18 March 2011

SHAIKH DALAM ILMU TARIQAH

klik sini untuk lihat senarai buku2 terpilih dengan potongan 15%



SHAIKH DALAM ILMU TARIQAH
DR. Jahid Hj Sidek
al-Falah
RM 25.00, 454 hal


Tariqah dalam Islam sama pengertiannya dengan al-ihsan, maksudnya bahwa kita beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihat-Nya. Sekiranya kita tidak terasa melihat-Nya maka sesungguhnya Allah itu melihat kita. Tariqah itu adalah jalan yang dengannya membolehkan seseorang mukmin mencapai sifat ehsan. Dikatakan bahwa syariat ialah memperhambakan diri kepada Allah manakala tariqah adalah sentiasa menghadirkan Allah di hati sedangkan hakikat adalah kita saksikan Allah dengan mata hati.

Peranan Shaikh dalam ilmu Tariqah iaitu sebagai pewaris khazanah berbagai ilmu makrifah, iman, akhlak, sifat-sifat taqwa, ilmu zahir dan batin yang pernah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w . Menurut Ali bin Abi Thalib, ulama pewaris nabi itu sebagai orang alim yang beanar-benar mengenali Allah dan takut kepada-Nya, ajarannya sentiasa segar dalam hati manusia, sekalipun jasadnya telah lenyap di dalam tanah.

KANDUNGAN

Bab 1. Ilmu Tariqah.
- Perbezaan Tariqah dengan Tasawuf.
- Kandungan Ilmu Tariqah.
- Prinsip-Prinsip Ilmu Tariqah.
- Kedudukan dan Kepentingannya.
- Kesimpulan.

Bab 2. Ringkasan Sejarah Ilmu Tariqah.
- Zaman Nabi dan Sahabat.
- Tariqah di Kurun Kedua Hijrah.
- Kurun Ketiga Dan Keempat.
- Tariqah Selepas Kurun Keempat.

Bab 3. Konsep Shaikh.
- Jenis-Jenis Shaikh.
- Syarat-Syarat Shaikh.
- Adab-adab Shaikh.
- Perlantikan Shaikh.

Bab 4. Kedudukan, Peranan dan Kepentingan Shaikh.
- Kedudukan Shaikh Mursyid.
- Peranan Shaikh Mursyid.
- Kepentingan Shaikh Mursyid.

Bab 5. Masalah-Masalah Penting Yang Berkait Dengan Shaikh Mursyid.
- Shaikh Mursyid Telah Pupus?
- Ketaatan dan Penghormatan Terhadap Shaikh Berlebih-lebihan?
- Shaikh Menyembunyikan Ajaran?
- Masalah Rabitah Shaikh.
- Dalil Al-Qur’an.
- Dalil Hadith Nabi.
- Dalil Ijma’.
- Dalil Qiyas.
- Masalah Bertawassul dengan Shaikh.
- Dalil-Dalil Keharusan Bertawassul.

PENUTUP
-Lampiran; Salasilah Tariqah Naqsyabandiah.
Salasilah Tariqah Naqsyabandiah Khalidiyah.
Salasilah Tariqah Qadiriyah.
Salasilah Tariqah Ahmadiah
Salasilah Tariqah Shaziliah.
Salasilah Tariqah Shatariah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails