Showing posts with label novel pilihan. Show all posts
Showing posts with label novel pilihan. Show all posts

02 October 2010

BUMI CINTA



BUMI CINTA
Sebuah Novel Pembangun Jiwa
Habiburahman EL Shirazy
ar-RISALAH
RM25.90


Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negera yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis bayangan itu tetapi tidak mudah. Bayangan itu seperti telah tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di komputer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.

Rasa dingin yang menggigit itu terasa hilang begitu saja ketika dia masuk ke kamarnya yang hangat oleh pemanas. Tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat dan membaca Al-Quran, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang kali. Lebih dari tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di Pesantren Kajoran Magelang dulu,

Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya!

Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas, Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya.

24 August 2010

WEIL CHINA



WEIL CHINA
Emine Uzqan Syenlikoghu
PTS Islamika
RM 14.50 , 240 hal



Pengalaman sebenar Qan, seorang rakyat Turki yg tinggal di China bersama keluarganya. Qan bersama abangnya, Turghut, berjaya melanjutkan pelajaran di bandar. Kerisauan ayahnya terhadap pegangan hidup kedua-dua anaknya sejak mereka mendapat tawaran bersekolah di bandar semakin bertambah apabila gerakan ateis dan komunis semakin mendapat tempat.

Kebimbangannya menjadi realiti apabila Qan dan abangnya mula terpengaruh dan menyertai gerakan komunis menghapuskan masyarakat Islam. Mereka terlupa asal usul dan janji terhadap keluarga. Namun penglibatan Qan dalam gerakan komunis tidak bertahan lama apabila dia sedar keburukan fahaman itu. Tetapi tidak bagi abangnya yang semakin bangga dengan komunisme.

Pelbagai peristiwa berlaku sejak abangnya meninggalkan keluarga; ibu dan kakak Qan ditangkap dan dihantar ke luar negara, tidak pernah dijumpai hingga ke hari ini, ayah Qan meninggal dunia kerana memperjuangkan Islam, bayi kakak ipar Qan dibunuh dengan kejam; kakak iparnya yang gila ditembak!

Segala-galanya berlaku di depan matanya. Qan kemudiannya ditangkap, dikurung berpuluh-puluh tahun dan diseksa oleh komunis. Dan dalam kelam penjara itulah, hidayah Allah kembali menemuinya.

Kecekalan hatinya menghadapi semua seksaan akhirnya menemukan dia denngan orang yang dinantikannya selama dikurung, iaitu abang kandungnya yang sudah lama menghilang. Tetapi dia muncul kali ini bukan sebagai seorang abang, tetapi sebagai pengarah penjara yang menentukan setiap seksaan terhadap banduan-banduan, termasuk adiknya.

Tergamakkah seorang abang menyaksikan penyeksaan seorang adik?

Dapatkah Qan memaafkan abangnya?

23 August 2010

MARIA



MARIA
Emine Uzqan Syenlikoghu
PTS Islamika
RM 18.00 , 354 hal



Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuaannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru , Islam-Kristian-Ateis.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya.

Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi? Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya?

Biodata Penulis: Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin.

30 July 2010

JALAN SERIBU LIKU



JALAN SERIBU LIKU
Maskiah Masrom
Pelangi
RM18.90


Membesar dalam keluarga yang menganut agama Kristian dan Hindu, mengakibatkan Christine Sita Dewi akhirnya mengalami konflik jiwa yang amat menekan. Pergolakan jiwanya yang semakin parah tidak dapat dibendung oleh seorang Hindu, Kristian atau Ateis. Akhirnya dia menemui jalan keluar apabila menemui Islam.

12 July 2010

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK



TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
HAMKA
Pustaka Dini
RM 23.00, 286 hal
(cetakan terbaru dengan cover baru)




"...Di dalam usia 31 tahun (1938), masa darah muda masih cepat alirannya dalam diri, dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa, pada waktu itulah 'ilham' Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini mula kususun dan dimuat berturut-turut dalam majalah yang kupimpin.

Setelah itu ia diterbitkan menjadi buku... Belum berapa lama tersiar, ia pun habis. Ramai pemuda berkata : "Seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri." Ada pula yang berkata : " Barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan..." .

p/s pondok:- buat peminat-peminat HAMKA, kebanyakan buku-buku beliau kini telah dicetak baru dengan cover baru. boleh jadi ia berita yang menggembirakan. bagi yang baru berjinak-jinak dan yang sedang terpesona dengan gaya penulisan HAMKA, selamat menjadikannya santapan ilmu dan koleksi peribadi.

01 July 2010

RAHSIA SEBUAH MANUSKIP



RAHSIA SEBUAH MANUSKIP
Naimisa Yusuf
Rijal Media
RM 17.00



Setelah sekian lama manuskrip itu dipandang sepi, baru detik ini ada yang menyedari kehadiran manuskrip tersebut. Sebuah manuskrip yang bakal mengungkai rahsia yang sekian lama terpendam. Mungkinkah Hajat Munisa Kamil terlaksana? Adakah cinta yang berputik di hati Munir dan Hanan mekar atau gugur sebelum berkembang? Bersama-samalah kita menyelami kemelut cinta yang melanda dalam RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP.

~ Dibeleknya beberapa halaman. Sekeping poskad lama jatuh. Imej Jabal Nur tersergam indah melatari sisi bergambar. Tulisan jawinya cantik.

'Selamat maju jaya. Aku akan terus di sini. Impianku menjadi pensyarah Bahasa Arab semakin pasti. Doakan keamananku.' ~


Di sebalik deretan kertas kuning dan berhabuk. Tidak ada siapa peduli. Sebuah manuskrip yang sukar ditafsirkan, kompleks dan penuh dengan nada-nada cinta. Setiap helaian padat dengan catatan cerita suka dan duka.

15 June 2010

JAJA DAN DIN



JAJA DAN DIN
Noor Suraya
JemariSeni
RM20.00

sinopsis:

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar


Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa [♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...


p/s: novel ini membawa kebenaran, don't judge a book by its cover . juga membawa contoh tentang erti jodoh yang baik tak semestinya bererti kamu mendapatkan seseorang yang memang sudah baik dari awalnya. sebuah novel yang mungkin nampak santai dan memang berbahasa santai tetapi membawa mesej mengajak kepada kebaikan serta misi dakwah hingga ke afghanistan. tak percaya? dapatkannya sekarang dan silakan membaca!

ISABELLA


ISABELLA
Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Kharisma
RM22.00


sinopsis:

Novel ini merupakan kisah benar seorang gadis Kristian bernama Isabella, seorang puteri Ketua Pendeta tersohor di Cordova, sebuah kota nan indah dan bersejarah di Sepanyol.

Ia mempelajari agama Kristian secara mendalam dan tekun, mencuba untuk mencari kebenaran doktrin Kristian dengan membedah prinsip-prinsip dasar kekristianan. Suatu ketika ia menemukan keraguan dan kejanggalan dalam ajaran Kristian.

Tatkala kebenaran terbentang di hadapannya, ia mulai meninggalkan agamanya dan meraih Islam sebagai agama baru. Ia dengan berani dan gigih menghadapi tentangan serta siksaan dari ayah, guru, serta umat Kristian di Cordova.

Susuk Isabella telah menjadi lagenda dalam sejarah panjang Islam dan Kristian. Kegigihan dalam menggenggam keyakinan telah menjadi inspirasi jutaan perempuan di berbagai belahan bumi. Sementara bagi para ahli akademi dan teologi, kisah Isabella tak pernah kering dikaji untuk mempelajari perbandingan agama.

Novel ini merupakan sebuah karya yang sangat bermanfaat, dikemas dalam sebuah kisah yang menarik, menjelaskan perbandingan keyakinan Islam dan Kristian. Satu lagi karya klasik yang akan memberikan pencerahan pada kita. Sebuah novel spiritual yang menyentuh.

05 May 2010

CINTA SUFI


CINTA SUFI
Ramlee Awang Murshid
Alaf 21
RM19.90, 512 halaman


sinopsis:

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI merupakan sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

untuk bacaan lanjut klik sini

15 December 2009

SEMBILAN NYAWA


SEMBILAN NYAWA
Ramlee Awang Murshid
Alaf 21
RM 19.90 , 512 hal


INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

04 November 2009

SAYAP SUTERA


SAYAP SUTERA
Zara
Dewan Bahasa dan Pustaka
RM 25.00, 260 hal



Sayap Sutera adalah penerbitan novel pertama yang mengetengahkan konsep Didik Hibur iaitu konsep novel mendidik sambil menghibur dengan kaedah yang berlainan dari biasa. Novel ini menceritakan kisah cinta di antara 2 manusia dan cinta mereka kepada Allah.

