Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

15 January 2012

ISU-ISU GENDER ; PERSPEKTIF ULAMA AL-AZHAR







ISU-ISU GENDER ; PERSPEKTIF ULAMA AL-AZHAR
Zulkifli Haji Mohd Yusoff (PhD) & Aunur Rafiq (MA)
Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION
RM 15.00






PERSOALAN GENDER merupakan antara persoalan yang sukar dikupas. Kesukarannya bukan disebabkan kepayahan yang melingkari permasalahan tersebut, tetapi berpunca dari sensitiviti masyarakat terhadapnya. Terdapat perbincangan yang bersikap berat sebelah dengan meletakkan segala kelebihan berpihak kepada kaum lelaki. Pada masa yang sama wujudnya persepsi, sama ada di kalangan sebahagian kecil umat Islam, mahupun sebahagian kalangan non-Muslim, bahawa ajaran-ajaran yang terdapat di dalam Islam cenderung dilihat mendiskriminasikan kaum wanita, seoalah-olah ajaran Islam selalu berpihak kepada kaum lelaki. Tambahan pula, dengan semakin ramai orang yang bercakap mengenai Islam dan mewakili pihak Islam, maka semakin kompleks pula persoalan gender ini.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila dicanang pendapat "nas Al-Qur'an mungkin satu tetapi tafsiran terhadapnya boleh beribu. Nas Al-Sunnah mungkin sahih, tetapi tafsirannya boleh berbagai..."

Buku ini cuba mencari jalan keluar terhadap persoalan ini. Perbincangannya bermula dengan menyingkap peranan wanita dalam paradigma feminisme Barat dan Tradisi Islam. Selanjutnya dikemukakan bagaimana Islam melihat persoalan-persoala ini dengan nilai keadilan gender. Malah, perbincangan para sarjana Muslim yang tersohor tentang topik gender turut dimuatkan dalam buku ini. Ada empat tokoh besar yang ditelusuri oleh penulis tentang minda mereka mengenai pemikiran gender di Mesir dan perkembangan di al-Azhar.

Tiga isu yang sering menjadi perbincangan mengenai gender "panas" telah juga dikutip dan dibentangkan. Isu poligami, hak cerai isteri dan kepimpinan rumahtangga dikupas dalam buku ini. Di sini para pembaca akan dapat melihat bagaimana para ulama berfikir. Usaha penulis bukan untuk menzahirkan kontradiksi antara sesama mereka tetapi untuk menunjukkan bagaimana perbincangan yang sihat sepatutnya berlaku dalam masyarakat umat Islam dalam menangani permasalahan yang sensitif seperti ini.

02 August 2009

WANITA DAN PENELANJANGAN SYAITAN


WANITA DAN PENELANJANGAN SYAITAN
terjemahan buku 'at-ta3risy syaitoni'

3adnan at-Tarsyah
penterjemah : Arifin Ladari
Khazanah Intelektual/ Jasmin
RM 15.00, 265 hal


Bagaimana syaitan boleh menelanjangkan wanita Muslimah yang memakai hijab?

Apakah jenis tipudaya yang dilakukannya sehingga berjaya menanggalkan hijab yang tidak mendedahkan warna kulit sehingga memakai pakaian mandi (bikini) lalu dicampakkannya ke atas pantai sebagai seketul daging yang tidak berbalut?

Inilah topik risalah yang ingin penulis ingatkan kepada setiap muslimah yang mana syaitan akan memulakan langkah bersamanya, setelah itu agar tidak menjadi korban penelanjangan syaitan, dan untuk mengingatkan wanita-wanita yang syaitan telah berjaya menjalankan sebahagian program padanya, bahwa mereka tidak lain kecuali telah menjadi korban program ini, maka hendaklah menyelamatkan dirinya dan kembali kepada hijabnya sebelum luput kesempatan dengan datangnya maut, larut bersama-sama dengan syaitan dalam neraka jahannam, kerana inilah yang diinginkan syaitan dan syaitan berusaha sedaya upaya mewujudkannya sepertimana yang telah dijanjikan.

Peulis telah menyusun risalah ini dalam bentuk yang boleh menark minat pembacanya untuk menelitinya dan mengikutinya, iaitu dalam bentuk pebualan antara syaitan dengan diri wanita yang telah dikuasai dengan amarah keburukan hingga bisa terjerumus kepada perangkap syaitan.

19 July 2009

MENJADI SECANTIK AISHAH


MENJADI SECANTIK AISHAH
Nunik Utami
Fauzaan
RM 13.00

Mendandani Diri Sepanjang Waktu Agar Kamu Menjelma Secantik Kekasih Rasulullah


Menjadi secantik Aishah. Menjadi cantik? Siapa yang tidak mahu. Kamu, dia aku...kita semua selalu bermimpi dan berharap untuk menjadi tercantik di zaman ini.

Tapi apa itu 'cantik' yang sebenarnya? Wajah ayu? Kulit putih? Mata yang bulat? Hidung mancung? Rambut hitam terurai? Isk. Kalau itulah definisi cantik, rasanya tak semua orang boleh macam tu...

Nah, buku ini memberikan paradigma catik yang sebenarnya untuk kita. Dan dengan paradigma baru itu maka kita semua mempunyai peluang menjadi secantik kekasih Rasulullah s.a.w.

27 April 2009

NISA' AL-YAHUUD

NISA' AL-YAHUUD
(WANITA-WANITA ISTERI PARA NABI KETURUNAN BANI ISRAEL)
Hasan Ahmad Hijazi as-Saqa
terjemahan : Mujahidin Noryadi
Pustaka al-Shafa
RM27

MUSLIMAH MENYAMBUT BUAH HATI


MUSLIMAH MENYAMBUT BUAH HATI
Hartatik Ummu Rifaah
Aqwam

”Mati syahid ada tujuh, selain orang yang gugur di jalan Allah; orang yang mati karena menderita penyakit kolera, orang yang mati tenggelam, orang yang menderita penyakit lambung, orang yang meninggal karena sakit perut, orang yang terbakar, orang yang tertimbun, dan wanita yang meninggal saat mengandung.”
(HR Abu Daud)

Sang ibu harus berjuang dalam masa 9 bulan lamanya dengan beban yang terus bertambah setiap harinya. Klimaksnya, ia harus mempertaruhkan nyawa demi lahirnya si buah hati. Tidak cukup sampai disitu, ia pun harus menanamkan dasar akidah, budi pekerti, berikut segenap amalan lainnya dalam masa pasca persalinan.

Yang menjadi permasalahan adalah banyak para ibu yang takut menghadapi momen ini. Momen yang dapat menjadi sarana jihad bagi kaum hawa. Banyak ketakutan yang menjangkiti para calon ibu diantaranya: takut badannya tidak ramping lagi, keguguran, operasi sesar, panik saat akan melahirkan, bingung mengurus bayi, stres yang berkepanjangan, beberapa penyakit yang menghantui, dan masih banyak persoalan lainnya.

Buku ini mencoba menjelaskan beberapa hal penting dalam fase kehamilan, tahap persalinan, termasuk perawatan bayi pasca persalinan. Sang ibu juga akan dibimbing untuk memantau perkembangan fisik, mental, dan pikiran bayi melalui pengalaman penulis yang disertai dengan dasar dalil syar’i dan medis yang proporsional. Penulis juga menambahkan daftar nama anak islami yang dapat dijadikan referensi bagi Anda dalam memberikan nama bagi si buah hati. Anda pun dapat mengenali makna tangisan bayi dan teknik pemijatannya melalui buku ini.
versi Indonesia, status buku : tempah

01 March 2009

APA KATA ISLAM MENGENAI WANITA BERPOLITIK


APA KATA ISLAM MENGENAI WANITA BERPOLITIK
Shayuti Abdul Manas
PTS Islamika
RM 16.00 , 128 hal



Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik mendedahkan bagaimana wanita mengalami proses kebangkitan semula daripada golongan yang ditindas kepada golongan yang mampu mengubah politik dunia. Persepsi sesetengah golongan yang mahukan wanita hanya berkhidmat di rumah dengan alasan agama dan adat kini tidak relevan lagi.

