Showing posts with label manajmen hati. Show all posts
Showing posts with label manajmen hati. Show all posts

03 November 2012

BIARKAN HATIMU BICARA





BIARKAN HATIMU BICARA
Panduan Mencerdaskan Dada, Hati, Fu’ad, dan Lubb
Al-Hakim al-Tirmidzi
Zaman Kitab Klasik (indo)
RM 23.00, 236 halaman




Sinopsis Buku

"Istafti qalbak, mintalah fatwa pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang menenangkan hati dan keburukan adalah sesuatu yang menggelisahkan hati." –Hadis Nabi

Hati kita adalah sumber cahaya batiniah, inspirasi, kreativitas, dan belas kasih. Seorang mukmin sejati, hatinya hidup, terjaga, dan dilimpahi cahaya.

Jika kata-kata berasal dari hati, ia akan masuk ke dalam hati; jika ia keluar dari lisan, maka ia hanya sampai ke telinga.

Ketika mata hati terbuka, kita dapat melihat kenyataan yang tersembunyi di balik penampakan luar dunia ini. Ketika telinga hati terbuka, kita mampu mendengar kebenaran yang tersembunyi di balik kata-kata yang terucap. Melalui hati yang terbuka, sistem saraf kita dapat menyesuaikan diri dengan sistem saraf orang lain, sehingga kita mengetahui apa yang mereka pikirkan dan bagaimana mereka akan bersikap.

Islam menekankan pentingnya mencerdaskan hati. Seseorang yang hatinya terbuka akan lebih bijaksana, penuh kasih sayang, dan lebih pengertian daripada mereka yang hatinya tertutup.
Buku tipis tapi bergizi tinggi ini mengulas psikologi hati berikut empat lapisannya. Tiap lapisan terhubung dengan salah satu cahaya Allah. Dada (shadr)—lapisan luar—terhubung dengan cahaya Islam, hati (qalb) terhubung dengan cahaya iman, hati-lebih-dalam (fu’âd) terhubung dengan cahaya makrifat, sementara lubuk-hati (lubb) terhubung dengan cahaya tauhid.

Empat lapisan ini juga berkaitan dengan empat kedudukan hamba—muslim, mukmin, ahli makrifat, dan ahli tauhid—dan empat kondisi nafs (jiwa) yang disebutkan dalam Al-Quran: nafs yang memerintahkan keburukan (ammârah bi al-sû’), nafs yang terilhami (mulhamah), nafs yang suka menyesali diri (lawwâmah), dan nafs yang tenteram (muthma’innah).
Selamat menjelajahi semesta kekuatan batin dalam diri Anda dan memaksimalkan kecerdasannya untuk hidup lebih berhasil dan lebih berbahgia.
 

07 July 2012

BINGKISAN MUTIARA


BINGKISAN MUTIARA
(Untuk Menghidupkan Hati Yang Merana)

Imam Assuyuthi
Olahan baru: Syeikh Ali Abdul Rahman Al-Kalantani
Perbaikan bahasa: Muhammad Labib
Tahqiq dan pembetulan: Syed Ahmad Semait
Pustaka Nasional
RM65.00






Merupakan bimbingan seharian untuk mereka yang ingin beramal bakti kepada Allah Ta3ala. Terdapat empat puluh bab yang setiap satu dikupas dengan jelas, lalu diserikan dengan ayatayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dan diakhiri dengan doa.


05 July 2012

DAHSYATNYA SABAR




DAHSYATNYA SABAR
Ahmad Hadi Yasin
Qultum Media (indonesia)
RM 35.00 , 326 hal

# mengelola emosi menjadi prestasi #
# hidup tenang bebas dari ketakutan #
# kisah menakjubkan dari orang-orang yang sabar #




"Sabar di zaman sekarang kuncinya 5T, yaitu :
1. Teguh pada prinsip;
2. Tabah;
3. Tekun;
4. Tidak cepat putus asa;
5. Tahapan menuju syurga
(Dr. Muhammad Syafi'i Antonio M.Ec.; Da'i, Konsultan Perbankan Syari'ah, dan Pimpinan Takzia Group)

"Kita harus sabar, tapi sampai dimana batas kesabaran kita? Ternyata buku ini tidak sekedar menjawabnya, namun kandungan nilai keilmuan yang dilengkapi dengan contoh aplikasinya akan mengantarkan pembaca menemukan mutiara-mutiara sabar dan cahaya sabar yang diungkap dengan bahasa yang ringan, santun, dan mengalir, sehingga membuat buku ini enak dan perlu dibaca."
(Ahmadun Yosi Herfanda; Penulis, Sastrawan dan Redaktur Senior Harian Umum Republika)

"Sabar itu bukan kelemahan, justru sebaliknya, sabar merupakan kekuatan (power). Buku yang amat sangat menggugah ini membuktikan hal tersebut."
(Irwan Kelana; Penulis dan Redaktur Senior Harian Umum Republika)




29 June 2012

NASHOIHUL 'IBAD , IMAM NAWAWI




NASHOIHUL 'IBAD , IMAM NAWAWI
(NASIHAT-NASIHAT AGAMA KEPADA CALON PENGHUNI SYURGA)
Terjemahan : Abu Mazaya al-Hafiz
Jahabersa
RM 59.00 (HC)






Nasihat-nasihat agama dan tuntunan bagi manusia menuju ke hadrat Allah swt.Sangat penting bagi siapa sahaja yang ingin selamat dalam merentasi pelbagai rintangan dan halangan di dunia menuju kehidupan di syurga.





21 June 2012





AD-DAA' WA AD-DAWAA' 
PENYAKIT ROHANI DAN PENYEMBUHANNYA 
Ibnu Qayyim al-Jauziyah
Jahabersa
RM 79.00 (HC)







20 April 2012

MARI KITA TERBANG KE SYURGA





MARI KITA TERBANG KE SYURGA
(terjemahan Minhajul 'Abidin)
Imam al-Ghazali
Penterjemah : Azarita Ahmad
Al-Hidayah
RM 30.00 , 376 hal






Sinopsis

Buku ini adalah adaptasi daripada kitab yang berjudul " Minhajul 'Abidin" nukilan Imam Ghazali rahimahullah. Sesungguhnya buku ini amat bermakna dan sungguh  istimewa. Khususnya bagi semua umat Islam yang mendambakan syurga Allah s.w.t. Buku ini mampu memberi kesedaran kepada kita tentang matlamat sebenar hidup kita di dunia ini iaitu untuk memperhambakan diri kepada Rabbal 'Alamin. Perhambaan yang sejati ini akan melahirkan insan  kamil yang berakhlak mulia, yang tidak melakukan  maksiat serta segala bentuk kemungkaran secara terang mahupun tersembunyi.

Buku 'MARI 'TERBANG KE SYURGA' ini juga dihiasi dengan segala persiapan yang  perlu dimiliki oleh umat Islam untuk mencapai syurga Allah s.w.t. Syurga Allah merupakan anugerah terulung buat umat Islam yang taat dan patuh kcpada segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya. Sesuatu yang amat berharga itu sememangnya amat sukar dikecapi. la memerlukan  pengorbanan, mujahadah dan pengabdian yang tulus kepada Allah s.w.t.

Buku ini juga mengajar kita agar menyintai akhirat serta bersifat zuhud terhadap dunia yang fana. Para pembaca yang dikasihi Allah akan dipimpin untuk menghindarkan segala sifat keji yang  mungkin telah sebati dalam diri masing-masing

Rebutlah peluang keemasan menghayati isi kandungan buku ini jika anda benar-benar inginkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya jiwa kita menjadi resah kerana kehilangan atau tidak dapat mengecapi satu atau dua nikmat dunia yang sementara. Selepas membaca buku ini, anda akan reda dan jiwa akan dapat menerima dengan tenang jika kehilangan orang tersayang atau sesuatu yang sangat amat berharga dalam  hidup kita.






14 April 2012

ZIARAH KE ALAM BARZAKH






ZIARAH KE ALAM BARZAKH
al-Imam Jalaluddin as-Suyuti
Inteam Publishing
RM30.00






Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas ini tampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

Lewat buku ini, Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka.

Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh realiti yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

05 April 2012

KELEBIHAN SELAWAT






KELEBIHAN SELAWAT
Maulana Muhammad Zakariya
Inteam Publishing
RM 24.00






* dengan setiap pembelian buku ini, anda akan mendapat sekeping cd Nur Selawat


Buku Kelebihan Selawat ini merupakan khazanah yang cukup berharga buat umat Islam. Buku hasil tulisan Maulana Muhammad Zakariya yang berasal dari India ini mengandungi penceritaan dan hujah-hujah dari al-Quran dan hadis berkaitan kelebihan-kelebihan berselawat.

Sebilangan besar ahli kalam bersetuju bahawa selawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kecelaan bagi mereka yang tidak berselawat ke Nabi Muhammad SAW apabila nama baginda disebut. Orang yang sedemikian dipanggil orang bakhil, zalim, orang yang dibinasakan dan sebagainya. Antara kelebihan selawat yang disebut di dalam buku ini ialah Allah dan para malaikat menghantarkan rahmat buat orang yang berselawat, darjat mereka ditinggikan di sisiNya serta amalan selawat itu menjadi penebus dosa. Orang yang membaca selawat juga akan dipenuhi dan dicukupkan keperluannya oleh Allah SWT.

Tidak rugi orang yang rajin berselawat. Rasulullah SAW akan memberi syafaatnya kepada mereka yang rajin berselawat. Semoga dengan membawa buku ini, akan menambahkan kecintaan kita kepada Allah dan rasul. Seseorang juga akan terdorong untuk banyak berselawat kerana melihat banyaknya hikmah dan kelebihan daripada amalan yang mulia itu.

Sesungguhnya selawat merupakan ibadah yang sangat dicintai oleh Allah.

25 February 2012

IBADAH TERAPI KEHIDUPAN ORANG-ORANG MUKMIN






IBADAH TERAPI KEHIDUPAN ORANG-ORANG MUKMINUstaz Muhammad Naufal al-Haj
Mulia Terang Sdn Bhd
RM19.00, 230 hal.






Kenapa ada orang yang tetap melanggar hak-hak orang lain, sedangkan dirinya mengetahui dan memahami bahawa melanggar hak-hak orang lain itu perbuatan yang tidak baik dan tidak benar? Jika jawapannya adalah 'terpaksa', yakni dia terpaksa melakukan pelanggaran terhadap hak-hak oang lain tersebut, maka jawapan begini juga masih tetap menimbulkan pertanyaan lagi, iaitu kenapa dia 'tepaksa', atau kenapa 'ada sesuatu yang sanggup memaksa' dirinya untuk melakukan pelanggaran tersebut?

Untuk menjawab akan pertanyaan-pertanyaan tersebut itulah buku ini dihadirkan melalui serangkaian bab yang cuba membahas dan menyelidiki selok belok ibadah, baik ibadah sedar mahupun ibadah bawah sedar. Ada aspek dari ibadah sedar yang tidak disedari di satu sisi, dan ada aspek bawah sedar yang benar-benar tidak disedarkan. Pertanyaan yang akan diuji di sini adalah, apakah iman termasuk ibadah atau ibadah sebahagian dari iman? Apakah ilmu termasuk dalam ibadah ataukah ibadah membenarkan ilmu? Apakah makna 'ibadah' dalam setiap ungkapan yang sering kita ucapkan sebagai 'amal ibadah'?

Dibahagikan kepada 4 Bab utama;

1- Mengapa perlu kita beribadah.
2- Menangani halangan ketika beribadah.
3- Menyelami hakikat ibadah bawah sedar.
4- Teknik mengaktifkan, serta membiasakan diri dengan ibadah bawah sedar.

16 February 2012

KITA TENGGELAM DALAM NAFSU






KITA TENGGELAM DALAM NAFSU
Sofian Resali
Alaf 21
RM 18.00 , 440 hal






“Kita adalah hamba yang punya tanggungjawab untuk mengabdikan seluruh kehidupan kepada-NYA. Namun, ada ketika kita tersasar sehingga ada yang bertuhankan hawa nafsu. Sucikan hati, luruskanlah semula nurani agar pengabdian hidup kita benar-benar bertuhankan Yang Maha Esa. Maka, usah pernah lupakan-NYA kerana DIA sentiasa mengingati kita.”

KITA insan yang tidak sempurna. Tetapi, kita adalah makhluk yang istimewa. Akal fikiran yang dikurniakan mengangkat martabat diri melebihi makhluk lain. ALLAH S.W.T Maha Adil… dorongan nafsu yang berpaksikan as-syaitonirrajim menjadi kayu ukur darjat keimanan yang dimiliki. Andai pernah tersasar ke lorong hitam, masih ada pusingan U demi sebuah tekad untuk berubah.

KITA TENGGELAM DALAM NAFSU menampilkan gugusan pengalaman insan yang pernah melalui jalan kegelapan disebabkan kejahilan diri sendiri. Namun, ada janji-NYA terhadap golongan yang ingin kembali ke jalan keimanan. Ada juga ganjaran-NYA bagi yang mahu bertaubat. Semua itu menjadi lambang betapa DIA tidak pernah melupakan kita. Jadikanlah muhasabah diri yang disulami taubat seikhlas hati sebagai panduan menuju kebahagiaan yang hakiki.

Antara Kandungan Menarik:

# Takdir ALLAH, Saya Di Sini
# Perginya Bagai Satu Tanda
# Kita Lupa Kelemahan Sendiri
# Lalai – Cukuplah Hanya Sesaat
# Soal Hati Hanyalah Urusan ILAHI...
# Jangan Diminta Kematian Itu
# La Tahzan – Lagukan Munajat Cinta
# Kerana ALLAH, Aku Bangkit Kembali
# Biar Miskin Harta Jangan Miskin Iman
# Dendam Itu – Leraikanlah Dengan Kemaafan

29 January 2012

TARBIYAH RUHIYAH ALA TABI'IN






TARBIYAH RUHIYAH ALA TABI'IN
Asyraf Hasan Thabal
AQWAM
RM30.00




“Aku tidak suka mengucapkan satu patah kata pun sebelum aku mempersiapkan jawabannya untuk Allah” (Hatim Al-Asham).


Suatu ketika, Sufyan ats-Tsauri berjumpa dengan Fudhail bin Iyadh. Keduanya saling mengingatkan kemudian menangis. Sufyan berkata; " Aku sangat berharap majlis kita ini menjadi majlis yang paling berbarokah." Fudhail memotong, " Itu kan harapanmu,aku justeru khuatir kalau majlis kita ini menjadi majlis yang paling buruk. Bukankah ketika engkau melihatku, engkau berhias dengan sebaik-baik yang engkau mampu, dan begitu pula aku. Maka, sungguh engkau telah beribadat kepadaku dan aku beribadat kepadamu." Maka, Sufyan menangis keras dan berkata; " Semoga Allah menghidupkanmu sebagaimana engkau telah menghidupkan hatiku."

Siapa yang tidak mengenal Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, Fudhail bin Iyadh, Imam Hasan Al-Bashri. Mereka adalah sebagian dari salah satu generasi terbaik umat (tabi’in). Generasi yang senantiasa mengajarkan untuk selalu menjaga kebersihan hati. Mulai dari ikhlas dalam beramal, mengekang dan mengendalikan hawa nafsu, mengetahui akibat dari dosa, selalu berorientasi akhirat dalam beramal dsb.

Buku ini mengajak pembaca menyelami kehidupan generasi tabi’in dalam mendidik ruhiyah mereka. Sebuah tarbiyah jiwa yang menggetarkan, yang melahirkan generasi yang unik dan tidak didapatkan di sekolah mana pun.

Mari kita menjalani tarbiyah ruhiyah ini bersama generasi tabi’in pilihan!

05 January 2012

PENAWAR BAGI HATI






PENAWAR BAGI HATI
Penyusun:Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili
Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
RM28.00





Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”

Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.


14 November 2011

HIBURAN ORANG-ORANG SHALIH





HIBURAN ORANG-ORANG SHALIH
Muhammad Amin al-Jundi
Pustaka Arafah
RM65.00 , 384 hal; hard cover
Judul asal : Mi'atu Qishshatin Wa Qishshah Fi Anisi Ash-Shalihin Wa Samiri Al-Mutaqqin


Ada seorang laki-laki tinggal di sebuah rumah sewaan. Kayu atapnya telah usang dan rusak. Atapnya banyak yang hancur. Ketika pemilik rumah datang meminta uang sewa, maka si penyewa berkata, “Perbaiki dahulu atap ini, karena sudah rusak.” Dia menjawab, “Jangan khawatir. Tidak apa-apa kok. Atap itu sedang bertasbih kepada Allah swt.” Si penyewa menimpali, “Saya khawatir kalau atapnya punya rasa khasyyah (takut kepada Allah), lantas dia bersujud.”

Al-Ashmu‘i mengisahkan, “Saya pernah masuk ke daerah pedalaman. Ternyata ada seorang perempuan cantik yang mempunyai suami jelek. Lalu saya bertanya kepadanya, “Bagaimana kamu bisa merelakan dirimu dimiliki oleh orang seperti ini?” Dia menjawab, “Coba dengarkan! Barangkali dia berbuat baik dalam hubungan antara dirinya dengan Allah swt, sang Penciptanya. Sehingga Allah swt menjadikan diriku sebagai pahalanya. Dan barangkali aku berbuat tidak baik, sehingga Allah swt menjadikannya sebagai siksa bagiku.”

Ada orang yang bodoh—dia ingin menghindari ghibah (menggunjing)—ditanya, “Bagaimana pendapatmu tentang Iblis?” Dia menjawab, “Saya sering mendengar pembicaraan mengenai Iblis. Allah yang Maha Mengetahui rahasia Iblis.” (dia tidak mau membahas iblis, karena takut menggunjingnya).

-Kisah di atas hanya sebagian kecil dari kisah-kisah segar dalam buku ini. Selain meringankan beban pikiran Anda karena bosan, kisah-kisah dalam buku ini juga membuat Anda tersenyum, karena sudah diseleksi, sehingga benar-benar segar, penuh hikmah dan dapat dipertanggungjawabkan keotentikannya.-

02 November 2011

MEMBUMIKAN RAHMAT ALLAH




MEMBUMIKAN RAHMAT ALLAH
Ustaz Yusuf Mansur
Zikrul - wisatahati
RM33.00 , HC


sebuah refleksi untuk kebangkitan negeri


sebuah negeri yang berjalan dengan permasalahan adalah suatu yang wajar.akan tetapi, bila tenggelam dalam permasalahan yang terus-menerus, itulah yang tidak wajar.

ini adalah peringatan berupa musibah dan bencana yang diberikan Allah agar mengingat dan merindukan rahmat-Nya kembali.

oleh kerana itu, merubah diri menuju kepada ketaqwaan adalah sebuah solusi agar Allah Robbul 3alamin, Tuhan Pemilik alam ini melimpahkan berkah kepada negeri kita. kerana hanya kepada-Nya lah kita berharap.

" jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami)itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya." QS.al-A3rof:96

dalam buku ini, ust. Yusuf Mansur mengajak kita untuk memperbaiki diri sebagai kunci utama memperbaiki kondisi bangsa ini. perubahan diri sebagai elemen penggerak perubahan seluruh komponen bangsa. hingga Allah pun tersenyum, para malaikat akan memohonkan ampun, dan mendo3akan kita agar segera mendapatkan rahmat Allah serta terhindar dari segala bencana, segala azab, hingga berbuah kemakmuran dan kesejahteraan bagi bangsa ini.

lebih jauh, ust Yusuf Mansur berusaha memberikan nasihat serta memberikan untaian-untaian hikmah agar kita khususnya dan bangsa ini pada umumnya dapat keluar dari keterpurukan yang berpanjangan.

13 July 2011

BEDUK DIKETUK





BEDUK DIKETUK
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Telaga Biru
RM26.00



Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan.

Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.




Dum! Dum! Dum! Dummmm…
Apabila beduk diketuk, pasti ada satu berita yang penting. Ia adalah medium pemberitahuan tentang kebaikan, keburukan atau amaran bahaya. Sejak dahulu, masyarakat Melayu mengetuk beduk untuk memberitahu bahawa waktu solat telah masuk, ada berita kematian atau musuh yang telah menyerang kampung. Tegasnya, apabila beduk diketuk pasti ada pengumuman penting dan segera untuk dimaklumi dan diambil tindakan. Maka itulah perumpamaan mesej-mesej yang hendak disampaikan dalam buku ‘Beduk Diketuk’ ini. Ia adalah satu yang penting untuk difahami dan perlu segera diamalkan. Umat Islam yang sedang alpa ini, perlu dikejutkan agar tidak terus dibius dan disembelih oleh musuh-musuhnya.



