20 June 2011
SADR AL-DIN SHIRAZI DAN HIKMAT MUTAALIYAH
SADR AL-DIN SHIRAZI DAN HIKMAT MUTAALIYAH (edisi kedua)
Seyyed Hossein Nasr
DBP
RM22.00 , 149 hal
sinopsis
Walaupun pandangan Barat sejak dari dulu lagi mirip menentukan bahawa falsafah Islam tidak lebih dari satu fenomena sepintas lalu atau sekadar jambatan penghubung di antara penghujung Zaman Gelap dengan penghujung Zaman Pertengahan, namun satu perspektif yang lebih saksama tentang hal itu mulai muncul kini. Kita harus berterima kasih kepada beberapa orang sarjana yang menulis tentangnya dalam bahasa Eropah, kerana dengan usaha mereka inilah falsafah Islam tidak lagi dianggap sebagai fenomena sepintas lalu. Dahulu, sejarah perkembangan seribu tahun falsafah Islam disempitkan kepada satu bab pendek yang dikenali sebagai 'falsafah Arab', dan diselitkan sebagai satu 'masa pendek' yang menjarakkan sejarah 'serius' pemikiran Barat di antara zaman Greek dan Romawi dengan bahagian akhir Abad Pertengahan. Namun demikian, sikap dan pandangannya yang popular tetapi sempit itu, mulai disedari kini akan kekeliruannya, dan semakin ramai yang ingin melihat perubahan dibuat tentang soal peradaban itu. Walaupun tidak tersebar luas, penelitian baru ini semakin terasa maknanya. Dunia Barat sudah mulai sedar akan wujudnya satu tamadun tradisonal lain sebagai sebuah dunia yang mempunyai nilai mereka yang tersendiri, yang patut diteliti dan dipelajari mengenainya. Mereka juga mulai sedar bahawa tamadun tradisional itu tidak harus dilihat atau dianggap sebagai sekadar batu loncatan kepada Barat bagi membentuk asas-asas pemikiran dan pembangunan dunia moden mereka sendiri. (dipetik dari laman sesawang dawama)
pondok:: ada juga stok lama edisi awal buku ini, kulit tebal berharga RM10.00 .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
blog inspiratif.... i come from indonesia.. salam ukhuwah
Post a Comment