07 November 2012

MENANTI FAJAR MENYINGSING

MENANTI FAJAR MENYINGSING  
Muhammad Abd Malik
Telaga Biru
RM 20.00, 208 halaman

Kejatuhan Mubarak yang dapat disaksikan hari ini merupakan ‘campur tangan’ Allah kerana pengkhianatan yang dilakukan sejak sekian lama. Allah menghendaki kerajaan Mubarak dihina apabila satu kuasa yang memerintah selama 30 tahun dapat ditumbangkan oleh rakyat yang keluar berdemonstrasi di jalanjalan raya dan hanya memakan masa selama 18 hari.

Catatan yang bersejarah ini dicatat dalam lembaran secara bertulis untuk dijadikan pengajaran buat mereka yang mahu berfikir. Juga menjadi iktibar kepada mereka yang sering lupa bahawa dunia ini sebenarnya ditadbir oleh satu kuasa yang Maha Agung iaitu kuasa Allah SWT.

Naskhah ini wajar menjadi pilihan yang tepat bagi yang ingin meneliti dan mengkaji revolusi Mesir yang berlaku kerana ia dilengkapi catatan harian peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ia juga disusun berdasarkan laporan media cetak dan elektronik Mesir dan  membongkar rahsia-rahsia sebelum dan selepas revolusi dan turut diselitkan kupasan dan huraian pengajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.

No comments:

Related Posts with Thumbnails