14 February 2012

RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA






RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA
Mohd Shahrizal Nasir
Alaf 21
RM 16.00 , 288 hal







Syurga itu impian setiap insan yang punya nikmat tidak terhingga. Kenikmatan ini tidak akan mampu dicapai indera… belum pernah dilihat dek mata, tidak pernah didengar dek telinga dan tiada pernah terdetik dek fikiran sesiapapun. Indahnya syurga hanya layak untuk hamba yang menyerah diri pada-NYA.

Al-jannah itu kurniaan ILAHI untuk para hambaiNYA yang beriman dan beramal soleh. Bersyukurlah jika hati cenderung pada-NYA, namun itu bukanlah tiket untuk kita alpa. Godaan dunia pasti menimpa… menarik kita agar lupa pada-NYA. Dan pada ketika itulah, kita sebenarnya dihujani ujian sebagai bukti keimanan.

RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA menggarap pelbagai persoalan penting yang kita mungkin kita sengaja melupakannya. Selidiklah diri agar sentiasa tetap pada jalan-NYA. Berusahalah… moga setiapa amalan yang kita lakukan , redha ALLAH jua menjadi jaminan ganjaran. Mudah-mudahan syurga itu milik kita.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK

•Kepentingan Masa Dalam Islam
•Persiapan Diri Menanti Hari Kiamat
•Manfaatkan peluang Sayyidul Ayyam
•Memuliakan Tetamu Undang Rahmat
•Martabat Guru Setanding Ulama
•Hijrah Didik Umat Atur Strategi Hidup
•Bertunang Bukan Lesen Hubungan Bebas
•Redha Ibu Bapa Jamin Keberkatan Hidup
•Malas Berfikir Punca Umat Islam Mundur
•Tunai Hak al-Quran Tanggungjawab Semua

No comments:

Related Posts with Thumbnails