Showing posts with label fiqh. Show all posts
Showing posts with label fiqh. Show all posts
02 July 2012
HUKUM FIKIH SEPUTAR AL-QURAN
HUKUM FIKIH SEPUTAR AL-QURAN (200 PERSOALAN KHILAFIYAH BERIKUT TARJIHNYA)
Dr. Ahmad Salim
Ummul Qura (indonesia)
RM45.00
Sinopsis :
1- Bolehkah orang yang berhadats membaca atau membawa mushaf Al-Qur’an
2- Bagaimana hukum membacakan Al-Qur’an untuk orang yang sekarat atau yang sudah meninggal?
3- Apakah pahalanya sampai?
4- Bolehkah menuliskan atau menggantung tulisan ayat-ayat Al-Qur’an?
Tak dapat disangkal bahwa hukum fikih tentang Al-Qur’an sedemikian banyak. Dengan keseriusan dan kapasitasnya sebagai seorang doktor ilmu syariah, penulis berhasil menghimpun dan menjabarkan hukum-hukum fikih seputar Al-Qur’an dengan komplit. Setelah membaca buku ini, dijamin pembaca akan menemukan banyak wawasan baru tentang Al-Qur’an dan hukum-hukum yang terkait. Nilai lebih buku ini semakin bertambah dengan pemilihan pendapat yang sahih terhadap perbedaan pendapat para ulama.
13 June 2012
FIQH SOLAT EMPAT MAZHAB
Menurut al-Quran dan Hadis
Abdul Qadir ar-Rahbawi
penterjemah : Nabilah Abd Jalil
al-Hidayah
RM 25.00 ,
Dalam menunaikan ibadah ini terdapat perbezaan bacaan atau perbuatan antara empat mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun ia hanya melibatkan perkara-perkara kecil dan cabang sahaja. Perbezaan pendapat ini tidak berkaitan langsung dengan urusan akidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan pandangan dalam hal-hal cabang ini adalah kerana berbezanya tafsiran dalil dan anggapan terhadap kekuatan dalil hadisnya.
Perbezaan ini sering menjadi pertanyaan dalam solat berjemaah terutama bagi makmum yang mengikut imam yang berbeza pendapat mazhabnya. Namun ini bukanlah halangan untuk kita menunaikan solat berjemaah kerana kelebihan serta fadilat solat berjemaah itu amat besar dan amat ditekankan oleh Islam Dan Nabi Muhammad S.A.W..
05 January 2012
FIQAH MUALLAF

FIQAH MUALLAF ; ANTARA TUNTUTAN DAN KEUTAMAAN
Ustaz Mohamad Nidzam Abd. Kadir
Telaga Biru Sdn Bhd
RM20.00, 184 hal
Buku Fiqah Muallaf ini mencungkil secara detail dan terperinci masalah yang dihadapi oleh para muallaf serta mencadangkan jalan penyelesaian terutama yang berkaitan dengan hokum fiqah dan amalan seharian. Buku ini bukan sahaja sangat bermanfaat kepada para muallaf untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka malah amat bermanfaat bagi seluruh umat Islam untuk melihat betapa mudahnya ajaran agama Islam itu dan sekali-kali tidak pernah memberati umatnya. Sesungguhnya muallaf merupakan golongan yang sangat bertuah kerana mereka diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengenali Islam dan menerima petunjuk dan hidayah daripada-Nya. Hal ini kerana telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh muallaf demi agama Allah.
KANDUNGAN
BAB 1: Fiqah Kepercaayaan
BAB 2: Fiqah Menganut Islam
BAB 3: Fiqah Akidah
BAB 4: Fiqah Solat
BAB 5: Fiqah Puasa
BAB 6: Fiqah Zakat
BAB 7: Fiqah Hubungan Antara Anak Muslim Dengan Ibu Bapa Yang Bukan Muslim
BAB 8: Fiqah Kematian
BAB 9: Fiqah Hubungan Suami Isteri
BAB 10: Fiqah Al-Quran Dan Ilmu Pengajian
BAB 11: Fiqah Harta Pusaka
BAB 12: Fiqah Berpakaian
BAB 13: Sejarah Silam
BAB 14: Kefahaman Fiqah Awlawiyyat (Keutamaan)
BAB 15: Kesimpulan
17 December 2010
TRANFORMASI FEKAH SEMASA

TRANFORMASI FEKAH SEMASA
Dr. Mahmood Zuhdi
PTS Islamika
RM22.50 ,
sinopsis:
Keperluan pada transformasi hukum Islam bagi menjawab persoalan hidup semasa dalam masyarakat Islam hari ini sangat dirasakan. Di bawah pengaruh dunia baru dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini telah berubah. Ringkasnya, pemikiran hukum Islam semasa merupakan perkara teras dalam pengajian Syariah. Ia bukan sahaja diperlukan pada hari ini tetapi juga sentiasa subur dalam proses ijtihad sejak dari zaman Rasulullah SAW sampailah ke hari ini.
FASAL PERTAMA : MENANGANI PEMIKIRAN HUKUM ISLAM SEMASA
FASAL KEDUA : PANDANGAN AL-QARADHAWI TENTANG IJTIHAD KONTEMPORARI
FASAL KETIGA : IJTIHAD DAN FATWA SEMASA
FASAL KEEMPAT : KEPERLUAN KEPADA PENYELIDIKAN ILMIAH DALAM MENENTUKAN HUKUM ISLAM SEMASA
FASAL KELIMA : KEPENTINGAN PENYELIDIKAN DALAM PENGELUARAN FATWA
FASAL KEENAM : KEPERLUAN KEPADA IJTIHAD DALAM MENENTUKAN HUKUM ISLAM SEMASA
FASAL KETUJUH : KEPERLUAN KEPADA ISLAH DALAM PEMBINAAN FIQH SEMASA
FASAL KELAPAN : PENGARUH TIMBAL BALIK ANTARA HUKUM DAN BUDAYA PENDAHULUAN PERLAKUAN MANUSIA SEBAGAI SUBJEK
FASAL KESEMBILAN : FIQH KEUTAMAAN DAN KESANNYA DALAM IJTIHAD DAN FATWA MASA KINI
FASAL KESEPULUH : IJTIHAD DAN CABARAN GLOBALISASI
FASAL KESEBELAS : HUKUM ISLAM SEMASA DI MALAYSIA:PROSPEK DAN CABARAN
FASAL KEDUA BELAS : FATWA DAN ISU SEMASA: MASALAH DAN CABARAN DI MALAYSIA
FASAL KETIGA BELAS : IJTIHAD DAN FATWA DI ABAD KE DUA PULUH SATU: KEPERLUAN KEPADA FIQH SEMASA BEROREANTASIKAN TEMPATAN
FASAL KEEMPAT BELAS : KEARAH PEMBENTUKAN FIQH MALAYSIA
02 November 2010
FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM

FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM
Mohammad Nidzam Abd. Kadir
Telaga Biru
RM20
Buku “Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim” ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta hadis sahih.
KENAPA ANDA PERLU BACA BUKU INI
#Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam.
#Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi.
#Mengutarakan contoh permasalahan semasa.
#Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman
beli di sini:stormreaders/pondok
28 October 2010
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT (HC)
Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen
Telaga Biru
RM 55.00
Sebuah buku Panduan Fardhu Ain LENGKAP BERGAMBAR
Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Mengandungi 7 bab
Bab 1 - Syariat Kelahiran
Bab 2- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bab 3- Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 - Fardhu Ain Asas
Bab 5- Munakahat
Bab 6- Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7- Syariah Sunnah Sepanjang Masa
Disertakan juga sebagai bonus, beberapa jenis doa, zikir dan amalan untuk mengubati penyakit yang menjadi amalan Al-Fadhil Ust Ismail Kamus yang diajar kepada perawat-perawat Darussalam. Juga doa2 amalan harian dalam kehidupan seharian.
dapatkan buku ini di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)