Showing posts with label novel kehidupan. Show all posts
Showing posts with label novel kehidupan. Show all posts

12 June 2009

ZIKIR RINDU


ZIKIR RINDU
Azizi Abdullah
Alaf 21
RM10.00



“SUDAH puluhan novel saya hasilkan, tetapi hati ini masih terasa kekurangan. Masih lagi tidak terasa nikmat bercinta, rindu dan kasih sayang. Jiwa tetap terlohong. Tiba-tiba, dengan ZIKIR RINDU ini, saya mula merasainya. Adakah perasaan ini bagaikan ilusi? Tidak! Bagaikan halimunan malam? Juga tidak! Tetapi ia adalah satu realiti hidup... agar anda dengan penuh rasa tanggungjawab bisa memahami gelodak rasa seorang tua dalam mencari erti kasih abadi...”

AZIZI ABDULLAH, penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007 ini mengajak anda berkongsi rasa, bertingkah kata dalam karya terbarunya ini. Novel ini memaparkan runtunan perasaan seorang tua, yang tiba-tiba diminati oleh seorang perempuan muda. Inilah yang anehnya dan aneh inilah yang dirasai oleh `aku’. Hal ini ditokok pula dengan gambaran bagaimana tekanan seorang isteri jika keseorangan menghadapi suami yang terlantar sakit.

ZIKIR RINDU... menjelajah erti sebuah kehidupan dan memahami betapa luasnya erti sebuah kasih. Cinta adalah fleksibel, tetapi kasih sayang adalah kesetiaan dan abadi. Ia adalah hak semua. Hayatilah `aku’ dengan penuh khusyuk agar anda dapat memahami mesej tersirat di sebalik kisah tersurat.

15 July 2008

SETEGUH FIKRAH SALEHA


SETEGUH FIKRAH SALEHA
Aminah Mokhtar
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 23.00 , 416 halaman

sinopsis;

Sebuah inspirasi bagi membina keyakinan dan kehebatan diri dalam erti yang sebenar.

29 May 2008

SYABAB MUSAFIR KASIH


BARU! RM 22.90

DARI FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN, penulis buku TAUTAN HATI

SYABAB,
lahirmu bagaikan tak berharga, kau anak desa, yatim tak berbapa,
kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
dalam keliru kau mencari identiti diri,
ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
cabaran berterusan berbuah kematangan.

Wahai SYABAB,
ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
semangatmu bak api marak menyala,
kau pemuda harapan, sinar menantimu di hadapan,
bebaskanlah pemuda, dari belenggu kejahilan,
kau mampu berlari kencang, mencipta gelombang,
Ayuh, SYABAB!

Ayuh! Kau pemuda,
gagah bertenaga,
kreatif berwibawa,
bangkitlah membela!

28 April 2008

PERJALANAN MAISHARAH

PERJALANAN MAISHARAH
Noraini Osman
Cerdik Publications
RM 17.90, 405 hal

sinopsis
'dia menolak cinta itu
kerana bukan masanya untuk mengecapinya,
lelaki itu menagih kasihnya lagi,
tapi layakkah dia untuknya? '


" Hidup kalau mahu berjaya, bukan semudah yang kita hadapi. Bukan hidup namanya kalau diselaputi kesenangan dunia. Dunia hidup kita harus ada pasang surutnya. Hidup ini perlu diisi dengan jurusan dan matlamat, nak! Mengejar matlamat pula perlu berlari, bukan berjalan. Berlari pula perlu selingkar kesungguhan. Mencapai matlamat itu kejayaan. Kejayaan lambang keunggulan..."

06 April 2008

NAMUN KU PUNYA HATI

NAMUN KU PUNYA HATI
Zalisa Maz
Pts Fortuna
RM 27.00 , 432 hal

sinopsis

Namun Kupunya Hati menyelami kisah Puteri yang tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Cita-citanya bagi menjejakkan kaki ke menara gading musnah apabila dia dipaksa berhenti sekolah oleh ayahnya pada usia yang muda. Mengapa Puteri sering dianiaya dan disisihkan oleh ayahnya? Adakah Puteri anak angkat? Apakah kesudahan kehidupan Puteri yang sering berendam air mata sejak kecil? Novel Inspirasi, Namun Kupunya Hati, menyingkap segalanya.

