Showing posts with label falsafah. Show all posts
Showing posts with label falsafah. Show all posts

05 June 2012

AL-MILAL WA AL-NIHAL



AL-MILAL WA AL-NIHAL
(Aliran-Aliran Teologi Dalam Sejarah Umat Manusia)/Edisi Lengkap
Imam asy-Syahrastani : Sejarawan, Tokoh Perbandingan Agama dan Ulama Besar Abad VI H
Penerjemah : Prof Asywadie Syukur, LC
Pt. Bina Ilmu
RM70.00 , 500 hal/ Kulit Tebal


Buku al-Milal wa al-Nihal (Aliran-Aliran Teologi Dalam Sejarah Umat Manusia) karya Muhammad bin Abd. Karim al-Syahrastani (474-548H/1076-1153M) banyak merakam sejarah panjang pemikiran para ahli filosof, teologi, dan ahli hikmah termasyhur dari pelbagai penjuru dunia, yang membentang luas sejak ribuan tahun silam, mulai dari para pemikir pra-Sokrates (mis. Thales, Phitagoras), Plato, Aristotles, Porphyry, sehinggalah kepada Ibnu Sina dan al-Farabi; dari tradisi pemikiran kuno seperti al-Sabiah, al-Hanifiah, dan Stoic sehinggalah kepada aliran (Sekte) Tanasukh (Reinkarnasi), dan al-Kabiliyah (Pemuja Spiritualisme).

Buku ini memberi wawasan luas kepada para pembaca tentang proses dialektika pemikiran dari manusia-manusia pemikir yang tidak kenal lelah dalam pencarian soal kebenaran dan hakikat kehidupan, tentang tema-tema besar kemanusian, ruh, emosi, akal, libido, ego, malaikat, nabi, dan Tuhan, yang menjadi kajian ilmu-ilmu agama (teologi), filsafat, psikologi dan spiritual. Tidak dapat disangkal bahawa banyak tema-tema yang dibahaskan di dalam buku ini menjadi dasar pijakan berfikir para manusia moden sekarang ini. Tidak menghairankan jika isu-isu moden sekarang seperti HAM, anti-kekerasan, dan gerakan spiritualisme adalah kelanjutan dari idea-idea besar dari para pemikir masa lalu.

Yang mengkagumkan dari al-Syahrastani adalah kebijakan (kegeniusan) beliau dalam mencerna argumentasi-argumentasi ahli falsafah dan ahli teologi yang kompleks dan rumit ke dalam bahasa yang sederhana dan kuat. Yang menarik juga adalah bahawa pemaparan sejarah pemikiran umat manusia ini selalu dikaitkan dengan teks-teks al-Qur’an. Al-Syahrastani menggariskan kecemerlangan idea-idea filosofis dan hikmah-hikmah kehidupan serta melakukan kritikan secara logik yang dianggap menyimpang (dari akidah Islam) dengan mengutip dan mendasarkan diri dengan ayat-ayat al-Qur’an berkenaan tema-tema yang berkaitan.

Buku ini telah terbukti sebagai karya klasik nan 'abadi' yang menawarkan kearifan dan pencerahan bagi para pembacanya. Ditambah dengan proses penerjemahannya secara utuh dari sumber aslinya yang berbahasa Arab, maka buku ini menjadi sangat layak dibaca bagi khalayak luas.

30 January 2012

FALSAFAH PENGURUSAN MASALAH SECARA ISLAM









FALSAFAH PENGURUSAN MASALAH SECARA ISLAM
Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah
Pustaka Haji Abdul Majid
RM15.00

21 June 2011

FALSAFAH SAINS DARI PERSPEKTIF ISLAM




FALSAFAH SAINS DARI PERSPEKTIF ISLAM
Penyusun : Baharudin Ahmad
DBP
RM22.00, 215 halaman




Isi Kandungan/Tajuk-Tajuk:

- Al-Quran dan Sains Moden, Bucaille
- Islam dan Sains Moden, S.H. Nasr
- Kedudukan Sains, Huston Smith
- Persoalan Mengenai Kaedah Dalam Sains Islam, Osman Bakar
- Kritikan Terhadap Sains Moden, F. Schuon
- Masalah Ekologi Menurut Tasawuf, S.H. Nasr
- Mewujudkan Tamadun Ilmu Berlandaskan Tauhid, Osman Bakar
- Batasan Sains Moden, Northbourne
- Ilmu Tradisional Pencarian Moden, Baharudin Ahmad
- Agama Mengenai Kaedah Dalam Sains, Baharudin Ahmad
- Sains Tradisional dan Sains Moden, Rene Guenon
- Sains Dalam Islam dan Barat, Cemil Akdogan
- Keperluan Kepada Sains Islam, Alparslan Acikgenc

- Edisi Kedua-






20 June 2011

SADR AL-DIN SHIRAZI DAN HIKMAT MUTAALIYAH




SADR AL-DIN SHIRAZI DAN HIKMAT MUTAALIYAH (edisi kedua)
Seyyed Hossein Nasr
DBP
RM22.00 , 149 hal

sinopsis

Walaupun pandangan Barat sejak dari dulu lagi mirip menentukan bahawa falsafah Islam tidak lebih dari satu fenomena sepintas lalu atau sekadar jambatan penghubung di antara penghujung Zaman Gelap dengan penghujung Zaman Pertengahan, namun satu perspektif yang lebih saksama tentang hal itu mulai muncul kini. Kita harus berterima kasih kepada beberapa orang sarjana yang menulis tentangnya dalam bahasa Eropah, kerana dengan usaha mereka inilah falsafah Islam tidak lagi dianggap sebagai fenomena sepintas lalu. Dahulu, sejarah perkembangan seribu tahun falsafah Islam disempitkan kepada satu bab pendek yang dikenali sebagai 'falsafah Arab', dan diselitkan sebagai satu 'masa pendek' yang menjarakkan sejarah 'serius' pemikiran Barat di antara zaman Greek dan Romawi dengan bahagian akhir Abad Pertengahan. Namun demikian, sikap dan pandangannya yang popular tetapi sempit itu, mulai disedari kini akan kekeliruannya, dan semakin ramai yang ingin melihat perubahan dibuat tentang soal peradaban itu. Walaupun tidak tersebar luas, penelitian baru ini semakin terasa maknanya. Dunia Barat sudah mulai sedar akan wujudnya satu tamadun tradisonal lain sebagai sebuah dunia yang mempunyai nilai mereka yang tersendiri, yang patut diteliti dan dipelajari mengenainya. Mereka juga mulai sedar bahawa tamadun tradisional itu tidak harus dilihat atau dianggap sebagai sekadar batu loncatan kepada Barat bagi membentuk asas-asas pemikiran dan pembangunan dunia moden mereka sendiri. (dipetik dari laman sesawang dawama)


pondok:: ada juga stok lama edisi awal buku ini, kulit tebal berharga RM10.00 .

17 December 2010

ASAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU BERTERASKAN ISLAM



ASAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU BERTERASKAN ISLAM
Prof. Dr. Awang Sariyan
IKDAS
RM 15.00




Buku ini merupakan kupasan terperinci tentang falsafah dan logika pemikiran Melayu yang menjadi asas kepada pembentukan jati diri bangsa Melayu. Islam telah menjadi unsur penganjak paksi tamadun Melayu daripada pemikiran yang bercampur baur antara fahaman animisme dengan unsur-unsur Hindu-Buddha yang tidak pula jelas jalur dan polanya dalam sistem pemikiran dan falsafah bangsa Melayu. Membaca buku ini akan menjernihkan pemikiran kita dalam memahami intipati pemikiran dan kebudayaan Melayu di Malaysia.
Related Posts with Thumbnails