07 January 2010
MUNAJAT CINTA (1)
MUNAJAT CINTA 1
Taufiqurrahman al-Azizy
PTS Litera
RM 17.00
Ruwayda, seorang gadis yang dikurniakan dengan kecerdasan istimewa, lahir dari keluarga yang kaya, tiba-tiba perlu berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya. Ayahnya bankrap! Cita-citanya mahu menjadi mahasiswi terkandas. Hampir setiap hari ibu bapanya bertengkar kerana hutang. Jiwa Ruwayda goncang. Kebankrapan memporak-perandakan keharmonian cinta ayah dan ibunya.
Di atas tanah perkuburan Paponan di daerah Parakan, Ruwayda berada pada tahap jiwa yang kritikal! Antara menjadi pelacur supaya mendapat wang cepat atau mengakhiri hidup yang penuh sengsara. Hilang pesona imannya sebagai muslimah gara-gara belenggu wang, cinta, harga diri dan kebahagiaan.
Novel Islami ini penuh dengan pergolakan jati diri seorang gadis yang mencari jalan hidup, cinta, dan imannya. Sebuah novel yang penuh plot, ketegangan, getaran, kasih sayang, sekali gus air mata….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment