28 February 2008

pengumuman

:: buku2 latihan bahasa arab juga boleh ditempah melalui pondok buku

> buku latihan arab komunikasi tingkatan 1, 2, 3
> buku latihan arab tinggi tingkatan 4, 5
> buku contoh2 karangan pmr
> buku contoh2 karangan spm
> buku nahu
> buku qawa'id
> buku balaghah
> .............................................dll

25 February 2008

salam buat semua pecinta ilmu dan buku2 bermanfa'at

salam wat semua

sekadar pengumuman...

--->dalam tempoh terdekat (1-2 minggu) ini, sy tidak dapat menjenguk pondokbuku ini buat sementara waktu.

--->berikutan itu, seandainya ada permintaan maupun pertanyaan tentang buku2 disini (samada ingin membeli @ menempah @ memesan agar dicarikan sesuatu buku yg tidak dipapar di sini) di sini sy nyatakan no telefon untuk di hubungi TETAPI HANYA DENGAN SMS 2@ MESEJ SAHAJA. (sebarang panggilan telefon tidak dapat dilayan. maaf)

---> 0193559055 (sila nyatakan nama ya)



--->smoga dirohmati ALLAH slalu...

22 February 2008

TARIQ - MENANG ATAUPUN SYAHID

TARIQ - MENANG ATAUPUN SYAHID
Abdul Latip Talib
Pts Fortuna
RM 23.90, 256 hal

sinopsis

Novel Tariq-Menang ataupun Syahid yang ditulis dalam bentuk kreatif ini menceritakan sifat kepahlawanan seorang lagi pahlawan Islam yang pada asalnya hanya seorang hamba. Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol. Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Disebabkan itulah dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam.
content

KUNCI KEJAYAAN MINDA



KUNCI KEJAYAAN MINDA
DR AIDH ABDULLAH QARNY
TELAGA BIRU
RM25.90

PELIK TAPI BENAR DALAM SOLAT

Pelik Tapi Benar Dalam Solat
Ustaz Abdul Rahman Mohamed
Harga: RM 25.90
Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.

IKRAMAH- PENENTANG JADI PEMBELA

IKRAMAH- PENENTANG JADI PEMBELA
Abdul Latip bin Talib
Pts Fortuna
RM 22.90, 240 hal

Sinopsis

Novel Ikramah-Penentang Jadi Pembela menceritakan kisah Ikramah, anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.

21 February 2008

MEMELUK GERHANA

Memeluk Gerhana
Isa Kamari - Penerima S.E.A Write Award 2006
RM21.90
Muka Surat : 480

Zaman kanak-kanak... kita merasa dengan kaki dan tangan. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula?

Inilah kisahku, anak muda berumur dua puluh satu tahun. Ilham Sidek. Anak kampung Tawakal. Pelajar Raffles Institution. Tahanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri... Aku utuskan doa kepada ayah dan ibu. Aku rindukan Syakila, kulitnya yang cerah, matanya yang jernih... tawanya yang riang serta hatinya yang teguh dan ikhlas. Kata-kata hikmah Syakila kepadaku menjelma lagi dalam ingatan. 'Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh...yang sukar tertempuh oleh manusia biasa.'

'Inilah warkahku dari perut bumi. Entah berapa lama lagi aku terpaksa memeluk gerhana ini.'

BILA TUHAN BERBICARA


TAJUK : BILA TUHAN BERBICARA
Author : Faisal Tehrani
Price : RM21.90
Weight : 329 g
Muka Surat : 384

Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstremis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu. Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali ditemui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat menge san jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia. Prosa segar Faisal Tehrani ini harus dimiliki.

TUHAN MANUSIA


tajuk : TUHAN MANUSIA
Author : FAISAL TEHRANI
Price : RM21.90
Weight : 306 g
Muka Surat : 352

'Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.'

'Abang sudah murtad. Sejak itu abah menjadi pendiam. Dia hanya bermain dan menghiburkan diri dengan haiwan ternakan.'

Novel 'Tuhan Manusia' menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencabar hakikat ketuhanan.

Novel Faisal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam

18 February 2008

KERANA KAU LELAKIKU


KERANA KAU LELAKIKU
Teja Aufi Nasrul ( zaharah muhammad)
Nylea Publishing
RM21.90


tentang :

-ini adalah novel ke-4 zaharah muhmmad tetapi menggunakan nama pena yang lain juga diterbitkan oleh penerbit lain, tetap tidak mengecewakan.-
+pondokbuku+

sinopsis :

Seorang Umairah terlalu mencintai Penciptanya. Amat takut akan azabNya. Dialah hamba yang cuba menyempurnakan tugasnya sebagai hamba. Dia cuba menyuluh kegelapan dan membuka segala ruang yang sempit. Cinta padaNya membuatkan dia takut berada jauh dariNya. Sehingga sanggup membunuh rasa yang tumbuh di dalam dada pada Yasir yang mencintai dalam diam wlaupun dia sedar lelaki itu telah diciptakan untuknya. Walau masa berganti, musim berubah dan sedemikian waktu berputar... yang berpisah tetap bertemu di titik hujungnya... di bawah sinar Rabbul Izzati.

BAGAIKAN PUTERI --> CINTA SANG RATU

CINTA SANG RATU
penulis :RAMLEE AWANG MURSYID
harga : RM 19.90
helaian :572 halaman

Sinopsis : CINTA SANG RATU
Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani?


Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
ujana mata memandang, seluas langit terbentang.
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku. saya tetap mencintai dan menyayangi awak"

Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit yang berkaitan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta.


BAGAIKAN PUTERI
penulis : RAMLEE AWANG MURSHID
harga : RM19.90
helaian : 560 halaman

Sinopsis :
Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

DENGARKAN SUARA HATI


tajuk : DENGARKAN SUARA HATI (kulit tebal)
penulis : AMRU KHALID
terbitan : MAGHFIRAH PUSTAKA
harga : RM

SINOPSIS :
Tahukah Anda, siapakah orang yang paling tersiksa di dunia? Orang yang paling tersiksa adalah orang yang tidak mendengarkan suara hatinya.

Mengapa demikian? Karena hati hanya menyuarakan kebenaran dan selalu membimbing Anda untuk meraih kebahagiaan sejati. Orang yang tidak bisa merasakan kebahagiaan sejati adalah orang yang menghabiskan umurnya hanya untuk berbuat dosa dan bermaksiat kepada Allah swt, sehingga dosa dan maksiat itu membalut hatinya, dan suara hatinya pun tidak terdengarkan lagi. Dia ingin bertaubat, akan tetapi selalu ragu-ragu, hingga umurnya pun habis dalam keragu-raguan hingga maut menjemputnya.

Apakah Anda ingin mengalami hal demikian? Anda tentu tidak ingin mengalaminya. Maka dari itu, dengarkanlah kata hati Anda, karena dia selalu menyuarakan kebenaran dan membimbing Anda untuk meraih kebahagiaan sejati.

Selamat berbahagia !!

15 February 2008

JANGAN BERSEDIH (2)


tajuk : JANGAN BERSEDIH (2)
penulis : DR 'IADH 'ABDULLAH AL-QARNY
terbitan :
harga :

JANGAN BERSEDIH / BAB 1


tajuk : JANGAN BERSEDIH / BAB 1 (saiz poket)
penulis : DR 'AIDH 'ABDULLAH AL-QARNY
terbitan :
harga :

MEKAR SAKURA DI MIMBAR CINTA


tajuk :MEKAR SAKURA DI MIMBAR CINTA
penulis : ILHAM HAMDANI
terbitan : PTS
harga : RM15.50 / RM18.50 (Sabah & Sarawak0
helaian :

sinopsis :

Buku ini adalah antalogi cerpen yang berlatarbelakangkan negara Matahari Terbit. Peluang melanjutkan pelajaran di negara yang terkenal dengan bunga sakura ini mengukir 1001 kenangan dan pengalaman buat pelajar Malaysia ini. Pelbagai konflik dan pertembungan antara dua budaya berlaku sepanjang kehidupannya di negara Jepun.
Buku ini adalah antalogi cerpen yang berlatarbelakangkan negara Matahari Terbit. Peluang melanjutkan pelajaran di negara yang terkenal dengan bunga sakura ini mengukir 1001 kenangan dan pengalaman buat pelajar Malaysia ini. Pelbagai konflik dan pertembungan antara dua budaya berlaku sepanjang kehidupannya di negara Jepun.
"Nur Hana Kimura?" Hati berbicara sendiri. Sudah lama gadis ini tidak mengutusi aku surat, menjadi aku terlalu rindu. Mungkin kesibukan membataskannya, sama seperti aku yang mengharung hari-hari yang sibuk. Solat sudah menjadi sulam; kenangan dan penghambaan.
"Aku tidak suka pada Islam! Islam ganas! Islam terror! Islam jahat! Berambus engkau dari sini, aku tidak suka dengan orang Islam. Kelak nanti, aku pula menjadi mangsa keganasan engkau, berambus engkau!"
Aku diam membungkam. Sepatah pun tidak bersuara, membiarkan gadis itu menang dalam emosi agama. Sedang nasihat mama pantas bergema di cuping selalu menyebut, anak rantau ibarat resmi padi, hidup menunduk dan berbakti. Aku cuma membalas dengan sebuah senyuman!

isi kandungan :

1) Air Mata Seorang Gigolo 2) Cinta Maisarah Sufiah 3) Gugurnya Sakura Putih 4) Jalur-jalur Pelangi 5) Kembara Kenangan di Sakura, Kembara Tangisan di al-Quds 6) Mamaku Seorang Jepun 7) Mekar Sakura Di Mimbar Cinta 8) Mencari Pembuka Kota 9) Pada Awan Langit Chiba 10) Sakura, Antara Dua April 11) Segeralah Merdeka 12) Sungai Sakura Mengalir Damai 13) Wardah Ain Salsabila
content

14 February 2008

DI BAWAH NAUNGAN CINTA


DI BAWAH NAUNGAN CINTA
IBN HAZM EL-ANDALUSY
terbitan : cetakan indonesia
RM 31.00

sinopsis :

"Membaca buku ini, aku merasa tak perlu membaca buku lain yang berbicara tentang cinta. Subhanallaah! Begitu cerdas, bernas, dan dewasa. Buku ini terasa lebih istimewa karena disajikan dalam bahasa yang sederhana dan mudah dicerna, serta bertabur kisah nyata tentang cinta yang memikat dan sarat makna. Inilah buku cinta yang layak dikonsumsi segala usia dan tidak membohongi pembacanya."
GADIS ANIA, Penulis Buku Laris Humor Cerdas Dunia Islam.

"Buku yang sudah lama kucari-cari. Cinta dituturkan apa adanya, oleh orang yang bertanggung jawab dan bisa dipertanggungjawabkan.Sebuah buku cinta yang amat langka dan kaya makna. Apalagi ditulis ulama, budayawan, sastrawan dan sekaligus penyair dan pujangga terbesar di eranya. Sebuah buku yang tidak kering emosi. Sebuah buku tentang cinta sebelum cinta, cahaya sebelum cahaya, dan surga sebelum surga. Saya kira, buku ini adalah rujukan utama saya bila berbicara tentang emosi cinta."
ANIF SIRSAEBA.,Mentor Emosional, Motivator, Mental Builder, Spirit of Life dan Penulis Buku-buku laris

Begitulah! Di antara karya-karya yang berbicara tentang cinta. Buku Di Bawah Naungan Cinta ini merupakan karya paling mempesona. la membahas seluk-beluk dan pernik-pernik cinta, di belahan Barat dan di belahan Timur. la menelusuri segala lekak-lekuk dan lika-liku cinta, menganalisis komplemen-komplemennya, meramu pemikiran filosofisnya dengan realitas sejarah yang ada, kemudian menjelaskan pelbagai persoalan pelik yang mengitarinya..()

13 February 2008

KETIKA CINTA BERTASBIH (2)


tajuk : KETIKA CINTA BERTASBIH (2)
penulis : HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY
terbitan : versi cetakan indonesia
harga:

tentang : - kesinambungan ketika cinta bertasbih 1 -
+pondokbuku+

12 February 2008

KERANAMU AIN


tajuk : KERANAMU AIN
penulis : NOOR SURAYA
terbitan : CESB
harga :

CURAHAN CINTA NIAGARA


CURAHAN CINTA NIAGARA
Maya Iris
PTS

sinopsis :

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.

Mira Zahila, gadis yang mudah berkawan tetapi tidak mempercayai institusi perkahwinan telah menjadi rebutan dua orang lelaki. Air terjun Niagara Falls menjadi titik permulaan Farhan disapa oleh perasaan cinta pertama. Namun Farhan terpaksa memendam rasa kerana adiknya Faris yang sering memperolehi apa yang diingininya lebih dahulu menagih cinta Mira.
Di saat-saat menemui ajal, Faris telah memberi laluan kepada Farhan untuk merebut cinta Mira. Namun, Mira tidak dapat menerima cinta Farhan kerana cara hidup Farhan dirasakan asing baginya. Farhan pula mula sangsi dengan cintanya kerana sejarah silam Mira dan Faris bercanggah dengan prinsip hidupnya. Dalam keadaan terpaksa, Farhan menikahi Mira walaupun dia sendiri tidak pasti perasaan sayang atau benci yang bersarang di hatinya.
Ketika Farhan dan Mira bergelut mencari kebahagiaan sebagai suami isteri, muncul pula seorang wanita yang bakal menggoncang keharmonian rumahtangga mereka. Yang bakal mematikan benih-benih cinta yang baru bercambah. Berjayakah Mira mencari kebahagiaan, merentasi lautan dari New York ke London dan Paris hingga ke Kuala Lumpur? Dan sempatkah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara?

IMPIAN PALESTINA


IMPIAN PALESTIN
Randa Ghazy
Ar-Risalah
RM 14.90

KETIKA CINTA BERTASBIH (1)


tajuk : KETIKA CINTA BERTASBIH (1)
penulis : HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY
terbitan : AR-RISALAH
harga : RM 21.90
halaman :

DI DALAM MIHRAB CINTA


DI DALAM MIHRAB CINTA
HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY
AR-RISALAH
RM25.90

BIDAYATUL HIDAYAH


tajuk : BIDAYATUL HIDAYAH
penulis:
terbitan :
harga :
halaman :
Related Posts with Thumbnails