23 October 2011
TAKWIL HADIS
TAKWIL HADIS
Ustaz Umar M. Noor
Telaga Biru
RM20.00
Dewasa ini, umat Islam sedang mengalami kesedaran untuk merujuk kepada hadis dalam pelbagai perkara. Fenomena ini amat ketara dalam beberapa siri ceramah agama bukan sahaja di radio dan di televisyen, bahkan dalam artikel laman blog dan buku-buku yang dicetak secara meluas. Senario ini tentu sahaja positif dan selari dengan anjuran Islam agar terpelihara kemurnian sumber akidah dan syariah kita. Namun begitu, perkara ini masih belum diiringi dengan kesedaran untuk menerapkan metode (cara) pentafsiran isi hadis yang tepat sebagaimana manhaj ulama. Akibatnya, berbagai-bagai fatwa pelik yang kita dengar. Kemunculan puak sesat yang mengajarkan doktrin menyimpang daripada kefahaman jumhur ulama menggunakan nama hadis dan sunah makin membimbangkan masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment