Showing posts with label biografi. Show all posts
Showing posts with label biografi. Show all posts

03 June 2012

MENZIARAHI KEKASIH ALLAH DI HADRAMAUT, YAMAN





MENZIARAHI KEKASIH ALLAH DI HADRAMAUT, YAMAN
Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Linggi
Mawleed publishing
RM 25.00,

18 March 2011

BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI

klik sini untuk lihat senarai buku2 terpilih dengan potongan 15%



BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI
Shaleh Ahmad asy-Syami
Jasmin
RM 18.00 , 264 hal

~ AL-IMAM ABU HAMID AL-GHAZALI rohimahullahu ta3ala~

Ketika disebut "Al-Ghazali" - di setiap negeri kaum Muslimin dan keseluruhannya - timbul dalam fikiran dua gelaran yang dikaitkan dengan nama ini, iaitu Hujjatul Islam dan Pembaharu abad ke-5.

Di bawah dua gelaran ini, hilanglah gelaran-gelaran lain yang banyak, ia mungkin menempuh jalannya untuk mencapai kedudukannya dalam dunia manusia, dan untuk menjelaskan kedudukan tokoh yang besar ini.

Al-Ghazali mempunyai personaliti yang istimewa, ia menduduki tempatnya yang jelas di kalangan tokoh-tokoh yang mempunyai kedudukan terkemuka dalam bidang pemikiran Islam, dan jika kita katakan bahawa keadaannya juga demikian dalam bidang pemikiran antara-bangsa, maka kita tidak melewati hakikat. Oleh itu, maka dialah Imam faqih, Imam usul, Imam dalam 'ilmu akhlaq, Imam dalam 'ilmu tarbiyyah dan 'ilmu jiwa, Imam dalam 'ilmu ekonomi, Imam salaf, Imam sufi dan Imam pembaharu, kesimpulan dari kesemuanya ini dia ialah Imam yang ber'amal dan Imam yang 'abid.

Penuntut 'ilmu dapat mempelajari Al-Ghazali dalam berbagai aspek yang telah disebutkan, kemudian mengeluarkan terjemahan sempurna bagi salah seorang tokoh dalam medan tersebut, yang mempunyai kedudukan terkemuka padanya.

Sesungguhnya ia adalah keistimewaan yang sebahagiannya didapati pada seseorang, akan tetapi jarang terkumpul dalam diri seseorang manusia, dengan demikian tidak mudah bagi seorang pengkaji memenuhi hak keperibadian ini.

Dengan sebab ini, banyaklah tersebut tulisan-tulisan, terjemahan dan kajian tentang Al-Ghazali.

Di dalam himpunan maklumat-maklumat yang banyak tentang Imam ini, dan melalui produksi-produksi besar yang diletakkan dihadapan kita, maka tidak mudah bagi seseorang penulis mengenainya itu menghimpunkan keseluruhan yang sepatutnya diperolehi dalam perkataannya.

28 December 2010

ULAMA WARISAN RASULULLAH S.A.W - BIOGRAFI ULAMA HABAIB



ULAMA WARISAN RASULULLAH S.A.W - BIOGRAFI ULAMA HABAIB
M.A Uswah
Inteam Publishing
RM 25.00 , 152 hal




Ulama Habaib ialah ulama-ulama berketurunan Rasulullah SAW. Biografi mereka dihimpunkan dalam buku ini sebagai mengingati jasa-jasa mereka yang kekal mengharum meskipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Ulama habaib yang diceritakan dalam buku ini terdiri daripada ulama habaib seluruh dunia termasuk dari Yaman, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Singapura. Sebahagian daripada ulama-ulama habaib ini dianggap sebagai wali Allah dan mempunyai karamah tersendiri.

Antara ulama habaib yang terkenal termasuk Habib Muhammad Husein al-Aidrus, Habib Alwi Muhammad al-Haddad, Habib Ahmad Alwi al-Haddad, Habib Muhammad Idrus al-Habsyi, dan Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Seorang daripada mereka iaitu Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pernah menjadi mufti Johor dan dianggap ulama dan sejarawan yang hebat pada zamannya.

Habib Muhammad Husein Al-Aidrus, ulama yang pendiam? Habib Alwi Muhammad Al-Haddad, sangat menjaga jarak dengan pemerintah? Habib Ahmad Alwi Al-Haddad, berkelakuan ganjil? Habib Muhammad Idrus Al-Habsyi yang mengasihi fakir miskin dan anak yatim, Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki yang pemurah, Habib Anis Alwi Al-Habsyi yang bersenyuman manis menawan.

Turut disajikan gambar-gambar para ulama habaib yang menarik dan kata-kata ulama di setiap akhir biografi mereka meski tidak kesemuanya.

30 November 2010

TOK JANGGUT



TOK JANGGUT
Abdul Latip Talib
PTS
RM20.00




Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.

Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.


pondok:- dapatkan buku ini di sini

19 May 2010

BIOGRAFI SAYYID AHMAD AL-BADAWI




BIOGRAFI SAYYID AHMAD AL-BADAWI
Penyebar Harum Salawat Masyhur al-Anwar
Ahmad Lutfi Abdul Wahab al-Linggi
Mawleed Publishing
RM 16.00 , 152 hal




Beliau adalah merupakan seorang ulamak, ahli sufi dan pejuang Islam yang terkenal. Sayyid Ahmad al-Badawi telah berjuang dan melibatkan diri dalam perang Salib antara umat Islam dan orang-orang Kristian pada ketika itu. Pada tahun 1248 Masihi, Sayyid Ahmad al-Badawi bersama dengan sebahgian pengikutnya telah bergerak dengan semangat menuju ke kawasan tentera Salib yang berdekatan dengan Mansurah. Dengan kita membaca kisah-kisah beliau, akan datang semangat cintakan Islam. Ini kerana penting bagi kita untuk mengenal ulamak dan para wali Allah, ini kerana meeka telah banyak menghabiskan usia dan waktu mereka demi kepentingan umat Islam.

Imam Sufyan ibn Uyainah pernah berkata: " Hikayat-hikayat itu adalah satu batalion daripada batalion tentera-tentera Allah. Dengannya Allah menguatkan hati-hati para wali-Nya."

Buku ini menyelitkan zikir-zikir, salawat-salawat dan qosidah ke atas Rosulullah s.a.w yang diilhamkan kepada Sayyid Ahmad al-Badawi.

Bacalah alam keadaan kamu mencintainya, pasti kamu akan merasakan hubungan kamu dengannya akan berhasil...

p/s: disertakan gambar-gambar berkaitan Sayyid Ahmad al-Badawi. maqam Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dll.

10 February 2010

RASYID RIDA PENGARUHNYA DI MALAYSIA


RASYID RIDA PENGARUHNYA DI MALAYSIA
Mustaffa Abdullah
RM60.00
Penerbit Universiti Malaya


SINOPSIS:


Rasyid Rida merupakan tokoh tafsir yang terkemuka. Idea, buah fikiran dan gagasan yang dilontar dalam karyanya (Tafsir al-Manar) boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Malahan agenda pembaharuan Islam yang diperjuangkan olehnya membawa pengaruh kepada perkembangan Islam khususnya di alam Melayu. Pembaharuan dalam beberapa bidang termasuk tafsir berjaya memartabatkan pengajian tafsir ke tahap sewajarnya dengan menggunakan pelbagai metode, corak dan gaya dalam mentafsir al-Quran. Antara bentuk tafsir yang diketengahkannya menyentuh pelbagai aspek merangkumi agama, politik, masyarakat dan sebagainya. Rasyid Rida berusaha menghubungkan ajaran al-Quran dengan masyarakat di samping membuktikan Islam sebagai agama universal, abadi dan sesuai dengan perkembangan zaman. Penerapan juga dilakukannya dalam sistem politik dengan mengemukakan gagasan kesatuan umat Islam sambil menolak sekularisasi Barat yang memisahkan agama dengan pentadbiran negara. Aliran pemikiran ini memberi kesan mendalam kepada perkembangan gerakan Islam khususnya di Malaysia. Tafsir al-Manar juga adalah menifestasi daripada pemikirannya dalam memahami kandungan al-Quran. Idea-idea beliau yang terarah kepada pembaharuan Islam dalam aspek agama, pendidikan, sosial dan politik wajar diketengahkan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Islam. Penulisan buku ini juga mengenal pasti sumber dan metodologi yang digunakan oleh Rasyid Rida dalam mentafsir ayat al-Quran serta mengetengahkannya secara ilmiah sebagai rujukan kepada individu dan masyarakat.

p/s: pondok tiada stok buku ini, sekadar menghebahkan di sini, bagi yang berminat boleh dapatkannya di Universiti Malaya.

09 February 2010

BIOGRAFI TERPILIH-SASTERAWAN ISLAM ABAD 20




BIOGRAFI TERPILIH-SASTERAWAN ISLAM ABAD 20
Penyelenggara: Muhammadul Bakir Haji Yaakob
terbitan DBP
RM55.00
Related Posts with Thumbnails