Ia mengisahkan perjalanan Mazlan dan Ireen, perempuan keturunan Cina untuk mencari kebenaran hakiki. Perjalanan yang bermula dari Langkawi terus ke Hong Kong, Taipeh, China dan Iran memberi pengajaran mengenai Islam yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran mereka. Kebanyakannya secara kebetulan. Semuanya kerana solat yang membuatkan mereka mengenal diri, mengukuhkan cinta suci Mazlan kepada Allah dan cinta Ireen kepada Mazlan. Apakah sebenarnya yang dicari oleh Mazlan dan mengapa Ireen tertarik dengan Islam. Novel ini meleraikan jawapannya.

Novel bercorak agama ini adalah yang pertama diterbitkan yang memberi pengetahuan dan pendidikan mengenai solat dan diselitkan dengan falsafah dan pengertian Islam yang tinggi tetapi melalui pengolahan yang mudah difahami dan menghiburkan. Novel pertama yang mempunyai nota kaki sebagai penjelasan kepada perkara-perkara solat yang diceritakan di dalam novel harus dibaca oleh semua.

LORONG KEMATIAN


LORONG KEMATIAN (teks dalam versi Indonesia)
Geidurrahman el-Mishry
Telaga Biru
RM 23.00


Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran.

Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka.
“Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“
“Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini!

Geidurrahman el-Mishry, merupakan penulis novel Bait-Bait Cinta dan Langit Mekah Berkabut Merah.

" Ya ALLAH, jika aku menyembah-MU kerna takut neraka, bakarlah aku di dalamnya. Dan jika aku menyembah-MU kerna mengharap Surga, campakkanlah aku darinya. Tetapi jika aku menyembah-MU demi ENGKAU semata, janganlah ENGKAU enggan memperlihatkan keindahan wajah-MU, yang abadi padaku."

19 October 2009

BINTANG-BINTANG KE SYURGA


BINTANG-BINTANG KE SYURGA
Xarine
Jemari Seni
RM19.00


Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri.

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

KEMILAU MUTIARA RAUDHAH


KEMILAU MUTIARA RAUDHAH
Saidatul Saffaa
Jemari Seni
RM22.00


biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi.

Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan.
Kembara hati dalam jiwa hamba.
Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup.
Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.

Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami

Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?

-sebuah kisah cinta indah titipan dari-NYA, tersusun tertib dalam KEMILAU MUTIARA RAUDHAH hasil kreatif seorang pelajar perubatan ; Saidatul Saffaa.-

04 August 2009

SAASATUL IBAAD


SAASATUL IBAAD
Faisal Tehrani
Aberdeen
RM25.00, 267 hal

14 July 2009

WO AI NI ALLAH


WO AI NI ALLAH
Vanny Chrisma W.
PTS Litera (asal terbitan DIVA Press)
RM 16.00



Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, spiritual, dan sosial sekaligus? Melalui pergulatan panjang, pencarian melelahkan, hingga perdebatan sengit tentang eksistensi dan orientasi hidup setiap manusia di bumi ini, Vanny Chrisma W. menorehkan kisah yang sangat meng-harukan, mendebarkan, dan sekaligus menggugah kesadaran spiritual setiap kita sebagai anak-anak manusia yang lemah, dhaif, dan karenanya sangat membutuhkan kehadiran Tuhan dalam setiap langkah hidupnya. Ada banyak dialog dan adegan menggetirkan yang mungkin tak pernah terlintas dalam benak setiap kita, sekalipun hal-hal tersebut sangat identik dengan perilaku keseharian religiusitas kita. Sebuah novel inspiratif yang akan memberikan warna tersendiri bagi perjuangan peneguhan iman di hati setiap kita, bahkan di kala kita telah merasa sebagai muslim/muslimah yang kaffah (sempurna).

'Figur gadis Cina dalam novel ini adalah cermin kerinduan spiritual yang tak terperikan di kalangan ateis yang tak tahu mau ke manakah jalan hidupnya. Sementara bagi muslim dan muslimah sendiri, figur itu adalah batu ujian yang mempertanyakan kesejatian iman dan ihsannya. Vanny telah mengetuk pintu spiritual setiap hati manusia.' Taufiqurrahman al-Azizy, pengarang best-seller novel-novel spiritual.

'Wo Ai Ni, Allah... I love You, Allah... whatever, itulah esensi hidup kita. Sebuah novel yang penuh tantangan, tentangan, dan keteladanan dalam me-yakini keberadaan dan kebenaran Allah.' Muhammad Masykur A.R. Said, pengarang best-seller Mukjizat Cinta.

'Vanny, ini novel bagus, kuat, berkarakter inspiratif, layak dibaca siapa pun!' Abidah el Khalieqy, sastrawan perempuan senior, di Yogyakarta.

06 May 2009

SUZANNA


SUZANNA
Abu Azzaki
iBook Publications
RM 23.00, 670 hal



Tergamam aku mendengar kata-kata daripadanya. Terasa seperti jantungku berhenti berdenyut. Mukaku pucat lesi seperti orang menghidap penyakit kuning. Sungguh biadab budak kampung ini menyuruh aku meninggalkan agama yang aku anuti serta sanjungi dan mengambil agamanya yang selama ini aku musuhi. Agama yang mengembalikan manusia ke zaman unta. Kata-katanya sungguh tidak sopan dan tidak menghormati perasaan aku. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku sumbat mulutnya yang celupar dengan penumbukku biar bisu. Aku merenung tajam ke arah mukanya sambil menahan perasaan marah. Aku khuatir kalau aku tidak dapat mengawal diri, buruk akibatnya. Dia sedar perubahanku. Walau bagaimanapun wajahnya kelihatan tenang bersahaja, tanpa menunjukkan rasa bersalah.....

31 December 2008

MOGA BONDA DISAYANG ALLAH


MOGA BONDA DISAYANG ALLAH
Tere Liye
PTS Litera
RM 22.00

“Gelap, Melati hanya melihat gelap. Hitam. Kosong. Tak ada warna…. Senyap! Melati hanya mendengar senyap. Sepi. Sendiri. Tidak ada nada….”

Melati, gadis kecil yang berusia 6 tahun. Wajahnya lucu, comel, menyenangkan, namun dia buta dan tuli sejak umurnya 3 tahun. Selama 3 tahun itu dunia Melati gelap, kosong, sepi. Dia tidak mempunyai akses mengenal dunia dan seisinya. Rasa ingin tahu yang dipendam bertahun itu akhirnya memuncak, menjadikan Melati kecewa, hampa. Dia menjadi anak yang sukar untuk dikendali. Bonda Melati dan ayahnya sudah kehabisan cara. Mereka hampir putus asa apabila akhirnya harapan itu tiba….

Karang, lelaki yang kehilangan semangat hidup setelah 18 anak didiknya mati lemas akibat kecelakaan di laut. Dia menjadi pemabuk, putus asa, tidak peduli dan sinis terhadap semua perkara. Tuhan akhirnya menemukan dia dengan Bonda seterusnya Melati. Karang memutuskan untuk membantu anak gadis yang sering hadir dalam mimpi tidurnya itu. Tapi bagaimana? Melati tidak dapat melihat! Melati tidak dapat mendengar! Bagaimana untuk menemukan caranya? Caranya! Caranya! Caranya!

Namun akhirnya, Tuhan menemukan caranya ketika butir-butir hujan menghunjam bumi. Keajaiban itu datang ketika air pancut dan titisan hujan mengalir di sela jemari kecil Melati.

“Dia mencintai kanak-kanak. Bukan kerana mereka kelihatan menyenangkan, tapi kerana menyedari janji kehidupan yang lebih baik selalau tergenggam di tangan anak-anak….”

27 December 2008

LASKAR PELANGI


LASKAR PELANGI
Andrea Hirata
PTS Litera
RM 28.00


Sebuah kisah keajaiban masa kecil 11 anggota Laskar Pelangi yang luar biasa dan menghiburkan. Pengembaraan anak-anak Melayu Belitong yang menyentuh dan sukar dilupakan. Kecintaan terhadap pendidikan, keunggulan nilai persahabatan dalam menempuh kesukaran hidup dan kemurnian prinsip menghiasi perjalanan Laskar Pelangi. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.

Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman para anggota Laskar Pelangi masih kecil. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganya adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang Laskar Pelangi lain yang bersemangat dalam menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.

Novel ini menyelami kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis dan tersentuh menghayati gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.

16 December 2008

PANGGIL AKU DAHLIA


PANGGIL AKU DAHLIA
Noor Suraya
Jemari Seni Publishing
RM21.00, 542 hal


“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Related Posts with Thumbnails