Showing posts with label akidah. Show all posts
Showing posts with label akidah. Show all posts
08 July 2012
PENYELEWENGAN FAHAMAN TAJSIM WAHHABIY
PENYELEWENGAN FAHAMAN TAJSIM WAHHABIY
Ust. Zamihan hj Mat Zain al-Ghari
al-Himna Enterprise
RM 22.00, 194 hal
Terbahagi kepada 18 BAB :-
BAB 1- Menjelaskan Penyelewengan Akidah Satu Kewajipan
BAB 2- Golongan Awam Dan Perbincangan Ilmiah
BAB 3- Definisi Fahaman Tajsim
BAB 4- Penjelasan Ulama Mengenai Tajsim
BAB 5- Fahaman Tajsim Dicela Hukum Syara'
BAB 6- Punca Fahaman Tajsim
BAB 7- Menyingkap Kronologi Fahaman Tajsim
BAB 8- Al-Quran Dan Al-Hadits Menolak Doktrin Tajsim
BAB 9- Ulasan Para Ulamak Salafus Soleh Berkaitan Tajsim
BAB 10- Ulamak Menafikan Kelaziman Jisim Bagi ALLAH SWT
BAB 11- Ahli Hadits Menolak Doktrin Tajsim
BAB 12- Ulamak Tafsir Menolak Doktrin Tajsim
BAB 13- Metodologi Memahami Nusus Mutasyabihat
BAB 14- Penolakan Terhadap Tafsiran Mutasyabihat Secara Literal (Zahir)
BAB 15- Fatwa Ulamak Tentang Fahaman Tajsim
BAB 16- Membongkar Fahaman Tajsim Moden
BAB 17- Taubat Dari Akidah Tajsim
BAB 18- Hindari Dan Perangi Akidah Tajsim
21 June 2012
PERMATA YANG BERHARGA
PERMATA YANG BERHARGA
HUJAH MENOLAK FAHAMAN AL-WAHABI
Pengarang : Syed Ahmad Syed Zaini Dahlan
Penterjemah : Syed Zain bin Hussain al-Habshi
RM 12.00
Antara isi kandungan :-
- Hukum ziarah kubur Nabi sallallahu 3alaihi wa sallam
- Hukum bertawassul
- Wajib memuliakan Nabi Muhammad sallallahu 3alaihi wa sallam
- Dalil-dalil mengharuskan bertawassul dengan Nabi Muhammad sallallahu 3alaihi wa sallam
- Menolak iktikad golongan yang mengingkarkan ziarah Nabi dan bertawassul
- Harus mengambil keberkatan dari kesan-kesan kebaikan orang-orang Soleh
- Penolakan para ilmuwan terhadap Muhammad bin Abdul Wahab
12 November 2011
TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK DALAM AL-QURAN

TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK DALAM AL-QURAN
Dr.Muhammad Yusuf Abdu
Penterjemah: Noraine Abu
AL-HIDAYAH
RM 30.00 , 365 hal
Orang munafik boleh dianggap sebagai musuh di dalam selimut atau api di dalam sekam. Kewujudan mereka ini boleh meruntuhkan sesebuah organisasi atau kumpulan masyarakat. Sekiranya terdapat ancaman musuh sebenar, kita boleh kenali dan berwaspada sepenuhnya. Tetapi golongan munafik ini amat sukar dikenal pasti kerana mereka juga sama seperti kita. Namun kehadiran mereka amat berbahaya. Oleh sebab itu di dalam AI-Quran dinyatakan tentang tanda-tanda golongan munafik ini sebagai peringatan untuk seluruh umat Islam agar sentiasa bersiap sedia menghadapi tipu helah mereka.
Buku hasil tulisan Dr. Muhammad Yusuf'Abdu ini adalah satu rujukan yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap Muslim dalam mengenali golongan munafik ini. Disampaikan dengan susunan dan persembahan yang mudah. Memberi ingatan kepada semua pembaca berkenaan tanda-tanda orang munafik dan kenapa golongan ini begitu mengancam dan berbahaya. Seperti yang telah terdapat di dalam AI-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W, agar kita tidak terpedaya dan leka oleh tipu daya dan strategi mereka yang akan memusnahkan Islam.
Semoga dengan kehadiran buku yang berada di tangan anda dan sedang anda belek ini akan memberikan kita semua satu panduan dan ingatan agar kita tidak terjebak oleh tipu helah dan kelicikan golongan ini. Dan kita juga tidak terjerumus dan tergolong di kalangan mereka.
09 November 2011
'AQIDATUN NAJIN

'AQIDATUN NAJIN
Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fathani (Tuan Minal)
Pengalih Tulisan Jawi Ke Rumi : Ustazah Noraine Abu
AL-HIDAYAH
RM 22.00 , 367 hal
Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi. Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Seperti yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.
Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Buku ini amat berguna bagi semua pencinta ilmu dalam mendalami ilmu agama. Bagi memudahkan semua pembaca buku ini telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Semoga segala usaha dan pergorbanan ilmuan Islam nusantara sebelum ini kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan seluruh Islam khususnya di Malaysia ini.
kitab ini yang bernama 'aqidatun najin ertinya; iktikad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid'ah pada bicara ilmu usuluddin atas mazhab ahli sunnah wal jama'ah
01 July 2011
MENCAPAI MA'RIFAT

MENCAPAI MA'RIFAT (Satu Pendekatan)
Ibnu Abdullah Al-Naqsybandi
Al-Hidayah Publication
RM39.00 , 386 hal
Ini adalah sebuah buku pada membicarakan tentang ilmu ma3rifah iaitu ilmu mengenal ALLAH. Diantara pembicaraan yang diketengahkan adalah berkenaan mengenal Allah, mengenal diri, Islam, rukun Islam, rukun Iman, amalan yang merosakkan Islam, akidah dan mencapai ma'rifat.
ALLAH adalah nama bagi Dzat Yang Maha Agung, Tuhan Sekalian Alam. ALLAH adalah gelaran khusus bagi Dzat Yang Maha Ghaib. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk menggambarkan bagaimana rupa hakikat Dzat Allah itu. Manusia hanya dapat mengenali Allah melalui sifat-sifatNya dan dari segala perbuatan dan kejadiannya. Manusia diperingatkan supaya tidak memikirkan Dzat Allah. Tetapi manusia diwajibkan mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal.
Subscribe to:
Posts (Atom)