Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

30 December 2010

BERPOLITIK GAYA KHULAFA AR-RASYIDIN




BERPOLITIK GAYA KHULAFA AR-RASYIDIN
Abdul Hadi Awang
PTS Islamika
RM16.00 ,




"Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa takut kepada Allah dan taat kepada pemimpin walaupun pemimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Jadi, berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat".

Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas beliau meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.

Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin merupakan buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan
•bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan mentadbiran?
•Bagaimana mereka menangani konflik?
•Apa pembaharuan yang mereka lakukan?
•Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka?

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang memiliki Ijazah Sarjana Muda (B.A) Syariah daripada Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana (M.A) Siyasah Syar'iah daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai tokoh ilmuwan agama yang banyak memberi sumbangan dan percambahan idea-idea semasa. Beliau juga pernah diberi mandat menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Antara karya beliau terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Hari Akhirat, Beriman kepada Qadak dan Qadar, Fahaman dan Ideologi, Islam dan Demokrasi dan Islam Adil untuk Semua.

17 December 2010

JELASKAN WADAH PERBAHARUI TEKAD



JELASKAN WADAH PERBAHARUI TEKAD
(Pesanan Buat Generasi Muda Islam)
Anwar Ibrahim
IKDAS
RM10



Siri Monograf Dakwah (1) ini adalah usaha untuk mengetengahkan semula idea-idea penting dalam perkembangan dakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ucapan Dasar pertama selaku Presiden ABIM ini dikirim oleh Saudara Anwar Ibrahim dari Penjara Kemunting dan dibacakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Pemangku Presiden ABIM pada tahun 1975. Pandangan-pandangan beliau yang ketika itu hanya berumur 28 tahun cukup bermakna dan masih relevan untuk diteliti dan dihayati oleh generasi muda Islam hari ini, khususnya bagi para pendukung gerakan Islam.

03 March 2009

FAHAMAN & IDEOLOGI UMAT ISLAM

FAHAMAN & IDEOLOGI UMAT ISLAM
Abdul Hadi Awang
PTS Fikrah
RM 23.00 , 224 hal

Rujukan lengkap anutan dan aliran pemikiran masyarakat Islam sejak zaman khalifah Islam pertama.

Bagaimana pegangan umat Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad?
Adakah pegangan umat Islam kini seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad?
Apakah punca berlakunya perpecahan fahaman Umat Islam?

Buku ini menghimpunkan mazhab-mazhab akidah umat Islam serta pecahan-pecahan kecilnya. Turut dimuatkan sejarah berlakunya perpecahan, pengasas mazhab dan ajaran-ajaran tradisional serta moden yang bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Diselitkan info-info tambahan yang membantu pemahaman pembaca.

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang berkelulusan ijazah B.A Syariah dari Universiti Islam Madinah dan M.A Siyasah Syar’iah dari Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau adalah tokoh pendidik, ilmuwan, pendakwah dan pengasas pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di Marang, Terengganu.

BAB 1: SEJARAH KELAHIRAN
MAZHAB AKIDAH UMAT ISLAM
Faktor-faktor Dalaman, Faktor-faktor Luaran
BAB 2: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Asya’irah, Maturidiah, Salafiah, Wahabiah
BAB 3: SYIAH
Zaidiah, Imamiah, Baqiriah dan Jaafariah, Mausawiyah dan Mafadhliah, Isna Ashariah (Imam 12), Ismailiah al-Wafiqiah, Ghulah Syiah, Rawafid (Rafidhah), Kisaniyah, Hasyimiah, Bayaniah, Rizamiah, Karrabiah, Kamiliah, Muhammadiah, Hisyamaiah, Zirariah, Yunusiah, Syaitaniah
BAB 4: KHAWARIJ
Muhakimatul Ula, Ibadhiah, Harisiah, Azraqiah, Najadat, Syafariah, Ajaridah, Tsa’labiah, Baihasiah, Hazimiah, Syabibiah
BAB 5: MUKTAZILAH
Wasilliah, Huzailiah, Nizomiah, Bisyiriah, Muammariah, Mirdariah, Thumamiah, Hisyamiah, Jahiziah, Khiyatiah, Ka’abiah, Jubba’iah/ Bihasiah , Haitiah
BAB 6: JABARIAH
Jahmiah, Tabariah, Dirariah
BAB 7: QADARIAH
Khabitiah, Al-Hamariah
BAB 8: MURJI’AH
Murjiah Jabariah, Murjiah Qadariah, Murjiah Khawarij, Murjiah Khalisah
BAB 9: HULULIAH
Muqanniah, Hilmaniah, Azafirah
BAB 10: HALAJIAH
BAB 11: MUSYABBIHAH
Saba’iah, Mughiriah, Mansuriah, Khattabiah, Ujailiah, Kayaliah, Nasiriah
BAB 12: YAZIDIAH
BAB 13: BABIAH
BAB 14: BAHA’I
BAB 15: QADIANI atau AHMADIAH
BAB 16: IDEOLOGI-IDEOLOGI BARU
BAB 17: SEKULARISME
Pengaruh Sekularisme Kepada Umat Islam, Gerakan Sekularisme Dalam Negara Islam
BAB 18: NASIONALISME
Islam dan Nasionalisme, Perbandingan Nasionalisme dengan Islam
BAB 19: KAPITALISME
Dasar-dasar Kapitalisme, Sejarah dan Tokoh, Perbandingan Kapitalisme dengan Islam
BAB 20: KOMUNISME
Pengasas dan Pemimpin, Perbandingan Komunisme dengan Islam
BAB 21: SOSIALISME
Sejarah dan Tokoh, Dasar-dasar Sosialisme, Perbandingan Sosialisme dengan Islam
BAB 22: FREEMASON
Sejarah Penubuhan, Dasar-dasar dan Ajaran, Perancangan, Penglibatan Gerakan Freemason Dalam Beberapa Kekacauan Dunia. Lions Club, Rotary Club
Related Posts with Thumbnails