(Petikan dari halaman blog penulis, Ustaz Pahrol
Juoi)




14 April 2011

HAKIKAT RUKUN







HAKIKAT RUKUN
Profesor Dr. Sidek Baba
Alaf 21
RM 10.00, 240 hal







RUKUN IMAN adalah ilmu yang diturunkan ALLAH sebagai satu konsep pengakuan seseorang Muslim agar percaya kepada perkara-perkara ghaib. Rukun Islam pula menjadi jalan dan kaedah untuk manusia menunjukkan sifat taat, tunduk, patuh dan akur kepada perintah ALLAH. Semua perintah ALLAH ini bertujuan memelihara akhlak manusia dan mempunyai hikmah yang besar terhadap kehidupan manusia.

Kehadiran buku ini diandaikan tepat pada masanya kerana isi kandungannya membincangkan topik berkaitan kepentingan rukun-rukun tersebut dan impaknya kepada kehidupan manusia.

Pembacaan naskhah ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan kita kepada kuasa ALLAH. Kupasan menyeluruh dalam buku ini tentang setiap pecahan rukun yang menjadi tunjang ketakwaan kita, pasti dapat membuka mata dan minda kita dengan hakikat kejadian manusia.

19 March 2011

PENENANG JIWA

klik sini untuk lihat senarai buku2 terpilih dengan potongan 15%




PENENANG JIWA - PENGUBATAN DAN RAWATAN
Imam Al-Ghazali
Thinker's Library
RM 24.00, 438 hal



Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah utk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Alah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.

Dia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.

# mengandungi 111 BAB.
# merupakan terjemahan kitab 'MUKASYAFATUL QULUB' karangan Imam Al-Ghazali

18 March 2011

PENDIDIKAN SPIRITUAL

klik sini untuk lihat senarai buku2 terpilih dengan potongan 15%




PENDIDIKAN SPIRITUAL
Syeikh Sa'id Hawwa
Mutiara Ilmu Selekta
RM 45.00

~Rujukan Lengkap Tarbiyah Ruhiyah Menggapai Cinta Ilahi~


Siri buku ini terdiri dari tiga buah buku, iaitu:
(1) Buku Tarbiyatuna al-Ruhiyyah (Pendidikan Spiritual), yakni buku yang sedang anda baca
(2) Buku al-Mustakhlash fi Tazkiyyat al-Anfus (Buku Ringkasan Tentang Penyucian Jiwa
(3) Buku Mudzakirat fi Mandzil as-Shiddiqin wa al - Rabaniyyin (Bagaimana Mencapai Derjat Siddiqin dan Rabbaniyyin).

06 December 2010

MENGAPA ALLAH MENJADIKANKU MISKIN?



MENGAPA ALLAH MENJADIKANKU MISKIN?
Imam Musbikin
Penterjemah: Izzah Mukhtar
al-Hidayah
RM15.00 , 270 hal



Terapi Hati Menyelamatkan Iman dan Jiwa dari Kemelut Kemiskinan

“Ya Allah, hidupkanlah aku sebagai orang miskin,
matikanlah aku sebagai orang miskin,
dan bangkitkanlah aku kelak di hari kiamat
bersama kelompok orang-orang miskin pula.”
(Doa Baginda Rasulullah Saw.)


Sungguh sama sekali tidak ringan hidup sebagai orang miskin. Perut kelaparan, tubuh kepanasan dan kedinginan, bahkan jika turun hujan bisa menggigil kebasahan. Sementara kala mata melirik ke sekitar, masya Allah, deretan gedung-gedung pencakar langit, kenderaan-kenderaan berkilat, amat sangat nikmat sekali!

30 November 2010

WASIAT-WASIAT IBNU ARABI




WASIAT-WASIAT IBNU ARABI
Pustaka Hidayah






Abu bakr Muhammad Ibn Arabi adalah seorang sufi yang berasal dari keluarga Hatim ath-Tha'I. Ia dilahirkan di Murcia, Andalusia (Spanyol) pada 1165 M dan wafat pada 1240 di Damaskus.

Yang ada di tangan pembaca ini adalah bagian-bagian yang dinukil dari al-Futuhat al-Makkiyah yang sering disebut-sebut sebagai suatu ensiklopedia tasawuf. Bagian-bagian yang mengandung nasihat dan wasiat beliau dikumpulkan, dibukukan, dan diberi judul al-Washaya li Ibn al-Arabi (wasiat-wasiat Ibn Arabi). Buku ini berisi 200 wasiat berbagai aspek kehidupan yang amat bermanfaat bagi kita.
Related Posts with Thumbnails