Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

19 April 2013

NASKAH CINTA BUAT NUSAIBAH



NASKAH CINTA BUAT NUSAIBAH
Riduan Mohamad Nor
Jundi Resources
RM20.00, 221 hal




“Ana jumpa dengan Ismail Haniyyeh, Sheikh”, kata Norazli membusung bangga. Dia cuba memancing ego saya. “Sheikh Ismail suka kat ana, sheikh…” pancing lelaki berserban dan berjanggut itu lagi dan akhirnya saya dalam hidup ini merasakan Ustaz Toliban telah memintas saya dengan jarak sejauh Ipoh-Kuala Lumpur. Seolah dia telah berdesut di aspal dengan Toyota Harrier dan saya bergerak malas dengan menunggang keldai.

 Semuanya tentang sosok besar HAMAS itu sangat mengagumkan, seolah-olah dia kesatria tersohor selepas Sheikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi. Saya tidak berkesempatan dalam kunjungan kali pertama dahulu kerana segalanya cemas dan tergopoh-gapah. Jet Israel mengintai-ngintai dicelah langit biru, hauskan darah dan laparkan kematian.

Siapa lelaki dengan wajah yang karismatik, bergurat jernih yang menjadi sebutan dunia itu? Tokoh ini dengan nama sebenarnya Ismail Abdul Salam Ahmad Haniyyeh Abu al-‘Abd, adalah anak kelahiran Palestin. Dia lahir pada tahun 1962, 14 tahun selepas peristiwa Nakbah, di perkhemahan tepi pantai suaka politik Palestin. Walau bagaimanapun kedua-dua orang tuanya berasal dari Bandar Asqalan. Dia membesar dalam kepayahan kaum pengungsi dan inilah jawapannya mengapa Ismail begitu akrab dengan masyarakat jembal. “Insya-Allah kita akan solat berjemaah suatu hari nanti di Masjidil Aqsa,” tukas Syeikh Ismail Haniyyeh kepada saya dan kata-kata itu meraung-raung di gegendang telinga ini buat selamanya…Umat Islam akan memeluk mimpi itu jika kita semua bersungguh-sungguh. Mulakan sekarang bagi yang belum bermula dan tingkatkan usaha bagi yang sedang bergerak. Insya-Allah Palestin akan merdeka!

21 March 2013

SEPAHIT JADAM




SEPAHIT JADAM
Nik Mohamad Abduh
Jundi Resources
RM 20, 210 hal


" Buku ini merakamkan sebahagian potret perjuangan yang rencam yang dituangmelalui kejernihan akal seorang tokoh muda dan semoga ianya akan menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mula berjinak dipanggung politik dan dakwah."  Ust. Riduan Mohamad Nor


Antara isi kandungan buku:-

1. Jalan yang lurus
 2. Saya sebelum hari ini I
3. Saya sebelum hari ini II
4. 100 tahun al-Imam Hassan Al-Banna
5. 30 hari dah
6. Ada apa pada nama
7. Kelahiran
8. Hari belia Kelantan
9. Merdeka
10. Kita pejuang PAS
11. Hujung Zulhijjah 1430 Hijriyyah
12. Datuk kita adalah ikutan terbaik
13 Assalamualaikum CINCAI
14. Dosa
15. Kegelapan
16. Keluarga kami ada Nik Adli
17. Ramadan di hospital
18. Ramadan I
19. Ramadan II
20. Ramadan III
21. Ramadan IV
22. Susah dan senang beriringan
23. Antara nyawa babi dan nyawa Muslim
24. Mengapa Tarbiyyah?
25. Takbir hari raya dan takbir pilihanraya
26. Nik Adli bebas
27. I'ktikaf di hospital
28. Negari kebajikan vs Negara Kebajikan
29. Raya di rumah Amy Search
30. Bulan Zulhijjah dan ISA
31. Orang PAS perlu berani, sabar, istiqamah dan kena lawan
32. Dari Kota Belud I
33. Dari Kota Belud II
34. Kemenangan melalui kesempurnaan berjemaah
35. Hijratur Rasul
36. Kukuhkan jentera
37. Mengapa rakyat Kelantan terus memilih PAS?
38. Lawatan ke United Kingdom
39. Berjalan di bumi hijau
40. Buku dari Beirut ke Juruselam
41. Tersasar dan terbabas daripada nur-Nya
42. Bersatu adalah isu umat sepanjang zaman.
43. Konsert Rock Rohani di Kota Bharu
44. Minyak naik, bukan perihal siapa yang lebih zalim
45. Hidangkan ku secangkir kopi
46. Islam Ulama' dan Syura
47. Hikmah Ramadan
48. Kita dan Palestin
49. Di sebalik banyak buku yang di baca
50. Tahniah
51. Mari mendidik anak I
52. Mari mendidik anak II
53. Sifat benar


13 February 2013

DIARI SEORANG DIPLOMAT: HIKMAH YANG TERSIRAT






DIARI SEORANG DIPLOMAT: HIKMAH YANG TERSIRAT
Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd
Galeri Ilmu
RM 19.00, 252 hal





Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di perantauan khasnya di negara yang telah diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Nyawa bagaikan sudah tiada nilai. Pun demikian, apabila bergelar pegawai diplomat, semua itu perlu dihadapi. Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. Diari Seorang Diplomat :  HIKMAH YANG TERSIRAT . Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.

07 February 2012

AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI






TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI
Bob Lokman, Riduan Mohamad Nor
Jundi Resources
RM 16.00, 153 hal






Buku ini diluncurkan bagi merakamkan kisah hidup seorang insan seni yang telah berhijrah dan terlbat di medan dakwah sepenuh masa iaitu saudara Bob Lokman (Abdul Hakim Lokman). Penerbit merasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menerbitkan sebuah rakaman perjalanan hidup seorang insan yang penuh dengan warna-warni. Bob yang dikenali sebagai penulis lirik, insan seni dilahirkan di Kelantan dalam suasana asuhan keagamaan yang pekat dan likat. Dia tercampak ke Kuala Lumpur di sebuah perkampungan setinggan seterusnya menjadi remaja di sebuah asrama agama Hamidiah Kajang dan Bob terselit di tengah fenomena Rock pada dekad 1980an, menjadi pencipta liik, akhirnya ditengah keriuhan anak seniman terus membina nama di persada seni tanah air.

Bob akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian, dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Bob telah merasai dunia ketawa dan tiba masanya untuk dunia enangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain untuk sama-sama merengkuh kasih sayang Tuhan, Pencipta dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim.

" aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama, doakan aku teman." ujar Bob dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini.

Travelog hidayah ini adalah sebahagian fragmen kehidupan Bob yang dilaluinya dengan pelangi yang berwarna-warni.

p/s: di dalam buku ini disertakan juga gambar2 Bob lokman.

26 July 2010

SEMALAM DI BUMI ANBIA



CATATAN PENGALAMAN : Semalam Di Bumi Anbia
Firdaus Shahidin
Buku Prima
RM17.90 , 96 hal



Sebuah catatan pengalaman yang menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan penulis. Pengembaraannya tidak hanya di Jordan, malah hampir keseluruhan tanah Arab dijelajahi, sama ada di Asia atau Afrika.

Catatan ini bermula dengan kehidupannya di alam persekolahan. Dia melalui saat-saat yang sukar untuk ditempuhi bagi memilih jalan hidupnya sendiri. Dia berada di dalam dilema sama ada mahu menuruti kata-kata orang tuanya atau kata hati. Segalanya terlerai apabila dia mengenangkan kembali kata-kata semangat dari ayah dan cikgunya.

Dan akhirnya dia berada di Jordan. Dia mengakui bahawa apa yang dipilihnya adalah yang terbaik buat dirinya. Pelbagai tempat, ilmu dan budaya telah ditimba di tanah yang diberkati ini.

Namun, dugaan Allah kepada hamba-Nya pasti tidak pernah putus. Tujuan-Nya hanya satu, agar manusia menjadi tabah dan mengingati-Nya. Penulis berhadapan dengan pelbagai rintangan yang akhirnya, mengajar penulis tentang erti kecekalan.

18 June 2010

TRAVELOG TURKI BUMI KHALIFAH



TRAVELOG TURKI BUMI KHALIFAH
Jhaz Kitaro
Pelima Media
RM 45.00, 288 hal



Menyorot kisah Turki dari kacamata seorang anak muda Melayu..

Turki bukan hanya tanah penyambung antara benua Asia dan Eropah tetapi juga jambatan penghubung zaman Nubuwwah dengan zaman kini. Semboyan Baginda Rasulullah tercipta oleh pendiri Empayar Uthmaniah setelah lebih 800 tahun umat bertarung silih berganti untuk menduduki kota Constantinople. Gelaran Sultan terbaik dan ketumbukan tentera terhebat nyata milik Sultan Uthmaniyah dari generasi ke tujuh. Peristiwa itu menyuntik kesegaran iman, kejernihan iltizam, keterikan rasa bersama yang kukuh. Kini lebih 500 tahun peristiwa itu berlalu, hikmah pengajaran daripada kekuatan silam harus jangan dikesampingankan.

Kita ikuti citra rasa pengembaraan anak Melayu meredah sejarah, memetik hikmah di Bumi Khalifah ini...

Isi kandungan :

Hari 1 Istanbul I : Istana Topkapi, Sultanahhmet, Masjid Biru, Hippodrome, Masjid Sokullu Mehmet Pasha.
Hari 2 Istanbul II : Makam Sultan Ahmet, Rumah Mandi Roxelana, Hagia Sophia, Basilica Citern, Makam Sultan Mahmud II, Eminonu, Masjid Yeni, Spice Bazaar, Menara Galata, Masjid Suleymaniye, Grand Bazaar.
Hari 3 Istanbul III : Kiz Kulesi, Masjid Ortakoy, Jambatan Bosphorus, Taksim Square.
Hari 4 Ankara : Turkish Grand National Assembly Building, Zafer Square, Masjid Haci Bayram, Ankara Citadel, Anitkabir, Atarturk Mausoleum.
Hari 5 Konya : Muzium Mevlana, Masjid Alaeddin
Hari 6 Ephesus : Kota Ephesus
Hari 7 Troy : Kota Troy
Hari 8 Bursa : Makam Osman Gazi, & Orhan Gazi, Masjid Ulu, Koza Park, Masjid Orhan Gazi, Koza Han, Makam Hijau, Masjid Hijau, Zafer Plaza.
Hari 9 Edirne : Masjid Selimiye, Masjid Eski, Masjid Uc Serefeli.
Hari 10 Istanbul IV : Turkish Delight, Masjid Rustem Pasha.
Hari 11 Istanbul V : Istana Dolmabahce, Birbindirek Cistern Basilica Cistern.
Hari 12 Istanbul VI : Masjid Eyup Sultan, Makam Abu Ayyub al-Ansari, Valens Aqueduct, Masjid Fatih, Maka, Sultan Muhammad al-Fateh, Masjid Beyazid II, Istanbul University.
Hari 13 Istanbul VII : Hagia Sophia

p/s pondok: buku ini dipenuhi dengan gambar2 tempat yang dijelajahi oleh penulis.

05 May 2010

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH



SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH
Hasrizal Abdul Jamil
Galeri Ilmu (Travelog Tarbiah)
RM25.00 , 267 hal

Titik mula sebuah kembara


Ada yang pergi ke Turki dapat pahala, ada yang pergi ke Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, ' Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. Kesannya pula ialah, ' Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'.

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Abu Saif di bumi Khilafah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sinarnya gelita, hingga terbit fajar janji-NYA.

p/s pondok:: selain catatan Abu Saif, diselitkan juga gambar2 beliau sewaktu berkunjung ke Turki. semoga bermanfa3at.

06 July 2009

RINDU BAU POHON TIN


RINDU BAU POHON TIN
Hasrizal Abdul Jamil ( saifulislam.com)
Galeri Ilmu
RM 18.00, 165 hal


Rindu Bau Pohon Tin merupakan catatan kembara Hasrizal Abdul Jamil di bumi Jordan, medan beliau mengejar ilmu dan cita-cita. Satu episod perjalanan di Dataran Syam oleh anak muda di perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan.

Penulis berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang.

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan dialog-dialog harian anak perantau dan penduduk watan di bumi Syam, sangat menghidupkan penceritaan dan memercikkan lagi warna keindahan buku ini.
Related Posts with Thumbnails