20 April 2012

MARI KITA TERBANG KE SYURGA





MARI KITA TERBANG KE SYURGA
(terjemahan Minhajul 'Abidin)
Imam al-Ghazali
Penterjemah : Azarita Ahmad
Al-Hidayah
RM 30.00 , 376 hal






Sinopsis

Buku ini adalah adaptasi daripada kitab yang berjudul " Minhajul 'Abidin" nukilan Imam Ghazali rahimahullah. Sesungguhnya buku ini amat bermakna dan sungguh  istimewa. Khususnya bagi semua umat Islam yang mendambakan syurga Allah s.w.t. Buku ini mampu memberi kesedaran kepada kita tentang matlamat sebenar hidup kita di dunia ini iaitu untuk memperhambakan diri kepada Rabbal 'Alamin. Perhambaan yang sejati ini akan melahirkan insan  kamil yang berakhlak mulia, yang tidak melakukan  maksiat serta segala bentuk kemungkaran secara terang mahupun tersembunyi.

Buku 'MARI 'TERBANG KE SYURGA' ini juga dihiasi dengan segala persiapan yang  perlu dimiliki oleh umat Islam untuk mencapai syurga Allah s.w.t. Syurga Allah merupakan anugerah terulung buat umat Islam yang taat dan patuh kcpada segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya. Sesuatu yang amat berharga itu sememangnya amat sukar dikecapi. la memerlukan  pengorbanan, mujahadah dan pengabdian yang tulus kepada Allah s.w.t.

Buku ini juga mengajar kita agar menyintai akhirat serta bersifat zuhud terhadap dunia yang fana. Para pembaca yang dikasihi Allah akan dipimpin untuk menghindarkan segala sifat keji yang  mungkin telah sebati dalam diri masing-masing

Rebutlah peluang keemasan menghayati isi kandungan buku ini jika anda benar-benar inginkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya jiwa kita menjadi resah kerana kehilangan atau tidak dapat mengecapi satu atau dua nikmat dunia yang sementara. Selepas membaca buku ini, anda akan reda dan jiwa akan dapat menerima dengan tenang jika kehilangan orang tersayang atau sesuatu yang sangat amat berharga dalam  hidup kita.






No comments:

Related Posts with Thumbnails