh, meminum arak, bongkak serta berani mencabar perintah Allah.

Akhirnya muncul kesedaran dalam hati, terus mereka cepat-cepat sujud bertaubat menyesali perbuatan lalu. Air mata yang mengalir menjadi saksi keinsafan. Namun, penyesalan yang menggugah kesedaran jiwa dirasakan tidak berguna lagi, lantas hidayah Allah menjadi pengubat duka.

Ingin mengetahui bagaimana dahsyatnya taubat mereka? Ikuti kisah mereka yang mungkin berjaya menjentik hati kita supaya bertaubat dan menghindari daripada perbuatan terlarang.

Buku ini merupakan karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi. Beliau adalah ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka. Istimewanya, buku ini mengandungi keunikan kisah mereka yang ‘kembali’ kepada Allah, termasuk taubat para malaikat, nabi-nabi, raja-raja, sahabat nabi, ulama dan orang biasa.

01 October 2012

TAUBAT & PENGAMPUNAN DOSA





TAUBAT & PENGAMPUNAN DOSA

Imam Al-Ghazali
Al-Hidayah House
RM 16.00, 230 hal








Sahal bin Abdullah At-Tustar memetik bahawa : 

" Taubat adalah penggantian sikap atau amalan yang tercela dengan sikap atau amalan yang terpuji. Tetapi perkara ini tidak akan terjadi dengan sempurna kecuali melalui pengasingan diri, sikap diam serta makanan halal."

Sebenarnya definisi dan pengertian taubat itu amat luas cakupannya. Secara asasnya taubat ini adalah di mana seorang individu itu mengaku dan menyesal atas perlakuan buruk yang pernah dilakukan dan menetapkan dalam hatinya untuk tidak melakukan dosa tersebut dan juga dosa-dosa lain. Dengan sebenar-benar taubat, perubahan secara total akan berlaku kepada seseorang itu. Ini akan terpancar di dalam setiap perbuatan, akhlak dan dirinya.

Imam Ghazali di dalam buku ini mengupas secara terperinci berkenaan taubat, dosa-dosa, cara bertaubat dan cara menahan dan menghalang diri daripada melakukan dan mengulangi dosa tersebut. Bagaimana menimbulkan rasa takut kepada Allah dan mengingati bagaimana azabnya seksaan Allah di akhirat kelak kerana dosa-dosa yang dilakukan di dunia ini.
Semoga buku ini hadir tepat pada masa dan waktunya untuk kita baca dan fahami. Semoga hidayah dan rahmat Allah ke atas kita untuk menggerakkan hati kita agar bertaubat di atas segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Dan bersama-sama kita berdoa kepada Allah agar cahaya iman dan hidayah-Nya tidak pernah pudar menyinari hidup kita semasa di dunia ini.

07 July 2012

BINGKISAN MUTIARA


BINGKISAN MUTIARA
(Untuk Menghidupkan Hati Yang Merana)

Imam Assuyuthi
Olahan baru: Syeikh Ali Abdul Rahman Al-Kalantani
Perbaikan bahasa: Muhammad Labib
Tahqiq dan pembetulan: Syed Ahmad Semait
Pustaka Nasional
RM65.00






Merupakan bimbingan seharian untuk mereka yang ingin beramal bakti kepada Allah Ta3ala. Terdapat empat puluh bab yang setiap satu dikupas dengan jelas, lalu diserikan dengan ayatayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dan diakhiri dengan doa.


20 April 2012

MARI KITA TERBANG KE SYURGA





MARI KITA TERBANG KE SYURGA
(terjemahan Minhajul 'Abidin)
Imam al-Ghazali
Penterjemah : Azarita Ahmad
Al-Hidayah
RM 30.00 , 376 hal






Sinopsis

Buku ini adalah adaptasi daripada kitab yang berjudul " Minhajul 'Abidin" nukilan Imam Ghazali rahimahullah. Sesungguhnya buku ini amat bermakna dan sungguh  istimewa. Khususnya bagi semua umat Islam yang mendambakan syurga Allah s.w.t. Buku ini mampu memberi kesedaran kepada kita tentang matlamat sebenar hidup kita di dunia ini iaitu untuk memperhambakan diri kepada Rabbal 'Alamin. Perhambaan yang sejati ini akan melahirkan insan  kamil yang berakhlak mulia, yang tidak melakukan  maksiat serta segala bentuk kemungkaran secara terang mahupun tersembunyi.

Buku 'MARI 'TERBANG KE SYURGA' ini juga dihiasi dengan segala persiapan yang  perlu dimiliki oleh umat Islam untuk mencapai syurga Allah s.w.t. Syurga Allah merupakan anugerah terulung buat umat Islam yang taat dan patuh kcpada segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya. Sesuatu yang amat berharga itu sememangnya amat sukar dikecapi. la memerlukan  pengorbanan, mujahadah dan pengabdian yang tulus kepada Allah s.w.t.

Buku ini juga mengajar kita agar menyintai akhirat serta bersifat zuhud terhadap dunia yang fana. Para pembaca yang dikasihi Allah akan dipimpin untuk menghindarkan segala sifat keji yang  mungkin telah sebati dalam diri masing-masing

Rebutlah peluang keemasan menghayati isi kandungan buku ini jika anda benar-benar inginkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya jiwa kita menjadi resah kerana kehilangan atau tidak dapat mengecapi satu atau dua nikmat dunia yang sementara. Selepas membaca buku ini, anda akan reda dan jiwa akan dapat menerima dengan tenang jika kehilangan orang tersayang atau sesuatu yang sangat amat berharga dalam  hidup kita.






27 October 2010

MEMBENTUK JIWA SUFI


MEMBENTUK JIWA SUFI ( terjemahan kitab: at-tanweer al-qulub)
Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi
penterjemah: Dr. Jahid Hj. Sidek
Al-Falah Publications
RM25.00 , 452 hal


Buku ini merupakan terjemahan daripada kitab Arab berjudul Tanweer al-Qulub karangan Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi. Ia merupakan perbincangan tasawuf di atas landasan tarekat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah. Diterjemahkan oleh Dr. Hj Jahid Hj Sidek, mantan Prof. Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.Beliau juga ahli majlis pemantau tarekat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri sembilan

Mempunyai 21 bab:
1- Keramat wali dalam al-Quran dan Sunnah
2- Taubah,
3- Menghapus sifat tercela, menghias sifat terpuji
4- Tercelanya dunia dan panjang angan-angan keduniaan
5- Mengingati kematian
6- Tafsir surah at-Takasur
7- Jiwa (an-Nafs)
8- Menyerahkan segalanya kepada Allah (tawakkal) dan ikhlas
9- al-Mahabbah, al-Shawq, al-Wajd
10- Khalwat
11- Mencari saudara pada jalan Allah
12- Salasilah tarekat Naqsyabandiyah
13- tarekat Naqsyabandiyah
14- Zikir hati yang lebih afdhal dari zikir lisan
15- Cara berzikir di kalangan para Syeikh Naqsyabandiyah
16- Jalan untuk sampai kepada Allah
17- Khatam khujakan
18- Oang yang boleh dijadikan Syeikh
19- Adab murid terhadap syeikh
20- Adab murid terhadap dirinya sendiri
21- Adab murid terhadapsaudara-saudaranya dan terhadap ornang Islam lain.

Disertakan juga biodata ringkas Syeikh Amin al-Kurdi. Dr. Jahid turut membuat penerangan-penerangan khas di bahagian nota kaki bagi menjelaskan beberapa isu yang dilihat penting untuk dijelaskan.

20 June 2010

40 PRINSIP AGAMA - IMAM AL-GHAZALI




40 PRINSIP AGAMA - IMAM AL-GHAZALI
Jalan Pintas Meraih Hidayah

Pelima Media Sdn Bhd
RM 44.00, 295 hal





Kitab al-Arba'in fi Ushul ad-Din merupakan karya agung Imam al-Ghazali selepas Ihya' Ulumiddin.

Hidayah Allah merupakan sumber kebaikan, keamanan, kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tanpa hidayah, malang dan meranalah insan kerana terpisah dan terpinggir dari jalan kebenaran. Hidayah perlu dijemput untuk diraih dan dipelihara dengan perjuangan yang sungguh-sungguh, iltizam yang tiada terkalahkan. Firman Allah :

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya, Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. " al-Ankabut : 69

Isi kandungan :

Bahagian Pertama : 10 Prinsip Ilmu
• Zat, Penyucian, Kuasa, Ilmu, Kehendak, Maha Mendengar dan Maha Melihat, Maha berfirman, Tentang Perbuatan-perbuatan, Hari Akhirat, Kenabian
•Tentang kitab-kitab yang dianjurkan untuk dipelajari berkenaan akidah

Bahagian Kedua : 10 Prinsip Amal Lahiriah
• Solat, Zakat dan Sedekah, Puasa, Haji, Membaca al-Quran, Berzikir kepada Allah Stiap Masa, Mencari (rezeki) yang Halal, Menegakkan Hak-hak Kaum Muslim dan Pergaulan Baik dengan Mereka, Amr bil-Makruf dan Nayl anil-Munkar, Mengikut Sunnah
•Penutup : Tentang Urutan Wirid dan Memerhatikan Sepuluh Masalah

Bahagian Ketiga : Membersihkan Hati dari Akhlak yang Tercela
• Banyak Makan, Banyak Berbicara, Marah, Hasad, Kedekut dan Mencintai Harta, Gila Pangkat, Cinta Dunia, Sombong, Bangga Diri,Riya
•Penutup Tentang Seluruh Akhlak dan Tempat-tempat penipuan di dalamnya

Bahagian Keempat : Tentang 10 Prinsip Akhlak Terpuji
• Taubat, Khauf (takut), Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas dan Benar, Tawakal, Cinta, Reda dengan Ketentuan Allah, Mengingati Mati dan Hakikatnya serta Bahagian-bahagian yang Bersifat Rohaniah
•Penutup Tentang Bimbingan Jiwa

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.”
al-Hadid:ayat 16

11 June 2010

MUAT TURUN PENGAJIAN KITAB AL-HIKAM

salam,

buat sahabat2 pondokbuku yang berkenan mempelajari tentang kitab al-HIKAM, di sini sy sertakan link
download mp3 pengajian kitab al-HIKAM tersebut. ini adalah pengajian kitab al-HIKAM oleh kyai imron djamil (indonesia) . kitab al-HIKAM merupakan salah satu kitab kesukaan bagi para hamba dalam perjalanan wusul kepada ALLAH SWT.

semoga bermanfaat ameeen.
muat turun di sini

02 August 2009

WANITA DAN PENELANJANGAN SYAITAN


WANITA DAN PENELANJANGAN SYAITAN
terjemahan buku 'at-ta3risy syaitoni'

3adnan at-Tarsyah
penterjemah : Arifin Ladari
Khazanah Intelektual/ Jasmin
RM 15.00, 265 hal


Bagaimana syaitan boleh menelanjangkan wanita Muslimah yang memakai hijab?

Apakah jenis tipudaya yang dilakukannya sehingga berjaya menanggalkan hijab yang tidak mendedahkan warna kulit sehingga memakai pakaian mandi (bikini) lalu dicampakkannya ke atas pantai sebagai seketul daging yang tidak berbalut?

Inilah topik risalah yang ingin penulis ingatkan kepada setiap muslimah yang mana syaitan akan memulakan langkah bersamanya, setelah itu agar tidak menjadi korban penelanjangan syaitan, dan untuk mengingatkan wanita-wanita yang syaitan telah berjaya menjalankan sebahagian program padanya, bahwa mereka tidak lain kecuali telah menjadi korban program ini, maka hendaklah menyelamatkan dirinya dan kembali kepada hijabnya sebelum luput kesempatan dengan datangnya maut, larut bersama-sama dengan syaitan dalam neraka jahannam, kerana inilah yang diinginkan syaitan dan syaitan berusaha sedaya upaya mewujudkannya sepertimana yang telah dijanjikan.

Peulis telah menyusun risalah ini dalam bentuk yang boleh menark minat pembacanya untuk menelitinya dan mengikutinya, iaitu dalam bentuk pebualan antara syaitan dengan diri wanita yang telah dikuasai dengan amarah keburukan hingga bisa terjerumus kepada perangkap syaitan.

19 July 2009

RAHASIA ILMU PARA WALI


RAHASIA ILMU PARA WALI
Habib Muhammad bin 'Abdullah al-'Aidarus
Penerjemah: ustaz Naufal (Novel) Muhammad al-'Aidarus
Taman Ilmu
RM 29.00, 251 hal

terjemahan kitab 'Idohu Asrori 3ulumil Muqorrobin' (initi ajaran tasawuf)


" Ketahuilah, bahwa hati itu bagaikan cermin,
memantulkan bayangan dari semua yang ada di hadapannya.
Karena itu manusia harus menjaga hatinya,
sebagaimana ia menjaga kedua bola matanya.

Harapanku suatu saat nanti,
ada seseorang yang keadaan dirinya sesuai dengn isi buku ini,
sehingga ketika membacanya, ia dapat memahami
berbagai rahasia menakjubkan yang kusisipkan ke dalamnya."

RAHASIA YANG MAHA INDAH


RAHASIA YANG MAHA INDAH
Syeikh Ibnu 'Athoillah as-Sukandari
Serambi


Perjumpaan dengan Yang Maha Lembut, Yang Maha Kuasa, dan Yang Maha Kasih acap kali memahatkan jejak yang teramat indah dan mulia pada hati setiap hamba. Kerap kali mereka tak bisa mengungkapkan pengalaman batin mereka dengan kata-kata. Apa yang terucap tak selamanya menggambarkan yang teralami. Syair, hikayat, dan munajat sering mereka jadikan sarana untuk mengungkapkan apa yang dirasa. Karena itulah keindahan dan kehalusan senantiasa mewarnai karya-karya para wali.

Keindahan dan keluwesan itulah yang kita rasakan ketika membaca karya-karya Ibn Athaillah, termasuk Lathaiif al-Minan yang ada di tangan pembaca. Rahasia yang maha Indah dan misteri yang maha Cantik tak bisa diungkapkan kata-kata. Namun, dengan tulus hati, Ibn Athaillah memberi kita kunci untuk membuka pintu-pintu khazanah yang selama ini hanya misteri. Dengan gaya tutur yang menawan, ia mengajak kita menapaki Jalan Ilahi. Ia menuntun kita menghindari jurang dan palung kesesatan. Kedalaman makna Alquran dan hadis yang mulia disajikan dengan cara yang paling memesona. Jika Muhammad Abduh bilang bahwa al-Hikam "nyaris seperti Alquran", Abdul Halim Mahmud menyebut Lathaiif al-Minan adalah mutiara yang terpendam di kedalaman samudra.

Buku ini penuh berkah, karena menceritakan dua sosok agung yang telah mencapai puncak ketinggian ruhani: Abu al-Hasan al-Syadzili r.a. dan Abu al-Abbas al-Mursi r.a. Buku ini pun teramat berharga karena setiap pembaca akan mendapatkan pengetahuan yang bermanfaat. Ibnu Athaillah tak melewatkan penjelasan tentang berbagai persoalan yang selama ini pelik dan sulit dipahamiserta hal-hal istimewa lainnya.

