13 July 2011

BEDUK DIKETUK





BEDUK DIKETUK
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Telaga Biru
RM26.00



Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan.

Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.




Dum! Dum! Dum! Dummmm…
Apabila beduk diketuk, pasti ada satu berita yang penting. Ia adalah medium pemberitahuan tentang kebaikan, keburukan atau amaran bahaya. Sejak dahulu, masyarakat Melayu mengetuk beduk untuk memberitahu bahawa waktu solat telah masuk, ada berita kematian atau musuh yang telah menyerang kampung. Tegasnya, apabila beduk diketuk pasti ada pengumuman penting dan segera untuk dimaklumi dan diambil tindakan. Maka itulah perumpamaan mesej-mesej yang hendak disampaikan dalam buku ‘Beduk Diketuk’ ini. Ia adalah satu yang penting untuk difahami dan perlu segera diamalkan. Umat Islam yang sedang alpa ini, perlu dikejutkan agar tidak terus dibius dan disembelih oleh musuh-musuhnya.



(Petikan dari halaman blog penulis, Ustaz Pahrol
Juoi)




No comments:

Related Posts with Thumbnails