Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

04 May 2009

MENANGKIS PENCEMARAN TERHADAP AGAMA DAN TOKOH-TOKOHNYA


MENANGKIS PENCEMARAN TERHADAP AGAMA DAN TOKOH-TOKOHNYA
Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin
Karya Bestari
RM 8.50


Buku ini cuba membersihkan maklumat-maklumat salah mengenai Islam yang terdiri daripada hadith-hadith yang palsu dan riwayat-riwayat yang tertolak. Ia datang daripada pelbagai sumber, seperti para penceramah yang tidak memegang disiplin ilmu, buku-buku sufi, maulid, sirah, Syiah dan riwayat Israiliyat.

Demikian juga maklumat-maklumat salah mengenai tokoh-tokoh umt, seperti para sahabat, khalifah dan ulama. Garis panduan mengelakkan kita terjerumus dalam kesilapan fakta juga dijelaskan oleh penulis.

Mudah-mudahan buku ini dapat menjadi langkah mencegah kesalahan pelbagai fakta agama yang tersebar begitu meluas. Adalah dicadangkan, terutama mereka yang ingin memahami disiplin ilmu Islam atau menyampaikan maklumat Islam kepada orang lain agar membaca buku ini.

01 November 2008

MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA


MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA
Dr. Asri Zainal Abidin
Utusan Publications
RM 35.00,


sinopsis
Buku ini merupakan sebahagian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam kolum tetap belaiu "Peranan Mufti" di Mingguan Malaysia yang bermula sejak 11 Mac 2007. Tulisan-tulisan beliau saban minggu telah menarik perhatian setiap lapisan masyarakat dalam negara ini daripada peringkat atasan sehingga rakyat bawahan. Hal ini kerana pemikiran perubahan yang segar lagi berani disajikan menerusi rencana-rencana tersebut secara mantap mempengaruhi minda pembaca. Ia membawa pembaca melihat sesuatu daripada dimensi yang luas dan pelbagai. Namun, apa yang menjadi kekuatan tulisan-tulisan tersebut ialah teras dan kaedah penghujahan yang dikemukakan. Sehingga banyak yang diketengahkan itu menjadi bahan perbincangan di segenap lapisan masyarakat. Walaupun kadangkala terdapar pro dan kontra, tetapi akhirnya ramai yang akur kebernasan hujah dan pemikiran yang ditampilkan.

stok : 1

14 May 2008

RAHSIA ISLAM DI CHINA


RAHSIA ISLAM DI CHINA:
GEMILANG DI SEBALIK TEMBOK BESAR
Ann Wan Seng
Pts Islamika
RM23.00

ISLAM DAN DEMOKRASI


ISLAM DAN DEMOKRASI
Abdul Hadi Awang
Pts Islamika
RM 18.00

13 April 2008

IBADAH PEMBINA TAMADUN ISLAM

IBADAH PEMBINA TAMADUN ISLAM
Dato' Dr. Haron Din
PTS Millennia
RM 16.00 , 128 hal

sinopsis;

Buku ini menerangkan Islam sebagai cara hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai cara hidup? Apakah kita sudah menjadikan Islam sebagai cara hidup? Buku ini juga membicarakan berkenaan rukun Islam secara mudah difahami, sesuai bagi semua golongan, bemula daripada syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Siapakah saya? Dari manakah saya datang? Siapakah yang menciptakan saya? Mengapa saya diciptakan? Apakah peranan saya di dunia ini? Apakah pula misi dan visi saya dalam kehidupan ini? Apakah kesudahan selepas kewujudan saya ini? Ke manakah saya selepas mati? Ini adalah persoalan yang wajib dijawab oleh setiap manusia yang hidup di dunia. Manusia diciptakan Allah dengan matlamat tertentu. Matlamat itu dinyatakan dalam surah al-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud, ?Dan tiadalah aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka memperhambakan diri kepadaku.? Ayat ini menjelaskan matlamat penciptaan manusia iaitu beribadah kepada Allah. Lalu, ramai yang mempersoalkan, bagaimana dengan manusia itu sendiri? Sekiranya matlamat penciptaan manusia adalah untuk beribadah, maka jangan pula diberikan akal dan nafsu kepada manusia. Tanpa akal dan nafsu, manusia mampu patuh tetapi dengan akal dan nafsu, manusia juga perlu fikirkan kepentingan dirinya sendiri. Inilah yang cuba saya perincikan di dalam buku ini. Ramai yang keliru dengan menganggap ibadah adalah bagi Allah. Ramai juga yang keliru, ibadah hanyalah solat, zakat, puasa, haji dan segala aspek ritual yang tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian. Sebenarnya, ibadah adalah untuk manusia yang beribadah itu sendiri. Allah tidak memerlukan ibadah kita tetapi kita beribadah demi kepentingan dan kebahagiaan diri kita di dunia dan akhirat. Ibadah yang kita lakukan tidak pernah menambah ataupun mengurangkan kehebatan Allah. Ia sepenuhnya untuk diri kita sendiri. Ruang lingkup ibadah dalam Islam juga luas. Oleh kerana manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah, maka sudah tentu dalam Islam, seluruh kegiatan manusia adalah ibadah kepada Allah. Asalkan ia diniatkan untuk Allah, maka segala-galanya menjadi ibadah. Cara fikir seumpama inilah yang masih kurang dalam masyarakat dan dengan penerbitan buku ini, saya berdoa semoga ia berupaya menjadi penyumbang dalam membetulkan semula pandangan Muslim berkenaan konsep ibadah dalam kehidupan. Saya sentiasa berdoa semoga usaha kecil ini dapat membantu dalam memberatkan timbangan amal saya sewaktu menghadap Allah di padang mahsyar nanti. Semoga saya juga berupaya menjadikan seluruh hidup yang singkat ini menjadi ibadah berpanjangan. Akhirnya kepada Allah juga kita memohon taufik dan hidayahnya.