"Gaya bahasa buku ini terasa sangat indah dan materinya teramat berharga—memancarkan sisi ruhani yang menjadi ciri khas tulisan para wali Allah. Dengan melihat para wali Allah, kita akan teringat kepada Allah. Dengan membaca karya-karya mereka, kita akan dituntun dan dibimbing menuju Allah."
Dr. Abdul Halim Mahmud, Guru Besar Universitas al-Azhar, Kairo

BAHTERA PENYELAMAT


BAHTERA PENYELAMAT - dalam kehidupan pendakwah
Fathi Yakan
Dewan Pustaka Fajar
RM 17.00, 232 hal


Buku ini terbahagi kepada empat bahagian:-

Bahagian Pertama - Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah
Bahagian Kedua - Ciri-ciri Keimanan
Bahagian Ketiga- Bekalan Para Da'ie
Bahagian Keempat - Bahtera Penyelamat Bagi Para Da'ie

05 June 2009

MAJMU'ATUR RASAIL HASAN AL-BANNA


MAJMU'ATUR RASAIL HASAN AL-BANNA (HC)
Hasan al-Banna
al-I'thishom
terbitan indonesia
RM 57.00



Majmu'atur Rasail adalah karya monumental Imam Hasan Al-Banna yang menjadi rujukan penting bagi pergerakan Ikhwanul Muslimin. Dan, Ikhwanul Muslimin adalah pergerakan yang memberikan inspirasi bagi kebangkitan kaum muslimin di berbagai negara. Karena itu para aktivis Islam perlu mengkajinya, agar mendapatkan gambaran dan contoh konkrit dalam mengusung Kebangkitan Islam Kontemporer.

pondok ::--> buku ni disertakan sekali risalah bahasa Arab asalnya. berguna bagi yang ingin menambahkan tatabahasa bahasa Arab.

ASMAUL HUSNA


ASMAUL HUSNA
Makna dan Khasiat
Syeikh Tosun Bayrak al-Jerrahi



Sejauh mana kita mengenal Tuhan, Sang-Muara segala ibadah? Bagaimana mungkin kita mendekatkan diri kepada Allah—apalagi mencintai-Nya—tanpa mengenal-Nya?
Buku ini secara gemilang menunjukkan bahwa nama-nama terindah Allah tidak saja menjadi titik masuk (entry point) untuk mengenal Allah, tapi juga untuk menghampirinya-Nya, bahkan untuk meneladani sifat-sifat-Nya (takhalluq bi akhlâq Allâh). Sebab, asmaul husna memang bukan keberadaan-Nya, karena Dia tetap berhakikat tak terperikan. Asmaul husna merupakan pengenalan sifat-sifat-Nya dalam bahasa kemanusiaan. Dan, itu diturunkan agar Dia dijadikan panutan dalam pengembangan potensi-potensi baik dalam diri manusia.

Syeikh Tosun hendak meretas rintangan “mereka yang mengetahui Nama, tapi tak mengenal Yang Dinamai”. Padahal, menurutnya, “Siapa mengenal dirinya, berarti ia mengenal Tuhannya.” Lembar demi lembar, kita tak hanya diajak menyelami samudra makna setiap asma, tapi juga merasakan percikan keagungan (jalâl) dan keindahan(jamâl)-nya di dalam diri kita.

Yang unik, di tangan sang guru spiritual ini, nama-nama Allah itu dapat diamalkan untuk transformasi diri dan jiwa. Setiap asma memiliki khasiat tertentu bagi orang yang membacanya dengan formulasi dan hitungan tertentu.

"Kendati beragam buku dan risalah-filosofis tentang nama-nama terindah Allah telah banyak ditulis, namun begitu jarang yang menyuguhkan penjelasan ringkas padat makna seperti buku ini. Kandungannya tak saja harus disimak oleh setiap muslim, melainkan juga nonmuslim yang percaya, dan bahkan orang yang tidak percaya. Percayalah, buku ini akan menyalakan cahaya iman dalam hati."
Syed Ali Ashraf, Mantan Direktur Jenderal Akademi Islam Cambridge, 1984.

