15 October 2011

KHAT & JAWI: MUTIARA KESENIAN ISLAM SEJAGAT






KHAT & JAWI: MUTIARA KESENIAN ISLAM SEJAGAT
Abd Rahman Hamzah
Penerbitan UTM
RM30.00, 171 hal





Buku ini membincangkan asal usul dan sejarah seni khat sejak zaman sebelum Islam. Setelah kedatangan Islam, tulisan ini melalui era yang begitu menakjubkan sehingga mencapai tahap kesempurnaan tertinggi dan penggunaannya tersebar ke merata–rata tempat di dunia.

Seterusnya, buku ini membicarakan aspek fizikal dan praktikal seni khat, meliputi jenis dan bentuk seni khat, selain memaparkan peralatan tradisional dan moden yang digunakan, kaedah pembelajarannya serta ciri–ciri penulis khat yang perlu dihayati. Beberapa tokoh seni khat teragung dipaparkan sebagai mengimbau kehidupan dan sumbangan yang telah ditinggalkan kepada generasi kini.

Selain itu, turut dibincangkan tentang fenomena mutakhir yang berlaku kepada seni khat dan jawi yang memaparkan usaha pihak penjajah Barat dengan pelbagai alasan bagi menghapuskan pengaruh tulisan Arab. Alasan mereka ini dipapar dan dibincangkan sehingga terbukti bahawa tuduhan mereka ke atas tulisan ini tidak berasas sama sekali.

Khat & Jawi: Mutiara Kesenian Islam Sejagat ditulis untuk membantu para pencinta dan pengkaji kesenian Islam mengenali seni khat dan jawi dengan lebih dekat serta sesuai dibaca oleh masyarakat umum yang berminat terhadap kesenian ini.


SEBAHAGIAN ISI KANDUNGAN

BAB 1 SENI KHAT
Wahyu dan Seni Khat
Asal Usul Tulisan Arab
Faktor Perkembangan Tulisan Arab

BAB 2 SEJARAH PENULISAN AL–QUR’AN
Peranan Jurutulis
Rasm Uthmani
Kelebihan
Penyempurnaan Baris Bacaan dan Titik Huruf

BAB 3 GAYA AWAL KHAT
Gaya Khat Terawal
Perhatian Kerajaan Umayyah
Penyempurnaan Kaedah Seni Khat
Zaman Kegemilangan Seni Khat

BAB 4 PERTUMBUHAN SENI KHAT MUTAKHIR
Kesinambungan Seni Khat
Zaman Kerajaan Khan II
Zaman Kerajaan Timur (Timurid)
Zaman Kerajaan Mamluk
Zaman Kerajaan Safavi
Gaya India dan China
Zaman Kerajaan Turki Uthmaniah
Faktor Pendorong Perkembangan Seni Khat di Turki

BAB 5 NAMA DAN JENIS KHAT
Pelbagai Nama dan Jenis Khat
Jenis Khat yang Popular
Khat Kufi
Khat Nasakh
Khat Thuluth
Khat Riq'ah
Khat Farisi (Ta’liq, Nasta’liq, dan Shikasteh)
Khat Diwani

BAB 6 KELENGKAPAN SENI KHAT
Kelebihan Peralatan Tradisional
Ciri-ciri Penulis Khat

BAB 7 TOKOH SENI KHAT
Abu ‘Ali ibn Muqlah
Ibnu al–Bawwab
Yaqut al–Musta’simi
Hamid al–Amidi
Syed Ibrahim
Hashim Muhammad al–Baghdadi

BAB 8 HURUF ARAB DALAM DUNIA ISLAM
Penyebaran Bahasa Arab
Penggunaan Tulisan Arab
Ciri–ciri Tulisan Arab dalam Pelbagai Bahasa
Penambahan pada Huruf Asal Arab Berpalingnya Masyarakat Islam daripada Tulisan Arab
Faktor Pertukaran Tulisan
Memutuskan Hubungan Masyarakat Islam dengan Sejarah Mereka
Alasan Kepentingan Ilmiah
Kemajuan Barat dan Kemunduran Teknologi Negara Islam
Peranan Kaum Minoriti Bukan Islam

BAB 9 SENI KHAT DAN JAWI DI MALAYSIA
Kaitan Seni Khat dengan Tulisan Jawi

BAB 10 AMANAH MEMULIHARA WARISAN JAWI
Sejarah daripada Sumber Primer dan Sekunder
Keistimewaan Seni Khat dan Jawi
dll

No comments:

Related Posts with Thumbnails