CINTA SANG RATU
penulis :RAMLEE AWANG MURSYID
harga : RM 19.90
helaian :572 halaman
Sinopsis : CINTA SANG RATU
Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani?
Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
ujana mata memandang, seluas langit terbentang.
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.
Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.
Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.
"Haryani, walau apapun yang berlaku. saya tetap mencintai dan menyayangi awak"
Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit yang berkaitan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta.
BAGAIKAN PUTERI
penulis : RAMLEE AWANG MURSHID
harga : RM19.90
helaian : 560 halaman
Sinopsis :
Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
18 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment