Showing posts sorted by relevance for query travelog dakwah. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query travelog dakwah. Sort by date Show all posts

27 November 2008

TRAVELOG DAKWAH : MENITI HARI ESOK


TRAVELOG DAKWAH : MENITI HARI ESOK
Muhd Kamil Ibrahim
PTS
RM 18.00, 176 hal



TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati.
-Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI.

Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar.
-Che Zuina Ismail,
Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
Universiti Teknologi MARA, Johor.

Penceritaan bersahaja yang disampaikan secara tidak langsung mencabar minda kita supaya bersama-sama menyumbang dalam usaha meneguhkan lagi kefahaman berhubung Islam di mana juga kita berada.
-Imran Abdullah,
Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO,
Paris, Perancis.

07 February 2012

AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI






TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI
Bob Lokman, Riduan Mohamad Nor
Jundi Resources
RM 16.00, 153 hal






Buku ini diluncurkan bagi merakamkan kisah hidup seorang insan seni yang telah berhijrah dan terlbat di medan dakwah sepenuh masa iaitu saudara Bob Lokman (Abdul Hakim Lokman). Penerbit merasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menerbitkan sebuah rakaman perjalanan hidup seorang insan yang penuh dengan warna-warni. Bob yang dikenali sebagai penulis lirik, insan seni dilahirkan di Kelantan dalam suasana asuhan keagamaan yang pekat dan likat. Dia tercampak ke Kuala Lumpur di sebuah perkampungan setinggan seterusnya menjadi remaja di sebuah asrama agama Hamidiah Kajang dan Bob terselit di tengah fenomena Rock pada dekad 1980an, menjadi pencipta liik, akhirnya ditengah keriuhan anak seniman terus membina nama di persada seni tanah air.

Bob akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian, dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Bob telah merasai dunia ketawa dan tiba masanya untuk dunia enangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain untuk sama-sama merengkuh kasih sayang Tuhan, Pencipta dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim.

" aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama, doakan aku teman." ujar Bob dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini.

Travelog hidayah ini adalah sebahagian fragmen kehidupan Bob yang dilaluinya dengan pelangi yang berwarna-warni.

p/s: di dalam buku ini disertakan juga gambar2 Bob lokman.

30 December 2009

PROMOSI HABISKAN BUKU SEMPENA TAHUN BARU HIJRIAH 1431 DAN MASIHI 2010


salam buat smua pengunjung pondokbuku-rkukaudya.
pertama, terima kaseh kerna sudi menjengah dan bertandang ke pondok yg serba kerdil ni. smoga kalian slalu dalam rohmat dan perlindungan ALLAH.

ingin membuat pengumuman, pondok ini akan mengadakan PROMOSI HABISKAN BUKU(sehingga 15hb FEB 2010 ) sempena tahun baru Hijriah 1431 dan Masihi 2010.

di mana setiap buku2 di bawah ini (hanya bagi buku2 yg dinyatakan tajuknya di bawah sahaja)akan diberi potongan 15%, tapi kuantiti setiap buku ini tidak banyak, tinggal satu atau dua sahaja. jadi siapa cepat dia dapat.

dan bagi pembelian 3 buku dan lebih(buku promosi shj), akan dihadiahkan sebuah button badge

buku2 tersebut ialah :

1) GENERASI ULUL ALBAB
2) LAUTAN HIKMAH KEKASIH ALLAH (Rahasia Agung Berjumpa ALLAH)
3) Terapi SOLAT TAHAJUD
4) Rahmat di sebalik DUGAAN
5) Derap-derap tasbih
6) Memeluk Gerhana, Isa Kamari
7) TRAVELOG DAKWAH : Meniti Hari Esok
8) PESAN MAHA KASIH DALAM KISAH
9) Namun ku punya hati
10) DILEMA Melayu ISLAM ; Kurang FIKIR atau Kurang ZIKIR
11) Laskar PELANGI
12) 99 Nasihat Bagaimana KHUSYUK BERSOLAT
13) Sultan Muhammad al-FATEH ; PENAKLUK KONSTANTINOPEL
14) Kunci kejayaan minda
15) Rahsia Baitul Maqdis Palestin / Muhammad Baihaqi
16) BERTEMU JANJI ALLAH
17) Suzanna
18) JENAYAH YAHUDI TERHADAP DUNIA ISLAM
19) KENAPA HARAM BERURUSNIAGA DENGAN YAHUDI DUNIA
20) BAITUL MAQDIS, KESUCIAN YANG DIPERTAHANKAN
21) Impian Palestin
22) Tips-tips efektif pimpinan rohani, al-ghazali
23) Soal jawab remeh temeh tentang solat - edisi 2
24) Cinta dan Rona Kinanah
25) Fahaman dan Ideologi Umat Islam


selamat memilih dan selamat membaca!

p/s : segala pertanyaan atau pembelian, sila sms ke 0193559055 (sms sahaja)


Related Posts with Thumbnails