" Ayah, walaupun aku bukan puteri di hatimu,
tetapi... akulah puterimu."
' Tuhanku... aku sudah memaafkan ayah. Seboleh2nya aku tidak mahu tidak mahu berfikir tentang hal itu lagi, tetapi hati ini terlalu lemah. Bisikan2 kecewa tetap mendesak2 hatiku.
Wahai diri, cukuplah mengeluh. Terimalah sepenuh jiwamu ketentuan Tuhan yang sudah tertulis untukmu. Redalah... seburuk2 takdir yang tertimpa ke atas bahu manusia, DIA lebih tahu kebaikan yang tersirat di sebaliknya.

05 April 2008

NALURI HIDAYAH

NALURI HIDAYAH
Sarimah Alit
DBP
RM 20.00

sinopsis

Meniti jalan-jalan perjuangan bukanlah sesuatu yang mudah. Hidayah, srikandi gigih lagi berani merentas batas budaya dan resam zamannya. Jiwanya tegar mendepani segala kemungkinan getir demi mencapai hasratnya untuk membentuk masa hadapan yang lebih bermakna. Hidayah, citra pemikiran baru dalam membela nasib wanita dan bangsanya. Hati Abang Aidil, cinta Andrian menggugah diri tapi kejujuran membenarkan nalurinya."

25 March 2008

JALAN JAUH KE KAMPUS


JALAN JAUH KE KAMPUS
Ida Rizyani Tahir
Pts Fortuna
RM 21.00 , 336 hal

sinopsis

Jalan Jauh ke Kampus mengisahkan kegigihan Farid bagi mencapai cita-citanya bergelar hafiz al-Quran. Walaupun menghadapi ujian besar dengan kematian ahli keluarga secara berturutan, Farid berjaya bergelar hafiz. Langkahnya tidak terhenti di situ. Dia mahu membuktikan yang hafiz juga boleh hidup seperti orang lain.

23 March 2008

SEINDAH DAFODIL

SEINDAH DAFODIL
UMI KALTHUM
PTS
RM 25.00
352 MUKA SURAT

Insyirah melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mengambil jurusan perubatan di sana. Berjauhan dengan keluarga serta sanak saudara tidak menghalang Insyirah merealisasikan impiannya menjadi doktor. Dia begitu menjaga adab-adab ketimuran termasuk cara berpakaian dan adab pergaulan walaupun tinggal di luar negara. Agama menjadi pegangan utama sepanjang hidup di perantauan. Rakan serumah dan teman sekuliah menceriakan lagi kehidupannya walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Namun, percintaan sejatinya dengan Ilham Budi mendapat tentangan hanya kerana jejaka itu bukan keturunan Syed.

21 February 2008

MEMELUK GERHANA

Memeluk Gerhana
Isa Kamari - Penerima S.E.A Write Award 2006
RM21.90
Muka Surat : 480

Zaman kanak-kanak... kita merasa dengan kaki dan tangan. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula?

Inilah kisahku, anak muda berumur dua puluh satu tahun. Ilham Sidek. Anak kampung Tawakal. Pelajar Raffles Institution. Tahanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri... Aku utuskan doa kepada ayah dan ibu. Aku rindukan Syakila, kulitnya yang cerah, matanya yang jernih... tawanya yang riang serta hatinya yang teguh dan ikhlas. Kata-kata hikmah Syakila kepadaku menjelma lagi dalam ingatan. 'Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh...yang sukar tertempuh oleh manusia biasa.'

'Inilah warkahku dari perut bumi. Entah berapa lama lagi aku terpaksa memeluk gerhana ini.'
Related Posts with Thumbnails