25 February 2012

IBADAH TERAPI KEHIDUPAN ORANG-ORANG MUKMIN






IBADAH TERAPI KEHIDUPAN ORANG-ORANG MUKMINUstaz Muhammad Naufal al-Haj
Mulia Terang Sdn Bhd
RM19.00, 230 hal.






Kenapa ada orang yang tetap melanggar hak-hak orang lain, sedangkan dirinya mengetahui dan memahami bahawa melanggar hak-hak orang lain itu perbuatan yang tidak baik dan tidak benar? Jika jawapannya adalah 'terpaksa', yakni dia terpaksa melakukan pelanggaran terhadap hak-hak oang lain tersebut, maka jawapan begini juga masih tetap menimbulkan pertanyaan lagi, iaitu kenapa dia 'tepaksa', atau kenapa 'ada sesuatu yang sanggup memaksa' dirinya untuk melakukan pelanggaran tersebut?

Untuk menjawab akan pertanyaan-pertanyaan tersebut itulah buku ini dihadirkan melalui serangkaian bab yang cuba membahas dan menyelidiki selok belok ibadah, baik ibadah sedar mahupun ibadah bawah sedar. Ada aspek dari ibadah sedar yang tidak disedari di satu sisi, dan ada aspek bawah sedar yang benar-benar tidak disedarkan. Pertanyaan yang akan diuji di sini adalah, apakah iman termasuk ibadah atau ibadah sebahagian dari iman? Apakah ilmu termasuk dalam ibadah ataukah ibadah membenarkan ilmu? Apakah makna 'ibadah' dalam setiap ungkapan yang sering kita ucapkan sebagai 'amal ibadah'?

Dibahagikan kepada 4 Bab utama;

1- Mengapa perlu kita beribadah.
2- Menangani halangan ketika beribadah.
3- Menyelami hakikat ibadah bawah sedar.
4- Teknik mengaktifkan, serta membiasakan diri dengan ibadah bawah sedar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails