Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

09 June 2012

MARTABAT ILMU & ULAMA





MARTABAT ILMU & ULAMA
Panduan dan Adab-Adab Menuntut Ilmu
Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
Penterjemah : ustaz Mohammad Subki
PSN Publications
RM 28.00





Firman ALLAH SWT :-

" Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang bersifat rabbani kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah dan mempelajarinya. " surah Ali Imran 3:79


Buku Martabat Ilmu dan Ulama adalah himpuunan hadis yang mulia dan juga wasiat-wasiat Nabi SAW yang berkaitan dengan ilmu dan ulama. Buku ini dikarang oleh penulis demi memartabat dan memuliakan ilmu selain menerangkan kedudukan orang alim yang mewarisi kepimpinan para Nabi. Di samping itu, ia memberi nasihat kepada penuntut dalam menjaga adab-adab menuntut ilmu.

Allah SWT menganjurkan kepada hamba-Nya agar menuntut ilmu. Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah akan menjadi benteng bagi diri seseorang untuk mencegahnya daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan juga kebatilan sama ada dalam perkara agama atau mengejar urusan duniawi.

Justeru, orang yang ingin menuntut ilmu digalakkan untuk berguru dengan orang-orang alim. Sesungguhnya ulama ialah pewaris para Nabi yang membimbing umat manusia ke arah hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

KANDUNGAN

Bab 1: Kedudukan Ilmu
Bab 2: Kedudukan Ulama
Bab 3: Komentar Ulama Salaf Tentang Kedudukan Ilmu Dan Martabat Ulama
Bab 4: Adab-Adab Penuntut Ilmu
Bab 5: Adab-Adab Menuntut Ilmu



01 November 2011

CAHAYA PENCINTA ILMU




CAHAYA PENCINTA ILMU
Terjemahan kitab ta3lim al-muta3allim
Karangan syeikh az-Zurnuji
penterjemah: Amdan Bin Hamid
Jahabersa
RM 12.90



Sesungguhnya kemuliaan dan pangkat saling bertambatan dengan cita-cita yang tinggi dan usaha yang murni. Seseorang yang berjaga malam untuk mencari pelbagai pengetahuan dan kepandaian serta berusaha untuk melakukan ketaatan akan mencapai kemenangan untuk dua negeri; iaitu dunia dan akhirat. Dialah orang yang akan memperoleh kebahagiaan yang kekal abadi.

"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan tidur pada malam hari kerana menuntut keredaan-Mu."

29 October 2011

GAGASAN ISLAMISASI ILMU




GAGASAN ISLAMISASI ILMU
Mohd Nasir Omar.
Utusan Publication.
RM 9.00





Buku ini membincangkan tentang gagasan islamisasi ilmu pengetahuan ditinjau dari sudut kenapa dan bagaimana umat Islam era klasik dan juga moden boleh mempelajari ilmu pengetahuan bangsa asing, terutama permikiran Barat. Pada era klasik, tokoh-tokoh falsafah sains Islam mempelajari pemikiran Greek dan lain-lain tamadun dan lantas sekali gus membina suatu badan ilmu pengetahuan yang berkualiti tinggi. Manakala pada era moden, giliran orang Islam pula berhijrah ke Barat demi memenuhi pelbagai keperluan akademik dan kepakaran.

Bab 1. Pendahuluan.
Bab 2. Landasan Konsep: Ilmu dan Islamisasi Ilmu.
Bab 3. Islamisasi Ilmu Era Klasik Islam.
Bab 4. Respons Era Moden: Islamisasi Ilmu.
Bab 5. Falsafah Dan Metodologi Gagasan Islamisasi Ilmu.
Bab 6. Strategi Dan Perancangan Kerja Islamisasi Ilmu.
Bab 7. Rumusan Dan Kesimpulan
Related Posts with Thumbnails