Hayati pendedahan Dr. Shayuthy Abdul Manas, Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengupas persepsi ini daripada sudut pandang kontemporari berdasarkan hujah al-Quran, sunnah dan teori-
teori sarjana Islam yang diiktiraf. Beliau banyak menyumbangkan karya penulisan dalam bentuk artikel dan buku-buku ilmiah

“Teruja membaca buku ini kerana lain daripada yang lain. Tulisan di dalam buku ini berani, bernas dan terkehadapan. Tidak ramai penulis dapat mengupas isu permasalahan wanita masa kini dengan begitu terbuka tanpa mengenepikan syariah Islam.” -YB Dr. Lo’ Lo’ binti Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Ringkas, padat dan mudah difahami. Ia menjadi bahan rujukan dan panduan yang sangat berfaedah kepada wanita yang berpolitik atau yang ingin menceburkan diri dalam bidang politik. Buku ini membuka minda dan tanggapan masyarakat selama ini bahawa kaum wanita tidak dibenarkan untuk menyertai kerja sosial dan politik.” -YB Dato’ Shahaniza bte Hj Shamsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (DUN Kuala Sentul)

15 July 2008

Kemilau Cahaya Muslimah

Kemilau Cahaya Muslimah
Potret Wanita dalam alQur-an dan as-Sunnah
‘Abidh al-Mu’ayyad al’Adzm
Rabitha Press
rm30.00

BE A GOOD MUSLIMAH

Be a good muslimah
( panduan menjadi wanita shalihah )
Syeikh Sa’ad Yusuf
Pustaka Kautsar
Rm 55.00

29 May 2008

HANYA UNTUK WANITA


HANYA UNTUK WANITA
Abdullah bin Muhammad al-Ghamidi
cetakan indonesia
RM 22.00

Sebagai wanita muslimah, Anda layak bangga! Islam menempatkan wanita dalam kedudukan yang tinggi dan terhormat. Salah satu buktinya, adalah dasar-dasar aturan fikih yang khusus bagi wanita, mulai dari akidah hingga ibadah.

Berisi rangkaian tulisan beberapa ulama terkemuka Timur Tengah, buku ini akan membimbing Anda menuju pemahaman akidah yang benar dan pelaksanaan ibadah yang sesuai syariat. Beberapa nasehat berharga di dalamnya juga akan membantu Anda meraih amal shalih sebagai penghapus dosa sekaligus pintu pahala.

Istimewanya, buku ini juga menyorot sisi kehidupan dan pergaulan wanita Muslimah sehari-hari. Selain dilengkapi tanya-jawab seputar pelaksanaan ibadah, penjelasan yang ringkas-padat, dilengkapi dalil-dalil representatif membuat buku ini sarat ilmu.Ya, karena ilmulah, bekal sebelum beramal.

+status+++ tempah di 0193559055

04 May 2008

WANITA-WANITA SUFI


WANITA-WANITA SUFI
Dr. Jarid Nurbakhsh
Thinker's Library
RM 18.00, 274 hal

sinopsis

Kita diajak jauh menyusuri peringatan yang agung dan penuh pengiktibaran. Adalah penting bagi setiap individu menatapi jejak mereka kerana mereka disenaraikan antara wanita-wanita pilihan di sisi ALLAH S.W.T. Mereka juga telah melakar sejarah di dalam ketamadunan umat yang belum mampu ditandingi oleh mereka yang dianggap moden di abad ini.

Walau apa pun, penulis mengimbau segala-segalanya dari jiwa mereka yang dekat dengan ALLAH S.W.T. Menterjemahkan kepada umat seluruhnya betapa 'wanita-wanita sufi' , bukanlah makhluk asing tetapi adalah role model untuk kita jejaki dan teladani . Bagi mengembalikan maruah yang kini kian tercabar dan tercalar.

+buku ni adalah buku terjemahan, di awal penulisan, penulis ada menyertakan sedikit sejarah ringkas tasawwuf. mempunyai nota kaki/sumber rujukan.++pondokbuku+
Related Posts with Thumbnails