Syeikh Tosun Bayrak al-Jerrahi adalah mursyid-ternama tarekat Halveti al-Jerrahi di Istanbul, Turki. Ia banyak menerjemahkan karya sufi klasik, di antaranya: Divine Kingdom of the Human Kingdom -Ibn Arabi, The Secret of the Secrets -al-Jaylani, Way of Sufi Chivalry -al-Sulami, dan The Shape of Light -Suhrawardi

The Wisdom of Syeikh ABD AL-QADIR AL-JAYLANI



The Wisdom of Syekh ABD AL-QADIR AL-JAYLANI (471–561 H.)
Bekal Menjadi Kekasih Allah

"Hai bodoh, buanglah buku itu dari tanganmu. Kemari dan duduklah di hadapanku. Ilmu itu didapat dari mulut orang berilmu, bukan dari buku. Ilmu didapat dari keadaan, bukan dari tulisan."

Demikian pernyataan Syeikh Abd al-Qadir al-Jaylani dalam sebuah nasihatnya. Ungkapan ini mungkin menjelaskan mengapa beliau hanya mewariskan segelintir buku. Waktu beliau lebih banyak tercurah untuk mengajar dan bertausiah. Konon, jamaah pendengar beliau mencapai tujuh puluh ribu orang. Kearifan beliau membuat lebih dari lima ribu Yahudi dan Kristiani memeluk Islam serta lebih dari seratus ribu penjahat bertobat.

Kendati yang sedang Anda baca ini pun sebuah buku, membacanya tak beda dengan menyimak tutur kearifan Syekh al-Jaylani. Buku ini menguntai petikan nasihat-nasihat beliau, yang terekam dalam karya beliau: al-Fath al-Rabbani dan Futuh al-Ghayb. Isinya menyapa langsung sanubari kita. Laksana taman hikmah, buku ini bisa Anda kunjungi kapan saja dan pada halaman mana saja.

Jangan pernah berhenti mendengar nasihat
Hati akan buta tanpa nasihat
Jangan remehkan petuah ulama
Petuah mereka adalah sari wahyu Allah

The Wisdom Of Hasan Al-Bashri


The Wisdom Of Hasan Al-Bashri
Nasihat-Nasihat Penerang Hati




Dalam jajaran mistikus muslim, Hasan al-Bashri termasuk tokoh senior yang diperhitungkan. Spiritualitasnya yang tinggi dan kehidupan zuhudnya yang menggugah hati menjadi referensi dan inspirasi bagi orang beriman dari masa ke masa. Hal ini wajar sebab beliau pernah melihat langsung pola dan gaya hidup para sahabat yang mendapatkan pencerahan spiritual langsung dari guru Islam pertama, Rasulullah saw.

Banyak orang berkumpul di majelisnya untuk mendengarkan wejangan dan nasihat segala aspek kehidupan, terutama cara menajamkan dan mengembangkan moral dan spiritual. Penampilannya begitu santun, ramah, penuh kasih, dan bersahaja. Nasihat-nasihat spiritualnya begitu mudah menembus kedalaman hati para muridnya, karena beliau memang mampu tampil sebagai contoh ideal dari semua ajarannya. Baginya, nasihat dengan perbuatan jauh lebih efektif dibandingkan nasihat dengan kata-kata.

Sayangnya, nasihat-nasihat luhur beliau selama ini diakses semua orang karena masih bertebaran di berbagai kitab klasik, seperti Ihya’ ‘Ulûm al-Dîn al-Gazâlî, Qûth al-Qulûb Abî Thâlib al-Makkî, sampai kitab Al-Zuhd Imam Ahmad.
Kehadiran buku ini sangatlah membantu kita untuk mengenal sosok, pikiran, ajaran, dan nasihat-nasihat spiritual beliau secara lebih mendalam, untuk kemudian diamalkan dalam perilaku keseharian kita.

RAHASIA DOA MUSTAJAB


RAHASIA DOA MUSTAJAB
Kiat Agar Permohonan Kita Diperkenankan Allah



Allah menganjurkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya
(al-Mu‘min [40]: 60)

Tetapi, kenyataannya tidak semua yang kita minta diperkenankan Allah. Ada permohonan yang telah bertahun-tahun kita panjatkan, baru dikabulkan; dan ada pula doa yang tak pernah terkabulkan, sampai seseorang meninggal dunia.

Sebaliknya, ada doa yang hanya sebentar kita mohonkan, lalu dikabulkan.

Apa yang menyebabkan doa itu diperkenankan dan apa pula yang menyebabkannya ditolak? Dua ulama klasik terkemuka —Ibn Qayyim al-Jauziyah dan Ibn Athaillah al-Sakandari— hadir membantu kita menjawab rahasianya dan menuntun kita berdoa seperti diajarkan Rasulullah Saw.


pondok ::-> terbahagi pada 2 bahagian, kombinasi 2 buku dari hasil tulisan tokoh islam Ibn Qayyim dan Ibnu 'Athoilah.

The Wisdom Of Al-Hakim Al Tirmidzi


The Wisdom Of Al-Hakim Al Tirmidzi
Olah Jiwa Untuk Meraih Takwa


Menggali Tradisi Mendulang Kearifan

Setiap orang merindukan kehidupan yang sehat dan tenteram, baik jasmani maupun rohani. Bila kesegaran jasmani diperoleh dengan berolahraga, kebugaran rohani dengan berolah jiwa. Jiwa (nafs) sejatinya diciptakan Tuhan secara sempurna (QS;91:7–8), tapi ia bisa tercemar jika tidak dijaga (QS;91: 9–10).

Buku ini memandu kita menjaga dan mengolah jiwa berdasarkan adab alQur-an, akhlak Rasulullah saw., dan teladan orang bijak dari masa ke masa. Dengan gaya tutur dialogis dan penuh kisah, al-Tirmidzi berbagi rahasia agar jiwa kita mendapatkan ketenangan dalam menempuh jalan kebenaran—agar jiwa meraih kebahagiaan tiada tara menjadi hamba Allah.

"Al-Hakim al-Tirmidzi dipandang sebagai pribadi agung kebanggaan sejarah Islam. Ulama multidisipliner—fakih, muhadis, mufasir, sufi—ini dijuluki al-Hakîm, karena ia punya kemampuan menyelami kedalaman jiwa manusia. Buku hadir membuktikan hal itu."
Dr. Ahmad 'Abdurrahim al-Sayih Guru Besar di Universitas Al-Azhar, Kairo

17 December 2008

PESAN MAHA KASIH DALAM KISAH



PESAN MAHA KASIH DALAM KISAH (HC)
Terjemahan: H. Zainal Arifin MA, H. Abu Ezzat al-Mubarak MA
Pustaka Jiwa
RM 45.00, 693 hal



Pesan ALLAH S.W.T Yang Maha Pengasih kepada hamba-hamba-NYA melalui kisah yang termaktub di dalam alQur-an yang disadur dari Tafseer as-Sya3rowi .

Dalam kisah tercermin kasih ALLAH yang tiada tara. Dalam kisah dijumpai pembelajaran kehidupan orang-orang yang berjaya agar dapat dijadikan sebagai tauladan dan di dalamnya juga terdapat kisah orang-orang yang gagal untuk dijadikan renungan.

MELIHAT ALLAH



MELIHAT ALLAH
Dr. Mustapha Mahmoud
Diterjemah oleh : Abu Bakar Basymalah, Ibrahim Mansur
Victory agencies
RM 12.00, 313 hal


Buku ini merupakan sebagai pelengkap ilmu Tasawuf yang banyak terdapat di perpustakaan. Banyak juga terdapat bahan terjemahan dalam berbagai judul yang mempunyai erti tersendiri. Tujuannya tetap satu iaitu pengetahuan tentang Allah.

Buku MELIHAT ALLAH ini menghuraikan secara terperinci dalam ilmu ketuhanan, guna melengkapkan pengetahuan ketuhanan.

15 July 2008

Fiqih 5 mazhab

Fiqih 5 mazhab. Edisi lengkap.(kulit tebal)
-ja’fari
-hanafi
-maliki
-syafi’ie
-hambali
penerbit lentera
rm 89.00
Related Posts with Thumbnails