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Bab 1:Ada Apa dengan Manusia
Pendahuluan, Islam adalah Cara Hidup Manusia yang Didatangkan daripada Allah
Bab 2:Islam Agama yang Terakhir, Pengkajian Islam
Bab 3:Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Bab 4:Sembahyang Lima Waktu
Bab 5:Pembahagian Zakat dan Kepentingannya
Bab 6:Puasa
Bab 7:Haji dan Umrah
Bab 8:Sifat-sifat yang Disukai Islam, Berkorban kerana Agama

RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA

RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA
Dato' Dr. Haron Din
PTS Millennia
RM 16.50 , 160 hal

sinopsis;

Manusia mungkin dapat dipisahkan daripada bidang ilmu ataupun pemikiran. Malahan manusia dapat dipisahkan daripada agama dan kepercayaan. Tetapi manusia tidak dapat dipisahkan daripada akhlak dan moral. Manusia tidak dapat dipisahkan daripada akhlak walaupun sedikit daripada umurnya. Setiap perbuatan, tingkah laku ataupun tindakan yang diambil oleh seseorang itu tidak terlepas daripada hukuman baik ataupun tidak sama ada ia disedari ataupun tidak.

KEADILAN MEMBEBASKAN MANUSIA

KEADILAN MEMBEBASKAN MANUSIA
Dato' Dr Haron Din
PTS Millennia
RM 16.00 ,144 hal

sinopsis;

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan jangan pula kamu melampau-lampau. Ssesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (wahai Muhammad), siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkannya untuk hamba-hambanya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakannya? Katakanlah, semuanya itu adalah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia (nikmat-nikmat itu pula)lah kami jelaskan ayat-ayat keterangan kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui." (al-A'raf, ayat 31-32)

ADA APA DENGAN ISLAM

ADA APA DENGAN ISLAM
Dato' Dr Haron Din
PTS Millennia
RM 17.00 , 176 hal

sinopsis;

Islam itu Indah. Islam itu fitrah. Kenali ia, Cintai ia. Walaupun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan mengenai erti dan tujuan hidup manusia. Ia hanya dapat dijawab oleh agama.

Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak dahulu hingga kini, walaupun di mana sahaja manusia berada pasti memerlukan agama. Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah. Kesannya, jiwa mereka kosong. Hidup mereka tiada pedoman dan panduan.

Oleh kerana itu, Allah menurunkan agama kepada manusia bagi dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi. Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.

Buku ini memfokuskan aspek pengembangan ilmu berkaitan pandangan Islam sebenar dengan kesedaran yang ilmu ini adalah aspek penting dalam memastikan masyarakat Islam terus maju dan cemerlang. Perkara-perkara dasar dalam Islam perlu sentiasa diulang kaji supaya ia terus mengukuhkan pendirian kita pada pegangan agama. Justeru, saya berusaha dalam memastikan dasar-dasar ajaran Islam diperjelaskan secara komprehensif di dalam buku ini. Ini termasuk rukun iman yang merupakan perkara paling asas bagi seorang Muslim. Jangan sekali-kali kita memandang ringan kepentingan rukun iman ini kerana ia berupaya menjulang seorang manusia tinggi ke langit mengatasi kemuliaan malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mendapatkan jawapan, ?Ada apa dengan Islam?? Saya berusaha memberikan yang terbaik namun hanya Allah yang berupaya melakukan yang terbaik. Oleh itu, ini sahaja yang mampu saya usahakan daripada ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya yang pastinya sedikit. Namun, daripada yang sedikit itulah, saya berusaha menyebarkannya kepada manusia seluruhnya. Semoga mereka mendapat mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Allah sahaja yang maha mengetahui dan kepada Allah jua kita memohon taufik dan hidayah.
Related Posts with Thumbnails